Korea lancar pengangkutan magnetik
GAMBAR menunjukkan satu pengangkutan awam yang menggunakan kuasa magnetik di Seoul Grand Park, Gwacheon semalam.
SEOUL - Para penyelidik Korea Selatan semalam melancarkan sistempengangkutan awam mesra alam yang menggunakan kuasa magnetik denganmenyerap elektrik di bawah permukaan jalan untuk kenderaan itu bergerak.
Prototaip pengangkutan awam itu yang dikenali sebagai KenderaanElektrik Secara Talian (OLEV) digerakkan di sebuah taman rekreasi diselatan Seoul.
Sistem itu dimajukan Institut Sains dan Teknologi Termaju Korea(KAIST) yang menyatakan OLEV hanya memerlukan satu perlima daripadasebuah bateri untuk saiz kenderaan elektrik konvensional dan tiadapengubahsuaian yang besar.
Ia dapat mengelak keperluan pemasangan wayar bertindan yangdigunakan untuk menggerakkan sistem bas troli atau trem biasa manakalaPengarah Projek, Cho Song-Ho berkata, sistem itu mencipta kejayaanapabila kaedah lama diperbaiki. - AFP
University idaman ku............![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |