CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11410|Reply: 38

2 wanita enggan lalui mesin pengimbas baru

[Copy link]
Post time 4-3-2010 01:09 PM | Show all posts |Read mode
MANCHESTER - Seorang wanita Islam dilarang menaiki satu penerbangan ke Pakistan selepas enggan melalui mesin pengimbas baru di Lapangan Terbang Manchester yang memaparkan tubuh manusia dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang lagi wanita yang merupakan rakannya juga enggan menjalani imbasan mesin Rapiscan itu kerana masalah perubatan.

Dua wanita itu sedang dalam perjalanan ke Islamabad apabila mereka dipilih untuk melalui imbasan mesin Rapiscan selepas mendaftar masuk di lapangan terbang berkenaan.

Setakat ini, kira-kira 15,000 orang telah melalui alat pengimbas itu manakala pasangan tersebut merupakan penumpang pertama yang enggan berbuat demikian.

Pasangan tersebut yang sanggup kerugian dua tiket penerbangan berharga £400 (RM2,000) daripada menjalani prosedur imbasan, kemudiannya bertindak meninggalkan lapangan terbang itu.

Beberapa mesin Rapiscan yang berharga £80,000 (RM406,000) diperkenalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow dan Lapangan Terbang Manchester pada 5 Februari lepas.

Mesin sinar-X itu membolehkan kakitangan-kakitangan keselamatan melihat imej bogel penumpang untuk mengesan sama ada senjata dan bahan letupan disembunyikan pada tubuh mereka tetapi penggunaannya dikritik kerana ia memaparkan bentuk kemaluan penumpang.

Ulama-ulama di Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan fatwa yang melarang orang Islam melalui mesin itu kerana ia melanggar hu-kum agama berhubung isu bogel.

"Islam jelas melarang lelaki atau wanita dilihat dalam keadaan bogel oleh mereka yang bukan muhrim," kata fatwa itu.

Sementara itu, seorang aktivis sebuah badan bukan kerajaan di Britain, Alex Deane menyatakan pertubuhannya bersedia mewakili dua wanita itu sekiranya mereka mahu mencabar keputusan pihak berkuasa di mahkamah. - Agensi



The full body scanner, being trialled at Manchester Airport, will also show up any breast enlargements, false limbs, piercings, and a clear outline of passengers' private parts.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2010 01:11 PM | Show all posts
makin lama makin susah nak travel
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 01:14 PM | Show all posts
urgh. takutnya kalau kena lalu mesin tu. cam ne ek kalau terpaksa jugak?? tak ada ke sediakan pekerja Islam ke or perempuan ke biar check manual ja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 01:18 PM | Show all posts
tu la...
saper suh cari pasal...
yang susah orang islam gak....:re:
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 01:21 PM | Show all posts
nampak aurat.............
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 02:00 PM | Show all posts
bukan aurat je urat2 skali pon nampak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2010 09:09 PM | Show all posts
ni boleh menjatuhkan maruah orang ni......pesal la ada manusia cipta mesin camni
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 11:32 AM | Show all posts
kerana mereka takut pada bayang2 mereka sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2010 02:46 PM | Show all posts
kalo xde keperluan x yah lah gi sane. tu lah..org lain yg sibuk2 nk mengebom org lain yg dpt susah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 11:26 PM | Show all posts
tak senonoh ropanya lalu mesin pengimbas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2010 11:25 PM | Show all posts
errrr!  'Ngeri' syehhh!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 09:03 AM | Show all posts
tktnye
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 03:18 PM | Show all posts
la....mcm mesin pengintai ajek..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 09:04 PM | Show all posts
"Dua wanita itu sedang dalam perjalanan ke Islamabad apabila mereka dipilih untuk melalui imbasan mesin Rapiscan selepas mendaftar masuk di lapangan terbang berkenaan"

nak scan ni memang randomly pick kan? tapi macam kata Baba Ali--"travel while muslim" ... takder la random sangat. yang pakai jubah tu la, yg nak kena scanned dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 01:27 PM | Show all posts
kan ada yang kata kalau penumpang pompuan, pompuan la yang scan.. kalau laki, laki saja la..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 11:37 PM | Show all posts
kan ada yang kata kalau penumpang pompuan, pompuan la yang scan.. kalau laki, laki saja la..
a.ceCCo Post at 22-3-2010 13:27


kot ye pon sama gak...hasil scan tu for sure dia simpan kan...sesape je leh view later2..malu beb!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2010 09:11 PM | Show all posts
kawan ada tanam besi dalam peha dia. lau lalu mesin pengimbas memang selalu bunyik daa
kesian dow
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 11:17 AM | Show all posts
kan ada yang kata kalau penumpang pompuan, pompuan la yang scan.. kalau laki, laki saja la..
a.ceCCo Post at 22-3-2010 13:27


tp aurat sama sama pompuan pon ada gak
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2010 02:53 AM | Show all posts
lagi canggih lagi menyusahkan....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 12:54 AM | Show all posts
x boleh blah la mesin nih..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.493673 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list