View: 3880|Reply: 7
|
plak marmar 1,100 tahun tulisan arab ditemui kat baitulmaqdis!!
[Copy link]
|
|
Marmar bertulisan Arab ditemui
| Pengarah Ekskavasi Lembaga Antikuiti Israel, Annette Nagar memegang batu marmar berukir tulisan Arab (gambar kecil) yang ditemui di dalam sebuah bangunan di kota lama Baitulmaqdis, kelmarin. - REUTERS
|
BAITULMAQDIS 18 Feb. - Pengubahsuaian sebuah rumah di kota Lama Baitulmaqdis membawa kepada penemuan sekeping marmar putih berukir tulisan Arab yang memberi sedikit gambaran mengenai sejarah bandar suci ini di bawah pemerintahan Islam.
Kepingan plak marmar berusia 1,100 tahun itu dipercayai dibuat oleh seorang veteran tentera untuk menyuarakan rasa terima kasihnya atas pemberian tanah daripada Khalifah al-Muqtadir yang digelar amirulmukminin pada inskripsi tersebut.
Dihasilkan ketika Baitulmaqdis diperintah oleh kerajaan Abbasiyah yang berpusat di Baghdad, plak berkenaan menunjukkan bagaimana pemerintah memberi ganjaran kepada askar bagi memastikan kesetiaan mereka, kata pakar arkeologi Israel semalam.
"Khalifah mungkin menganugerahkan hartanah sebagai sebahagian usaha untuk mengukuhkan kekuasaannya ke atas wilayah jajahannya termasuk Baitulmaqdis, seperti yang dilakukan oleh pemerintah lain pada zaman lain," kata Pengarah Ekskavasi Lembaga Antikuiti Israel, Annette Nagar.
Plak marmar putih berukuran 10 sentimeter kali 10 sentimeter itu ditemui kira-kira 1.5 meter di bawah lantai sebuah rumah di kawasan Yahudi di Kota Lama Baitulmaqdis.
Pemilik rumah merancang untuk mengubah suai kediamannya dan membawa ahli arkeologi untuk melakukan penggalian bagi mencegah kerosakan terhadap sebarang antikuiti berharga.
Plak itu sudah dikeluarkan dari tapak tersebut dan kini pada Lembaga Antikuiti Israel.
Tulisannya ditafsirkan oleh Profesor Universiti Hebrew, Moshe Sharon yang mendapati ia dibuat pada 910 Masihi, semasa zaman awal pemerintahan al-Muqtadir selama 24 tahun.
Penemuan itu akan membantu sarjana memahami sejarah Baitulmaqdis pada abad ke-10, didiami oleh penduduk Islam, Kristian dan Yahudi, serta cara yang digunakan oleh pemerintah Islam untuk mengukuhkan kedudukan mereka. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 bleh je islam,yahudi,kristian duduk semeja,makan sepinggan tido sekatil...la ni apa dah jadi??? |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang semuanye bermusuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rase perasaan tamak lebih menguasai.... |
|
|
|
|
|
|
|
jadi wat apa bermusoh???
genot Post at 19-2-2010 10:42
orag lein gadoh org lein hok bemusoh |
|
|
|
|
|
|
|
orag lein gadoh org lein hok bemusoh
nanat87 Post at 19-2-2010 14:55
melayu bangsat la tu, takdak kena mengena dgn yahudi pown tp anti-yahudi hostile attitude mcm rumah mak pak depa yg kena bom. |
|
|
|
|
|
|
|
tu lah... nk wat camne.. huhu bila terlalu extrim n hati dipenuhi kejahatan n ketamakkan inilah yg terjadi... dulu berjiran sekarang bermusuhan huhuhu sedy gile.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|