CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2429|Reply: 13

inginkan solat sempurna setiap masa

[Copy link]
Post time 4-3-2010 04:23 PM | Show all posts |Read mode
aku ader masalah dengan solat. hati aku memang ader terdetik nak mengerjakan solat. tapi dalam masa yang sama hati aku malas. dalam hati aku selalu berkata2, ala lambat lagi, kerja banyak lah.

Yang aku herankan, kerja menimbun banyak manapun aku boleh settlekan, tapi bila bab solat aku selalu abaikan.

Kepada sesiapa nak yang sudi memberi nasihat ataupun surah2 yang dapat membersihkan hati aku yang kotor ini.. aku amat menghargai pertolongan kalian..

Yang ingin bertaubat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2010 04:32 PM | Show all posts
Salam...

baca la selalu surah an-naba, juzuk 30... boleh memberikan keinsafan..

Nak belajar solat sempurna?
Dapatkan buku di kedai kami
http://shoutussunnah.wordpress.c ... sempurna-bergambar/
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 04:32 PM | Show all posts
tu sume bisikan syaitannirrajim............ cilaka btul setan tu...... kuatkan iman, kena lawan balik....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 04:33 PM | Show all posts
aaaa bagusnya.....kita pun nak...
'semoga Dia tempatkan kita semua dikalangan orang yang beriman'...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 04:42 PM | Show all posts
hehehe... ramai yang macam nih.. saya pon pernah berada dalam situasi begini.. nak bagi ayat atau surah tak lah pandai sangat tapi apa yang boleh saya kongsikan ialah amalan saya yang mungkin telah membantu saya.. wallahualam cubalah yer.. pada mulanya saya selalu ingat mati.. tapi masih liat untuk mengerjakan tanggungjawab untuk bersolat jadi saya hanya berdoa dan berzikir beristighfar di dalam hati kalau boleh sepanjang masa.. minta Allah mengampunkan dosa. minta bantuanNya dalam mensucikan hati. Slalu mengucap waktu nak tidur, waktu takut.. tiada siapa yang boleh membantu kita melainkan diri kita sendiri dengan izin Yang Esa. Sekarang alhamdullillah solat saya cukup 5 waktu sehari.. tapi ader jugak kengkadang tenggelam tapi sekurang kurang nya lebih baik dari dahulu.. saya masih mengamalkannya. Saya selalu fikirkan yang tuhan sangat sayangkan saya dan saya perlu bersolat untuk menunjukkan betapa gembiranya saya dengan pemberiannya. InsyaAllah... yang baik datang dariNya yang salah atau silap dari kilaf saya.. maafkan saya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 05:30 PM | Show all posts
kuatkan hati. bila teringat jek lakukan dengan segera
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2010 05:49 PM | Show all posts
kuat kn hati.....cuba solat awl waktu.......
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 06:01 PM | Show all posts
untuk renungan kita bersama.....

yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]
  
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:
  
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
  
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
  
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
  
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.


5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.


7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
  
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
  
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
  
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
  
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
  
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
  
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
  
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
  
Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
  
Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."
  
Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:
  

"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

source :http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/petua.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2010 06:06 PM | Show all posts
ingatla tentang MATI!! Pikir solat adalah tanggungjawab dan wajib utk org Islam. Kalo x, sama lah kt cam org kafir.solat yg kena hisab dulu kat akhirat nanti. kalo yg wajib pun xbuat, susahla kat akhirat.
Betul kata Maharanei. zikir n doa la byk2. semoga Allah buka n permudahkan hati kt.  
Peringantan utk i juga.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 06:26 PM | Show all posts
hurm.... salah satunya, carilah kelebihan2 solat. Semoga Allah memberi taufik kepada kita.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 06:48 PM | Show all posts
saya dulu pun malas solat. asik tinggal2  
pernah satu ketika saya ada hajat yang sgt2 saya hajatkan
sekali doa punya doa .. makbul. start dari tu doa asik makbul.

so rasa diri mcm berdosa lak. doa dan hajat allah tunaikan tapi
kita lupa dia dgn malas bersolat. sejak dari tu saya rasa sgt nak dkt dgn allah.
so now alhamdulillah. rajin lak. hopefully berpanjangan
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 08:22 PM | Show all posts
Kalau ada pasangan, u boleh minta pasangan u desak u solat.  Itu yg saya selalu buat dgn suami.  Mula2 mmg mcm memaksa, tapi lama2 nanti ok.  Nak start tu yg susah.

Tapi saya pun fikir, makanan perlu jaga.  Bila masuk yg haram, mmg susah lah.  Ia amat berkait rapat.  Tapi insyaallah, selalu2 lah cakap dgn Allah, bila2 u rasa susah nak solat.  Saya dulu pun teringin sgt nak bangun solat mlm, tapi selalu tak buat.  Kdg2 dah jaga, tapi malas.  So saya ckplah dgn Allah, Ya Allah aku ni punyalah teringin, tapi bila dah banguan rasa malas pulak.  Tolonglah aku Ya Allah.  Ceritalah mcm u cerita kat sini.  Insyaallah lama2 u pasti dpt buat.

Kalau kat pejabat, mintalah kawan2 yg rajin solat ajak u solat sama. Bila ada yg suruh lama2 kita akan buat juga.  

Saya ni sekadar nak bagi semangat kat u je, saya pun kurang sgt2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 08:42 PM | Show all posts
6# mas999

btul btul btul...jgn tangguhkan solat sbb nti hati kita akan cara mcm-mcm alasan tak nak wat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 11:26 AM | Show all posts
Solat itu tiang agama!

Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.

[b]1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri
Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain. Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, saya sarankan untuk beli Kitab Fadhilat Amal (Harga RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1 bab khusus yang menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ;

Kepentingan solat
Kelebihan solat
Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
Penerangan tentang khusyuk dan khudu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.345185 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list