CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1851|Reply: 2

..Renungan..

[Copy link]
Post time 7-3-2010 01:32 AM | Show all posts |Read mode
Di riwayat kan.

Semasa Nabi Isa berjalan disatu kawasan perkuburan ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki
yang menjerit jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat...
Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepada nya.
Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati.
Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah swa sambil menadahkan tangannya kelangit supaya
menghidupkan lelaki tersebut.

Doa nya dimakbul oleh Allah maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar
menjerit-menjerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki
itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini lelaki itu menjawab..bahawa ia tidak meninggalkan
sembahyang ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab...saya berpuasa dan
lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah....

Maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa ?

Maka bercerita lah lelaki itu... Saya berkerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan
dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya. Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli
menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya.

Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikat nya elok-elok dan
pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu.. Dipertengahan jalan saya merasa lapar dan terus
lah saya berhenti untuk makan....selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu.

Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya maka dicuba berbagai cara
mengeluarkan nya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya ...tetapi tak berjaya juga.

Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.
Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya.

Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai kerumah si pembeli itu, saya pun menyerah kan kayu api itu dan
terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu maka saya
diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat.. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini....
astaghfirullah al azim...

Eloklah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini....
Adakah kita pernah mengambil barang barang drpd office samaada drpd sekecil kecilnya seperti paper clip, eraser
dan sebagainya dan dibawa balik kerumah untuk di gunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak anak kita ???
Dan juga barang barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan ?

Sekecil kecil barang seperti tupperware,

kaset dan sebagainya....?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar....

Azab neraka itu ada lah benar...
Dan syurga itu adalah benar...



Wassalam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2010 02:39 AM | Show all posts
Dan yang membuat lapuran akan perbuatannya pabila di soal adalah tangannya dan juga gigi dia....

Kekadang kita terambil dan memang kita nak ambil.
Oleh itu lakukanlah doa meminta ampun dan juga solat sunat taubat sebanyak mungkin...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 12:12 PM | Show all posts
habislah.....rasanya pernah je terambil mcm ni.....mintak halalkan ya sesiapa yg terbaca....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.054228 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list