CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3463|Reply: 21

usahawan kaya wang kaya iman

[Copy link]
Post time 6-3-2010 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Ahli perniagaan setuju jelaskan bil elektrik masjidPENDANG 5 Mac - Bekalan elektrik ke Masjid NurSalam, Kampung Kubang Jelai di sini yang terputus sejak tiga hari laluakan pulih seperti biasa setelah seorang ahli perniagaan bersetujuuntuk menjelaskan bil tertunggak itu.
Ahli perniagaan tersebut, Datuk Hashim Ismail berkata, selainmenjelaskan bil yang tertunggak sebanyak RM6,400 itu, beliau juga akanmembayar bil elektrik masjid tersebut setiap bulan.
"Imam Masjid Nur Salam, Sanusi Salleh adalah kenalan lama saya dan hari ini saya tergerak untuk datang melawatnya.
"Saya tidak tahu bekalan elektrik di masjid ini telah dipotong danhanya mengetahuinya setelah membaca laporan akhbar yang ditunjukkanoleh isteri Sanusi ketika melawat rumah mereka pagi tadi," kata beliauyang merupakan Pengerusi Eksekutif PRM Global Vision Sdn. Bhd. ketikaditemui di sini hari ini.
Akhbar hari ini menyiarkan kisah mengenai para jemaah di masjidtersebut yang terpaksa menunaikan solat Maghrib dan Isyak denganditerangi cahaya lilin.
Keadaan itu berlaku disebabkan bekalan elektrik ke masjid tersebut dipotong setelah tertunggak selama lima tahun.
Menurut Hashim, dia tidak sanggup melihat jemaah di kampung itumenunaikan solat dalam keadaan 'gelap' hanya kerana pihak pengurusanmasjid tidak mampu membayar bil tersebut.
"Saya hulurkan dana ini dengan niat untuk membantu sesama Muslim dan bukan ada niat lain," katanya.
Dalam pada itu, Sanusi berkata, dia bersyukur kerana ada umat Islamyang sudi membantu pihaknya menyelesaikan bil elektrik yang tertunggakitu.
"Memang ada sedikit selisih faham yang berlaku mengenai masjid ini dan saya harap ia akan diselesaikan segera.
"Tiada masjid yang boleh dikatakan masjid keluarga kerana masjidadalah rumah Allah dan terbuka kepada semua umat Islam untukberibadah," katanya.

Utusan.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2010 02:31 PM | Show all posts
Alhamdulillahhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 02:42 PM | Show all posts
"Memang ada sedikit selisih faham yang berlaku mengenai masjid ini dan saya harap ia akan diselesaikan segera.

saatchambizz Post at 6-3-2010 14:27

apa sudah jadi ni...?

setiap Jumaat, mesti ada orang derma kat masjid...mana pegi duit tu...?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 03:18 PM | Show all posts
Alhamdulillah...
m0ga brtambah rezeki Datuk Hashim Ismail tu klau niatnye ikhlas ler...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 03:31 PM | Show all posts
Bagusnye...

sape2 usahawan yg da kaya,,contohi lah beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 03:34 PM | Show all posts
tan sri mokhtar al bukhari mencantikkan Masjid Negara...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2010 04:01 PM | Show all posts
nampak tak hasilnya bila usahawan islam berjaya? bandingkan pula jika support usahawan bukan islam. kuil yang bertambah besar nanti
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 04:03 PM | Show all posts
tak leh ka collect duit org kg. wat apa biar tertunggak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2010 04:08 PM | Show all posts
tak leh ka collect duit org kg. wat apa biar tertunggak?
mas999 Post at 6-3-2010 16:03

banyak persoalan timbul...

orang masjid makan duit masjid ke...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2010 04:41 PM | Show all posts
9# zaidi_MZZ

fikir positif :

1.org yg sellau pi masjid solat JUmaat derma 10 sen sorg...

2.Masjid x ramai org pi solat..myb Jumaat 40 org je..kalu sorang bagi 10 sen..baru RM4 seminggu,sebuilan baru RM16 atau RM20....sebulan..mana cukup nak bayar bil air api???

aku rasa2 je....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2010 04:43 PM | Show all posts
4# bula

amin......
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 04:44 PM | Show all posts
tak semua derma 10sen sorang, kalau di masjid yg hb saya pnh kunjungi jarang nk nampak masukkan syiling, pls kurang rm2 sorang. tak baik rasa2.. nanti jd fitnah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2010 05:01 PM | Show all posts
12# ctredzuan

aikkkk????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2010 05:01 PM | Show all posts
9# zaidi_MZZ

pesal ct tak komplen post nie????

hairan........
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 03:49 PM | Show all posts
9# zaidi_MZZ

pesal ct tak komplen post nie????

hairan........
saatchambizz Post at 6-3-2010 17:01


apa kena mengena kena komplen dengan tidak? tak faham? isk isk..sejak bila forum ni nak kena ada org yg atur2kan kita nak komplen apa2?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 06:02 PM | Show all posts
pesal ct tak komplen post nie????

hairan........
saatchambizz Post at 6-3-2010 17:01

adeh la...ko ni le saat...

camne dia nak komplen, sebab apa yang aku tulis tu memang munasabah...

kalau zaman sebelum jepun attack Malaya, memang logik le orang sedekah seposen...

zaman skang ni, duit seringgit yang banyak memenuhi tabung masjid...


dan...imam tu tak kata pun tak ramai orang sedekah...dia kata seperti di bawah...


"Memang ada sedikit selisih faham yang berlaku mengenai masjid ini dan saya harap ia akan diselesaikan segera.


macam mana selisih faham boleh menyebabkan bil elektrik tidak dibayar...???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2010 02:05 AM | Show all posts
adehhhh...... aku pun dah pening dengan en,saat ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 09:44 PM | Show all posts
memang betul,.sekarang ni orang paling kurang akan derma rm1 kat tabung masjid, sebab senang nak bawak..kat kampung aku pun sama...

aku rasa perkara di atas terjadi mungkin berlaku salah faham antara pihak2 tertentu, bukannya ajk atau mana2 pihak songlap duit...kat tempat aku pun ada terjadi perkara yg lebih kurang sama...ada satu surau yg dulunya jadi tempat belajar pelajar2 tahfiz..siap ada asrama lagi..kalau tak sempat sampai rumah, aku maghrib maghrib kat situ,..entah tiba2 surau tu jadi macam surau tinggal, tak de bekalan air dan letrik..buadk2 tahfiz pun dah tak de. berbulan2 jugakla tak boleh guna..nasib baik tokey stesyen minyak kat sebelah surau tu pergi settlekan bayaran tertunggak..jadi, boleh le guna semula..sekarang ni dah jadi tempat sembahyang jumaat dan sekolah KAFA...betapa besarnya sumbangan tokey tersebut, hanya Allah sahajalah yg dapat membalasnya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 10:51 PM | Show all posts
amat payah nak selaraskan keimanan dan kejayaan bisnes.

biasa tgk org2 tabligh berjaya buat cara ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 06:40 PM | Show all posts
usahawan paling kaya iman dah masuk...

lps aku ditroublemakerkan kawan baiknya dia masuk hari nie...

bagus3......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.060387 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list