CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4178|Reply: 4

SOLAT JEMAAH - musykil..

[Copy link]
Post time 27-2-2010 09:25 AM | Show all posts |Read mode
JAWAPAN: Syarat-syarat sah solat jemaah adalah:
1. Makmum perlu berniat mengikut imam, tetapi imam itu tidak disyaratkan niat menjadi imam.


****

2. Adapun niat imam atau makmum ketika takbîratul ihrâm hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja, tetapi pada sembahyang selain daripada Jumaat tidaklah disyaratkan, bahkan hanya disunatkan.
Jika seseorang makmun tidak berniat mengikut imam ketika takbîratul ihrâm pada sembahyang fardhu selain daripada fardhu Jumaat, dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang, ketika ruku' umpamanya. Akan tetapi makruh dia berbuat begitu dan dia tidak mendapat pahala berjemaah melainkan setelah dia berniat mengikut imam.

* soalan 1.. yang pertama tu kata mamkum perlu niat ikut imam,, tapi imam tak semestinya niat menjadi imam..\
soala no 2 - dikatakan boleh niat tak ikut imam ..

camne ek.. konfius nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2010 11:28 AM | Show all posts
jawapan 1-imam tidak salah untuk tidak berniat menjadi imam dalm solat jemaah.
jawapan 2-makmum tidak dapat pahala berjemaah kalau tidak berniat makmum.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 11:28 AM | Show all posts
aku lagi la konpius ... mende tulisan "takbîratul ihrâm"
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 11:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 27-2-2010 14:46
1. Makmum perlu berniat mengikut imam, tetapi imam itu tidak disyaratkan niat menjadi imam.


****

2. Adapun niat imam atau makmum ketika takbîratul ihrâm hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja, tetapi pada sembahyang selain daripada Jumaat tidaklah disyaratkan, bahkan hanya disunatkan.
Jika seseorang makmun tidak berniat mengikut imam ketika takbîratul ihrâm pada sembahyang fardhu selain daripada fardhu Jumaat, dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang, ketika ruku' umpamanya. Akan tetapi makruh dia berbuat begitu dan dia tidak mendapat pahala berjemaah melainkan setelah dia berniat mengikut imam.

* soalan 1.. yang pertama tu kata mamkum perlu niat ikut imam,, tapi imam tak semestinya niat menjadi imam..\
soala no 2 - dikatakan boleh niat tak ikut imam ..

camne ek.. konfius nih..
mix_chinese Post at 27-2-2010 09:25


1. Memang makmum kena niat ikut imam. Dalam kes tertentu, bila seseorang itu solat sendirian, tetapi bila ada orang lain datang dan berimam dengannya (menjadikannya imam, contohnya: amalan tepuk bahu atau takbir), maka inilah yang dikatakan imam tak semestinya niat imam pada awalnya.

2. Pada kefahaman saya, keterangan tersebut bukan maksudnya boleh niat tak ikut imam, tetapi yang dimaksudkan adalah NIAT IMAM/MAKMUM KETIKA TAKBIR PERTAMA adalah sunat dan hanya disyaratkan untuk kes Solat Jumaat.

Sebagai contoh:
Untuk berjemaah ketika solat Fardhu, kena niat ikut imam (makmum), dan **niat tersebut jika dilakukan pada Takbir pertama maka dikira berjemaah dari masa tersebut. Jika tidak niat berjemaah, maka solatnya dikira bersendirian sehinggalah dia berniat jemaah. Dalam kes solat Jumaat yang rakaatnya hanya 2, dari awal-awal lagi kena niat Imam/Makmum, tak boleh niat sendirian pada awalnya kemudian baru niat berjemaah kerana kalau tak niat berjemaah Jumaat maka solat itu dah jadi solat Zohor yang rakaatnya 4. (Solat Jumaat tidak sah dilakukan tanpa berjemaah)

Tambahan: Kalau ada makmum niat solat Zohor ketika orang lain Solat Jumaat, maka dia kena habiskan 4 rakaat, walaupun Imam telah selesai Solat Jumaat selepas 2 rakaat. Imam atau Makmum mesti niat Solat Jumaat untuk memenuhi syarat Solat Jumaat. Kalau dah dengar khutbah tu tentulah dah ada niat Jumaat dari awal lagi.... takkan niat 4 rakaat Zohor pulak...? kalau kes pergi lewat dan taktau hari dan tak perasan orang solat Jumaat mungkin kot?

Apabila Jemaah utama Solat Jumaat dah selesai, dan kalau ada lagi ramai yang belum Solat Jumaat atas sebab-sebab tertentu, maka bolehlah dibuat Jemaah Jumaat yang kedua jika dapat memenuhi syarat (cukup bilangan jemaah dan ada khatib untuk berkhutbah). Jika syarat tak dipenuhi, TAK BOLEH niat untuk berjemaah Jumaat, sebaliknya boleh buat Jemaah Zohor (4 rakaat)

**ada perbezaan antara niat, bacaan niat dalam hati dan lafaz niat.

1. Niat = cetusan/lintasan/terdetik dalam hati (untuk berjemaah atau tidak)
2. Bacaan niat dalam hati kalau boleh dilakukan ia menguatkan/dapat memastikan niat kita betul
3. Lafaz niat = ucapan niat dari lidah sebelum mula solat

Yang dimaksudkan di sini adalah niat (lintasan/cetusan/terdetik hati). Niat itu sebenarnya apa yang kita faham kehendak hati kita, dan ia tercetus bukan dalam bentuk bahasa tertentu.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2010 03:17 PM | Show all posts
Dah faham. tkasih pd yang menjawab yerr.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.058947 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list