|
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.”
Apakahmaksud hadis di atas? Apakah yang dikatakan nasib itu? Sekarang ni,ramai orang yang main MLM, direct selling menjaja hadis ni dalammendapat keahlian baru atau mengejar level. Adakah ianya khusus untukrezeki atau macamana? |
|
|
|
|
|
|
|
* Jangan menjual atau membeli sesuatu kecuali dengan akad ijab dan qabul yang sah, kerana bertukar tangan di dalam jual beli tanpa ijab dan qabul tidak mencukupi, kecuali yang diharuskan oleh setengah ulama iaitu pada benda-benda yang kecil yang tidak bernilai tinggi.
* Barang-barang yang diperniagakan itu halal, bukan yang diharamkan oleh syara’ seperti arak, sekalipun yang akan membelinya bukan orang Islam, kerana laknat dalam perkara arak ini termasuk tukang perah, pembawa ke mana arak itu dihantar, tukang petik (buah untuk dijadikan arak), penjual, yang menerima hasil jualan dan lain-lain siapa saja yang terlibat dalam perkara arak ini.
* Jangan berjual beli dengan riba, kerana riba itu suatu dosa besar dan bahaya yang berat. Banyak ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis memberikan ancaman demikian.
Sabda Nabi (saw), maksudnya: “Sesiapa yang menipu kita, maka dia bukan dari golongan kita.” (Hadis riwayat Muslim dan lainnya)
Kesimpulannya, peniaga yang bersama-sama para nabi, siddiqqin serta syuhada’ itu ialah:
* peniaga yang tidak dilalaikan oleh perniagaannya,
* sentiasa menunaikan kewajipan-kewajipan agamanya,
* mengeluarkan zakat perniagaan,
* tidak menahan atau mengumpul barang-barang perniagaan untuk dijual dengan harga yang lebih mahal,
* tidak menaikkan harga dengan sewenangnya,
* tidak menipu,
* tidak bersumpah bohong semata-mata untuk melariskan barang-barang jualan; serta
* tidak menjual barang-barang yang tidak halal.
Allahu A'lam...
ehsan dari http://lelabu.com/blog/2006/11/2 ... -keredhaan-allah-2/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|