View: 9326|Reply: 49
|
Kashmir: Land Of Brahmins n Pandita
[Copy link]
|
|
Apa yang kita tahu mengenai Kashmir? Kalau keluar dalam suratkhabar berita mengenainya, baru kita smua akan sibuk memperkatakan mengenainya bukan? Sama halnya macam di Palestin, Pattani, atau Somalia. Kalau tidak keluar maka tiada siapa pon yang mengetahui atau teringat menyebut mengenainya.
Wilayah Kashmir ni sbenarnya juga merupakan salah satu wilayah yang sangat disukai oleh orang2 Israel. Tempat ni sangat cantik dan tenang lagi damai. Wilayah ni jugak mempunyai penduduk Islam yang ramai serta mempunyai peratusan orang2 dari kasta Brahmin yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan selatan India serta tentulah disebut juga dalam kitab2 sastra Hindu dan Buddha sebagai salah satu tempat suci.
Menurut lagenda, wilayah Jammu ditemui oleh raja Jambulochana sekitar abad ke-14 SM. Lama kan, waktu ni orang Inggeris pon x reti cakap bahasa lagi atau mungkin orang Anglo-Saxon x masuk lagi dalam England, jadi xda lagi la penjajah2 kolonial Inggeris, Portugis atau Belanda dalam kawasan benua kecil India atau Asia amnya.
Baginda, raja Jambulochana menyertai satu kegiatan berburu dan semasa berburu baginda serta pengasuh2 baginda tiba di sungai Tavi yang mana di situ baginda nampak seekor singa sedang minum air bersama2 dengan seekor kambing. Baginda raja kagum dengan hal itu, maka baginda berkeputusan untuk membangunkan sebuah kota di situ serta menamakan kota itu sempena nama baginda, Jambu. Selepas melalui beberapa abad, nama tersebut telah disebutkan secara ringkas sahaja sehingga menjadi Jammu.
Menurut penduduk2 tempatan Kashmir sniri, nama Kashmir ini berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud, Tanah yang Dikeringkan. Dalam kitab Rajatarangini, ditulis oleh Kalhana dalam pertengahan abad ke-12 M, lembah Kashmir ini sebenarnya merupakan sebuah tasik yang luas.
Dalam lagenda2 Hindu, tasik di atas lembah Kashmir itu dikeringkan oleh seorang maharishi yang bernama Kashyapa anak kepada Marichi anak Brahma. Maharishi Kashyapa mengeringkan tasik tersbut dengan memotong halangan di pergunungan Baramulla atau Vrahamulla. Apabila kawasan Kashmir itu dikeringkan, makanya maharishi memerintahkan orang2 Brahmin untuk tinggal di situ. Tradisi penceritaan tempatan ini boleh dikesan kesahihannya jika kita melihat semula keadaan muka bumi di Kashmir itu sniri.
Himpunan penempatan2 di dalam kawasan lembah ini dikenali sebagai Kashyapapuram. Nama Kashyapa ini dalam tradisi2 dan riwayat2 mempunyai kaitan dengan pengeringan air dalam lembah itu.
Antara tokoh2 sejarah Barat yang pernah sampai di Kashmir ada Hecataeus dr empayar Romawi-Baizantium dan nama negara ini juga disebut oleh Ptolemy dan juga oleh Herodotus sebagai Kashyapatrous.
|
|
|
|
|
|
|
|
lawa betul kashmir, dulu2 masa belum bergolak, film2 hindustan bnyak shooting sini |
|
|
|
|
|
|
|
lawanya. Tunjuklah gambar lagi. Teringin sangat nak pergi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah Awal Kashmir
Kashmir merupakan pusat utama bagi cendekiawan yang menghasilkan kitab2 dalam bahasa Sanskrit. Menurut kitab Mahabharata, etnik Kemboja telah memerintah kawasan ini dalam era besi mengikut sistem republikan dengan ibu kota mereka di Karnarajapuramagatvakambvojanirjitastava atau dipendekkan menjadi Rajapuram sahaja. Kawasan itu sekarang ni dikenalpasti berada di Rajauri.
Kemudian, orang2 kerajaan Panchala mula berpecah dengan kerajaan yang diperintah oleh puak Kemboja. Nama Peer Panchal menunjukkan bahawa perpecahan ini terjadi suatu ketika dahulu. Panchala merupakan satu puak di situ. Manakala perkataan Peer diberikan kepada tempat itu oleh orang Islam bagi memperingati Siddha Faqir, tapi kemudianya diubah nama tempat itu dari Peer Siddha Faqir ke Peer Panchala. Bandar Shrinagar pula dikatakan dibina atas perintah maharaja Asoka.
Suatu ketika dahulu juga, Kashmir dikenali sebagai pusat pembelajaran n penyebaran agama Buddha yang terkenal. Aliran yang terkenal masa itu di Kashmir kemungkinannya ialah aliran Sarvastivada. Aliran pemikiran Buddha merupakan antara aliran terawal dan menyebut mengenai kewujudan semua "dharma" dalam tiga keadaan iaitu masa lampau, masa kini, serta masa hadapan.
Bukit ni merupakan sebuah stupa Buddha yang masih belum diekskavasi ditemui pada tahun 1868 dan gambar diambil oleh John Burke. Selepas diekskavasi, stupa ini dianggarkan berasal dari era 500 M.
Sami2 Buddha dari kawasan Timur dan Asia Tengah dilaporkan melawat ke kawasan Kashmir. Pada penghujung abad ke-4 M, seorang sami Buddha terkenal dari kerajaan Kushan juga dilaporkan belajar di sana bawah pengawasan Bandhudatta. Beliau ialah Kumarajiva, berasal dari keluarga Brahmin Hindu dan mempelajari teks-teks Dirgha-agama serta teks Madhya-agama.Kumarajiva kemudiannya menjadi penterjemah yang cergas membantu penyebaran ajaran Buddha ke wilayah China. Ibu Kumarajiva juga dikatakan pergi ke Kashmir untuk bersemadi. Seorang lagi guru Kumarajiva adalah, Vimalaksha, dan beliau mengembara dari kerajaan Kashmir ke kerajaan Kushan bagi memberi tunjuk ajar kepada Kumarajiva dalam Vinayapitaka.
|
|
|
|
|
|
|
|
awek2 kashmir chunn. |
|
|
|
|
|
|
|
manisha koirla tu org kashmir kan? ke salah |
|
|
|
|
|
|
|
naaah, nikmati pemandangan dalam background video muzik ni... tp tempat ni bukan kat Kashmir la, kat jiran dia NWFP, Pakistan. nilai2 alam semulajadi yang lawa tetap ada kat jiran dia, sama ngan Kashmir gak. eloknya tempat2 camni x yah wat industri2 berat, biar kekal jah ngan industri semulajadi.... baru x tercemar... aku pon ngah intai2 nak g India. ada tiket Airasia murah p ke New Delhi, Orissa, n tah kat mana lagi tah.
|
|
|
|
|
|
|
|
kashmir diperintah orang kemboja? kemboja mcm cham tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
manisha koirla tu org kashmir kan? ke salah
sekngucing Post at 6-2-2010 12:48
Dia nepal.... Koirala, kasta Kesatria. Pak dia montri dalam nepal... tp dia chun la gak... haha... nepal pon lawa alam sekitar dia, cuma orang nepal sini bau busuk kari...
|
|
|
|
|
|
|
|
kashmir diperintah orang kemboja? kemboja mcm cham tu ke?
sekngucing Post at 6-2-2010 12:49
Kemboja ni salah satu puak2 Asia Tengah, x tahu la dia jenis Parsi atau lebih ke Turki.... Dalam kitab Manusmarthi, ada sebut depa ni masuk menjajah India Utara dalam era Besi Veda. Kat Kemboja sana, Brahmin Phra Thong nama Kaundinya tu yang bukak kerajaan Funan. Bukan orang asli, orang asli situ yang aku dok sebut suku kaum dalam kasta Nagawangsa. Nagawangsa mari India jugak tapi dia masuk dalam Asia Tenggara awal sikit.
Sblom Brahmin Buddha tu bukak negara Funan n menikah ngan ketua orang2 asli situ, dia mari dari Patani sb kat Patani dah ada koloni orang Brahmin dari India sana beranak cucu kat situ. mmg ada sebot dalam rowayat2 orang belah negara Kemboja sana, yg tu depa xleh tipu. |
|
|
|
|
|
|
|
pictures lagik tentang Kashmir....
Deer Nanga Parvata, tapi ni sebelah menghadap Pakistan...
|
|
|
|
|
|
|
|
org nepal kat msia dan manisha koirala tu mcm cina kan? |
|
|
|
|
|
|
|
oooh, org kemboja dtg dari asia tgah, buka kerajaan funan
-pastu pegi pattani, pegi kelantan, jadi raja kat sana plak
-pastu adun melor kawin dgn org kemboja. wakaka |
|
|
|
|
|
|
|
org nepal kat msia dan manisha koirala tu mcm cina kan?
sekngucing Post at 6-2-2010 13:02
India, Nepal, Bangladesh, n Pakistan bukan negara satu bangsa.... dr zaman kuno lagi depa ada banyak etnik pelbagai rupa bentuk muka... yg kulit kuning mata sepet macam cina, yang kulit macam melayu, yang kulit gelap macam orang asli negrito, yang cerah mcm omputeh smua ada..... kaum2 ni smua dikelaskan dalam kasta/jati/kelahiran dlm sistem hidop Hindu, walaupon cakap bahasa sama, tapi x semestinya sama bangsa....
Manisha Koirala kalo ikot gotra dia, dia bukan orang asli Nepal. orang asli Nepal orang panggil Kiratawangsa (Tibeto-Burman). Kulit dema kuning2 macam Cina mata sepet.
Ni contoh etnik nepal dr kiratawangsa.....
|
|
|
|
|
|
|
|
14# sekngucing
haha susunan dia......
1) org2 brahmin masuk dr Gujerat ke Patani n Langkasuka
2) org2 brahmin nikah ngan wanita2 Patani n Langkasuka
3) berapa abad kemudian, sorang orang besar Brahmin buleh mimpi soh belayar p negara kemboja lani
4) smpai sana Brahmin ngan org2 dia temu muka ngan orang2 Naga (tuk nyang khmer ulu bukit)
5) depa perang panah2, pastu naga kalah sb x cukop teknologi kurang tamadun drpd Brahmin yg agama Buddha
6) puteri naga nang Naag kemudian nikah ngan Brahmin
7) anak2 cucu raja n montri yang nikah ngan orang2 bukit Naga lani, ngaku jadi orang Khmer di Kemboja
ni gambaran perang Brahmin ngan Nang Naga Soma, susunan dalam video ni mula kat no) 3, yang no (1)-(2) org2 tu xmo sebut atas sebab nasionalism zaman moden.... Reang Mogha Anachakr Khmai (Rowayat Great Kingdom Khmer)
orang Naga ada banyak suku... suku Khmer, suku Wa-Balong, suku Mon, suku Lawo, etc... ni yang kat AT... kat India pon ada lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
kucen pernah berbual dgn org nepal, dia kata bahsa nepal dagn hindi lebih kurang sama
"mcm indonesia dgn malaysia" katanya
-lawanya kashmir, mcm kat eropah la pula |
|
|
|
|
|
|
|
wahh cantik pemandangan tuu, bila laa dapat jejakkan kaki kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
What a thread!!:pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
wahh cantik pemandangan tuu, bila laa dapat jejakkan kaki kat situ
Feno Post at 6-2-2010 13:20
It's surely beautiful yet enrapturing. |
|
|
|
|
|
|
| |
|