CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6182|Reply: 31

personal diari dak² ni...

[Copy link]
Post time 17-3-2010 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by aYuGiLeR at 19-3-2010 09:45

aku amik dari official website... tempek kat sini... korang baca la kot rajin yer...

Adira
16/3/10
Cepatnya Masa Berlalu
Macam tiada saja mau cakap ni. Adira risau akan lagu ini sebenarnya. Entah tidak tahu dapat buat or not

Tapi Adira cube yang termampu. Lagipun Adira rasa lagu ni besar betul. Buat rasa takut aja.Tertekan itu tiada jugalah, ok ok saja.

Besok mula sedih ni mahu bangun awal. Mau full sudah kelas nie mula besok. Tiada main main lagi, semua mahu serius sudah.

Nanti seminggu pun tak rasa, Cepat saja masa berlalu. Sok lusa dah hari sabtu, selepas itu ahad hari debaran. Tu yang sedih sangat tuh.

Ermm, begitulah bah kan...Itu saja untuk hari ini...

Bye

17/3/10
Ok Saja Bah
Hari ni, semua ok saja. Macam biasa, hehe. Tiada apa mahu cakap. Pasal lagu ok sudah tu. Perlu banyak latihan sahaja.Belum berapa perfect lagi lah. Baru perasan nie, lagu Adira sangat slow, mungkin sebab tirai dah nyanyi lagu rancak.Tapi tidak apa apa, Adira ok saja bah.

Berapa hari je lagi nak perform, minta minta lah penyayi asal lagu tidak datang tengok concert nanti. Malu lah Adira nanti. Ermm, apa apalah, yang penting Adira belatih elok elok. Tu saja lah saya nak cakap ini hari, Adira happy happy saja. Bye...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ain
16/3/10
Nasib Ada Gitar
Hari ni dapat lagu for next week. Mula mula happy, tapi lama lama risau pula.

Lagu tu dance, pasti Ain kene dance nanti. Abis lah semput suma keluar. Lagu baru Ain tu ditukar arrangement nya. Harap esok boleh minta cikgu Adnan naikkan key dia sket.Itu pun kalau boleh lah.haha

Eh! Dapat sponsor dari maybeline. Terima kasih. Pulang hostel tadi, semua tido. Boring, nasiblah ada gitar ni. Hihihi

17/3/10
Mesti Hancur
Hari ini, kelas semua ok. Guess what? Ain semput masa nanyi lagu tugasan Ain tadi. Hahaha. Ain dapat bayangkan time nyanyi kat konsert nanti. Mesti hancur. Kene menari pulak tu masa nyanyi, lagu satu hal, kene back up dance Anum, menuju puncak. Haih semuanya kene di ingat nih.

Harap harap dengan minum Brand’s tu, dapatlah stamina. Setelah dipaksa oleh En. Bahar tadi. Pelik betul rasanya. Dance class, ya Allah penatnya Ain. Warm up yang seksa tu. Hahaha, ini jelah untuk hari ni, nanti kita sambung lagi ya...


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alif

16/3/10
Komen Pedas
14 March 2010

Haloo...Hari ni bermula hari baru bagi Alif, kerana semalam konsert tirai dah pun selesai. So hari ini Alif kene tunggu komen-komen dari tenaga pengajar tentang persembahan semalam dan hari ini juga Alif dapat lagu untuk konsert seterusnya. Bangun jer tido, terus teringat benda ini

Persembahan semalam, komen semua pedas. Tapi takpe, Alif ambil sebagai pembakar semangat. Tadi Alif kene komen pasal pitching kelaut. Hahaha.

Selepas lunch Alif diberi lagu baru. Itu saja untuk hari ini

Babai

17/3/10
Hari Paling Penat
Harini ialah hari yang paling penat, tension siket, happy pun ada. Camtu lah perasaan keseluruhannya.Kelas pertama dekat akademi tadi ialah kelas cikgu Adnan dan Cikgu Siti Hajar. Kita orang kene nyanyi lagu yang diberi. Lepas Alif nyanyi, cikgu pun komen lahh. Alif setuju dan ambil komen itu dan akan saya perbaiki.

Alif agak malu kerana cikgu macam cakap Alif punya suara tidak macam orang lain. Alif selalu kene bahan dengan rakan rakan yang lain kerana harap je belajar kelas vocal, tapi suara tak sedap mana pun. redha sahaja. Sikit pun tidak mengambil hati.

Tak kisah lah orang nak cakap Alif ni apa,yang penting, Alif datang akademi ni untuk mencapai cita cita dan belajar sikit sikit apa benda yang tidak tahu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anum
16/3/10
Go Anum!
Haluu...hari  ini, kita orang di beri lagu. Ahahaha, lagu ni pertama kali anum akan nyanyikan.

Bestnya dapat lagu rock. Anum yakin Anum boleh buat. Mesti adik beradik anum ataupun kawan kawan akan gelakkan Anum kerana rockers bawa lagu pelik.

Ahahahahaha. Anum akan bawa lagu ini dengan cara Anum sendiri. Bagi rock kaw kaw punyer, baru mantap...


Go go Anum....!

17/3/10
Banyak Menangis
Ermm, hari ni dah banyak kali Anum menangis. 1st kene luahkan perasaan kat diari ku. Asal cerita pasal family je, Anum sedih. Confirm nangis punya lah. Tak boleh layan sangat sedih ni, Anum masuk AF sebab mahu tolong mereka tuh. Anum kene buat yang terbaik. Berusaha lagi. Pasal lagu pula, ehehe. Kene menari, ada yang style gedik gedik. Rockers boleh buat punya. Hahahahah


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daus
16/3/10
Semoga Persahabatan Berpanjangan
14 Mac 2010

Assalammualaikum

Hari ini teramat indah bagi Daus.Dapat lagu kesukaan auntie dan mak Daus.Semua dah jadi biarlah ia berlalu. Bak kata mak, bukak kitab baru. Haha.

Tapi best sebab Daus sempat jadi pelakon terbaik hari ni. Jadi Cikgu Que sekejap. Hahahaha...

Daus tadi kene selak dengan Cikgu Que.

Daus sayang kawan kawan daus di Akademi Fantasia 8 ini. Hope kita semua jadi kawan yang baik satu hari kelak.

Hope persahabatan kita kekal berpanjangan.

Amin.

17/3/10
Stress
Macam biasa, hari ni berlalu dengan tenang, tapi ada stress sedikit. Hahaha. Tapi daus take it easy sahaja. Malas nak fikir banyak. Apa yang patut dilakukan, daus terima dan buat dengan hati yang terbuka. Tapikan tadi kelas cikgu Linda, Daus ada stress sedikit. Dia nak AF8 menjadi yg terbaik dari AF AF yang sebelum ni.

Takpe semua, kita akan buktikan sekat Cikgu Linda yang kita boleh buat yang terbaik. Lupakan AF sekejap. Daus rindu ddengan family. Sampai di sini sahaja ya.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ema
16/3/10
Harapkan Dia Datang
Aloha

herm hari ini dapat lagu baru. Tapi sebelum tu, kita orang kene buat balik bende yang kita dah buat sebelum ini.   Alhamdullillah dapat lagu best, boleh tahan lah, dan Ema penah dengar lagu ni.  

Tapi, kesian kat Nad dapat lagu yang kita tak penah dengar. Ema akan buat yang terbaik untuk AF8 ini.

Masih segar dalam ingatan, orang orang yang Ema harapkan datang semasa Konsert Tirai. Adoi... memang tak puas rasanya.

Rindu sangat kat dia orang semua. Saya rindu kamu bah nieh... ahahah Fokus! Fokus !

Harap mama di kampong sihat. Smalam di rumah tu pasti tengok kami kan?. Mama, kami ok saja di sini. Miss you all!!!

17/3/10
Malas Nak Tunjuk Demam
Hai, hari ni saya kurang sihat. Tapi malas nak show yang saya ni demam. Tak nak manjakan diri. Ubat dah makan. Rindu sangat dekat mama. Nak nangis je rasanya. Tadi pening sangat. Tapi kelas tetap akan diteruskan.  Masa dance class tadi memang dah tak tahan dah. Tapi buat tak tahu sahaja. Malas nak mengada ngada. Ema bukan jenis orang yang macam itu.

Erm, tak tau lah cemana nak berlakon. Tadi Cikgu Que suruh buat semua emotion. Tapi saya masih tak dapat buat semua emotion yang diberikan. Ok semua, mahu tido awal ni. Suara dah nak hilang dah, Alamakkkk!!!


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Farina
16/3/10
Kecewa
Baru sampai bilik. Just finish our session with all the trainers.

Tadi tengaok balik last performance. Aiyoo, Farina need to improved more on tone placement and breathing.

Cikgu linda commented macam mana cara farina berjalan, posture and all! I need to improve on that to, and i look Fat on tv

Dapat lagu baru dan bukan dalam senarai wish list Farina. Anyhow, Farina will try the best for this song. I believe that ramai orang sukakan lagu ini. Good luck Farina, u can do it.Kene menari ni plus woth heels, hahaha.

Its a new day, new week and new challange. Redha je lah. Sedikit kecewa with last performance kerana komen daripada pengkritik. Sangat tidak membantu.

Biarlah... Tawakal jer

17/3/10
Very Fresh and Young
Monday, there you go! Morning class with Cikgu Siti and Cikgu Adnan. Farina cuba nyanyi lagu ni depan cikgu. Aiyoo, i need to work more on mu diction. Kelas seterusnya bersama Cikgu Que, we had fun again. Practice how to switch emotion. Farina suka cara Cikgu Que. Very fresh and young.

Last class was Cikgu Linda, Dance class. Yay! 5, 6, 7, 8.  Belajar menuju puncak again and again. For me, im gonna be here a lil bit step here and there. See how it goes... Off to sleep now. Bye bye all!


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Iwan
16/3/10
Yang Penting Happy
14 Mac 2010

Kelas bermula jam 11.00am. Hari ni bangun tido lambat. Mandi siap-siap makan telur separuh masak sahaja. Hari ini dapat lagu baru, Iwan fikir-fikir dari bangun tido tadi. Tunggu cikgu-cikgu sampai

Cikgu sampai, tengok balik persembahan tirai smalam. Sorang-sorang kawan kene komen dengan cikgu. Time Iwan, ahahaha sumpah muka Iwan lain kat tv. Suara Iwan pun kantoi juga kerana tekak sakit

Lepas lunch, masuk dance floor balik. Iwan dapat lagu. Lagu ni lagu favourite Iwan. Enjoy dengan lagu ni. Lagu dah di potong jadi macam susah siket je. Tapi Iwan akan buat yang terbaik

Nothing to much to say. Yang penting Iwan heppy sangat hari ini...

Jumpa esok

17/3/10
Berubahlah!
Jam 8am Iwan bangun, Cik Baha cakap, pukul 9am ada kelas.Tengok tengok, kelas mula pukul 1130. This week Iwan dapat lagu English. Adoii, sumpah tekanan Iwan dibuatnya. Dahl ah menyanyi, bukan Iwan paham semua lirik lagu itu. Nasib baik ada kelas Cikgu Fathi, memang Iwan nak Tanya semua kat dia.

Hari ni badan macam lepu tepu dah rasanya. Lembab je nak buat apa apa. Kene dance pulak tuh. Adalah sorang budak perempuan ni, boleh dia main main didalam kelas, tak tau kene kita dah penat ni. Dah la kelas dari pagi sampai malam, kau buat lah betul betul, takda lah Cikgu Linda nak bising bising lagi.
Harap kelas esok dan seterusnya, kau berubah lah ye...


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maulana
16/3/10
Bukan Kerana Rupa
Salam semua

Maulana stress sedikit hari ini sebab dapat lagu baru hehehe. So untuk menaikkan mood, Maulana tulis diari ini untuk pengenalan.

Sekarang otak tengah fikir macam macam. Tak tau nak buat mana dahulu. Ok, untuk tirai, Maulana sedikit kecewa sebab tak dapat tengok muka mama. Sedih lah juga, tapi kene kuatkan semangat.

Maulana tak pernah dengar lagu ni.Tapi dalam AF ni, tak semua lagu yang kita suka kita akan dapat, betul tak? So kene terima dengan positif.  Maulana nak kasi gegar Dewan Sri Putra Sabtu ni.

Mana mp3 ni tak dapat dapat lagi. Dahlah nak kene hafal lagu ni. Besok dah kena menyayi dah.

Ahad depan kemungkinan dah ada penyingkiran. Risau rasanya. Sapalah yang terkeluar kan? Kalau boleh, tak nak semua terkeluar. Tapi macam mustahil juga kan.

Maulana harap, masih ada peluang untuk tunjukkan kepada semua yang ada lagi anak muda yang hendak mengetengahkan genre muzik jazz. Harap harap, mata pengundi dapat menilai dari segi bakat, bukan dari paras rupa.

Sekarang Maulana tidak mahu hilang fokus. Akan tunjukkan bahawa Maulana dapat menyanyi macam macam jenis muzik.

Sekian sahaja untuk hari ini.. Harap harap maulana dapat kekal dalam AF8 ini.

Amin

17/3/10
Siapa Tersingkir?
Assalammualaikum

Mata dah berat dah ni, hari ni stress sedikit.

Sekarang, dalam otak ni dok terfikir, sapalah yang akan terkeluar minggu ini. Risau ada, sedih ada, semua ada ni.Tak dapat bayangkan jika ada yang terkeluar nanti, mesti sedih gila. Macam dah rasa hilang adik beradik kandung. Walaupun baru 3 minggu kami bersama, tapi dah rapat mcm 10 tahun kenal. Maulana harap, mereka rakan rakan lain di AF ni akan berjaya dalam apa yang mereka kejarkan. Mata pun dah macam nak pecah ni, Maulana nak tido. Ngantuk... Good night.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nad
16/3/10
Kena Gedik Atas Pentas
Sekarang ini, Nad dan Ain ada dekat dapur. Dia tengah nyanyi lagu baru dia tuh. Segalanya telah bermula. Pasni, sorang sorang akan blah.

Nad tidak tahu bila masa Nad akan blah. Tengah hari kitaorang  naik tripping konon baru sampai akademi. Hmmppphh, cam bestlah sebenarnya buat tuh.

After that, jumpa balik tenaga pengajar, tengok balik performance  masing masing. Mine was okey but still tak cukup lagi. Cikgu Norman suruh Nad catch up yang lain.Nad agak frust bila dengar dia cakap macam tu.Nad kene buktikan yang Nad boleh buat!

Sumpah tak penah dengar lagu baru yang Nad dapat tu. Tadi dengar kt mp3, ok lah lagunya. Confirm kene gedik gedik atas stage nanti, ahahaha.

Nad harap sangat yang Nad bukan orang pertama akan keluar nanti. Perjalanan Nad masih panjang. Insyaallah Nad boleh buat. YOU CAN DO IT NAD!

Yang bestnya, first time minum Brand’s parti ayam tuh. Better kene minum sejuk, tak rasa lah ayam tu sangat.

Sampai disini sajelah dulu ya...Nak sambung hafal lagu.

17/3/10
Emo Tiba Tiba
Ehem, tak tau nak tulis apa. Skang dekat dapur lepak lepak sambil makan dengan budak budak tadi. Tadi Nad nangis dengan Ain. Emo pulak tiba tiba. Lagi bapa hari je budak budak ada 12 orang, pasni, sorang sorang keluar. Hari ni dah genap sebulan kami bersama. Semua korang ni ialah kawan baik aku kt akademi. Nad takda orang lain melainkan mereka kat dalam ni.  Sumpah Nad happy kenal dengan korang.

Tadi cikgu cakap, Nad kene jaga breathing, voice projection kene buat semua. Ada certain words kene sebut kasi habis. Oklah, Nad da menagntuk ni, madi pun belum. Esok nak kene bangun pagi. Ok lah semua, nak stop kat sini. Esok tulis lagi apa yang akan berlaku, sleep well everybody. Ya Allah, thank you for the journey, im blessed to be here...


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Shah
16/3/10
Tubuh Besar Yang Menghiburkan
Assalammualaikum...

Hari ini Shah dan rakan rakan berjumpa pengetua untuk mendengar komen komen daripada cikgu cikgu.Shah dapat semangat selepas dapat komen daripada cikgu cikgu.

Apa yang penting adalah Shah perlu tunjukkan kepada masyarakat Malaysia yang shah walaupun bertubuh agak besar, mampu menghiburkan setiap golongan.

Hari ini juga Shah mendapat lagu. Shah risau sebab lagu ni tak penah Shah nyanyi. Tapi akan cube nyanyikan sebaik mungkin.

Sampai disini sahaja, harap harap ada orang mendoakan Shah berjaya.

Bye

17/3/10
Tugasan Baru
Assalammualaikum

Hai semua, Shah letih sangat sangat la pulak hari ni. Tapi rasa seronok betul sbb akan mulakan tugasan yang baru hari ni. Shah cuba dapatkan perasaan untuk lagu Shah nanti. Kalau takda perasaan, susah nak bawa lagu ni. Lepas tu, masuk kelas Cikgu Que pula. Kat situ Shah belajar cara memahami setiap perasaan yang timbul.

Apa perasaan yang Cikgu Que suruh Shah buat, Shah buat je. Tak tau sama ada jadi ke tidak.Lepas tu, masuk kelas Cikgu Linda, kene menari la pulak. Memang letih sangat sangat.Ok lah, sampai disini je la Shah dapat tulis. Dah mengantuk sangat ni. Nanti sambung lagi k..Baiiii!!!


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Shahir
16/3/10
Tiada Alasan
Assalammualaikum...

Pada hari Khamis lalu, sesuatu yang tak diingini berlaku dan ia amat merisaukan. Takut pula terjejas persembahan konsert tirai nanti.

Sedang Shahir berlatih bersama Nad dan Ema di bilik vocal, tiba tiba ada rasa sesuatu yang mencengkam balakang badan ini. Kejang terus belakang badan Shahir. Mujur Ema ada pengalaman untuk meredakan sakit itu. Adalah dia tolong sikit, tapi masih tidak pulih sepenunhnya.

Shahir cuba tahan semasa present lagu untuk konsert tirai pada yang lain. Shahir jadi orang pertama untuk present . Nak toleh kanan sakit, kiri pun sakit.

Teringat kata pengetua, TIADA ALASAN, so Shahir buat je lah.
Tapi Shahir dah tak tahan, dan minta kebenaran pengetua untuk keluar.  Nak dipendekkan cerita, krew Astro membawa Shahir pergi ke klinik dan sakit Shahir tu pun adalah beransur pulih walaupun tak sepenuhnya.

Apapun Alhamdullillah sebab dapat lakukan persembahan untuk konsert tirai semalam.

Nanti Shahir tulis lagi ye esok. Bye bye.

17/3/10

Nak Tulis Banyak
Semalam Shahir tak dapat tulis semua yang Shahir mahu. Tak cukup ruang. Hahaha..Ni pun tak pasti dapat tulis banyak or tak. Dah mengantuk sangat ni. Shahir ingat budak budak AF sebelum ni enjoy duduk dalam akademi ni, rupanya stress. Apa boleh buat, demi cita cita.

Jumaat lepas, semua pelajar dikehendaki buat latihan  raptai untuk konsert tirai. Shahir risau juga sebab badan  ni tak tau n tak pasti samada dah ok ke belum. Alhamdullillah, Shahir dapat buat raptai tu walaupun di bantu dengan ubat tahan sakit.

Rasa lain macam je bila berada di atas pentas. Tiba tiba terasa macam ada aura Sifu M.Nasir pula. Shahir dapat rasakan yang Shahir enjoy sangat semasa berada diatas pentas.Apa apapun, yang penting kita kene enjoy...Tunggu esok ye....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2010 06:04 PM | Show all posts

Start dah semua dok sakit-sakit bagai

Saper kutuk Alif tu ? haruslah kalau tunjuk kat diari undi Alif terus naik

Akhir sekali...Motif ?
Daus tadi kene selak dengan Cikgu Que.


typo kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 06:05 PM | Show all posts
Iwan

Hari ni badan macam lepu tepu dah rasanya. Lembab je nak buat apa apa. Kene dance pulak tuh. Adalah sorang budak perempuan ni, boleh dia main main didalam kelas, tak tau kene kita dah penat ni. Dah la kelas dari pagi sampai malam, kau buat lah betul betul, takda lah Cikgu Linda nak bising bising lagi.
Harap kelas esok dan seterusnya, kau berubah lah ye...



siapakah??
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 06:48 PM | Show all posts
siapa yang iwan maksudkan ek?..tak tengok diari lahh...japgi mao tengok lah!! yihhi...
ntah2 anum kot?


anti anum
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 07:14 PM | Show all posts
Start dah semua dok sakit-sakit bagai

Saper kutuk Alif tu ? haruslah kalau tunjuk kat diari undi Alif terus naik

Akhir sekali...Motif ?


typo kot

cmf_houdini Post at 17-3-2010 18:04


Bg Dini,

"Selak" tuh dalam bahasa Swak, kira mcm usik la..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 08:36 PM | Show all posts
Bg Dini,

"Selak" tuh dalam bahasa Swak, kira mcm usik la..hehehe
nicolebaby Post at 17-3-2010 19:14


Ooooo usik.. ingatkan dia nak taip "gelak" tapi tertaip "selak"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2010 09:28 PM | Show all posts
Sedang Shahir berlatih bersama Nad dan Ema di bilik vocal, tiba tiba ada rasa sesuatu yang mencengkam balakang badan ini. Kejang terus belakang badan Shahir. Mujur Ema ada pengalaman untuk meredakan sakit itu. Adalah dia tolong sikit, tapi masih tidak pulih sepenunhnya.


erkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 09:29 PM | Show all posts
Hari ni dah genap sebulan kami bersama


Dorang dah sebulan duduk kt akademi ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2010 10:13 PM | Show all posts
i've always wondered apa rasa brands tu.

ain
Harap harap dengan minum Brand’s tu, dapatlah stamina. Setelah dipaksa oleh En. Bahar tadi. Pelik betul rasanya.

nad
Yang bestnya, first time minum Brand’s parti ayam tuh. Better kene minum sejuk, tak rasa lah ayam tu sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 09:13 AM | Show all posts
i've always wondered apa rasa brands tu.

ain
Harap harap dengan minum Brand’s tu, dapatlah stamina. Setelah dipaksa oleh En. Bahar tadi. Pelik betul rasanya.

nad
Yang bestnya, first time m ...
jal08 Post at 17-3-2010 22:13



for tekak aku, mmg xleh terima la
prnh skali time demam, my sis blikan 1 kotak for me. then my sis bising2 sbb 1 botol kcik tu pun x leh nk abiskan
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 11:28 AM | Show all posts
for tekak aku, mmg xleh terima la
prnh skali time demam, my sis blikan 1 kotak for me. then my sis bising2 sbb 1 botol kcik tu pun x leh nk abiskan
gogo Post at 18-3-2010 09:13



aku pun sama...
aritu dpt free, cubalah minum... huh...
x leh terima langsung...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 01:22 PM | Show all posts
11# my_mouth

wah.. teruk sangat ke rasa benda tu... rasa ngeri pulak nak rasa.....
Tapi Innershine tu aku dah pernah rasa... roomate aku dia hari2 minum innershine untuk bagi mata dia "cerah"...
rasa innershine tu still boleh diterima oleh tekak aku.., rasa dia ala2 pahit2 sikit... manis tu sikit je...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 02:23 PM | Show all posts
yg innershine tuh ok gak raser die sebab raser manis sikitt...yg pati ayam brand tuh mmg hazabbbb......
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 02:23 PM | Show all posts
tuan tanah x update ke diari arini? malas nak bukak 1 1 kat website.. td iols dah bg sinopsis kat thread lg 1. korg buat la. iols nak baca, tp letih nak bukak 1 1... hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2010 03:19 PM | Show all posts
14# rabun

laaa... ingat ada yg nak buat utk dapat kredit... ishk korang neh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2010 03:20 PM | Show all posts
hapdet

Adira

18/3/10
1 Family
Hai, hehehe, hari ni adira sedih nie sikit. Sebab kene suruh cakap di kotak diari jika terkeluar. Tapi adira sedih pun bukan sebab apa, rasa macam satu family sudah bah... tiba tiba hujung minggu kurang satu kan.

Erm, pasal lagu semua macam sudah hafal je. Tapi masih dalam proses penghayatan lagi lah. Insyaallah hari khamis, saya sudah bersedia. Ok ok je lah. Bye Bye

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ain
18/3/10
Nangis
Hari ni, kelas dari pagi hingga ke malam. Tadi pun abis kelas pukul 11pm. Tadi ada berucap dekat depan diari ku. Siap nangis nangis. Sedih lah, sebab dah ada orang yang akan terkeluar nanti. Tapi yang pastinya orang itu bukan aku. Kita kena yakin beb. Kawan tetap kawan, persaingan tetap diteruskan.

Sampai je hostel, kita orang dapat surprise tau. Wah ada baju, seluar dan macam macam lagi. Bestnya Rip Curl sponser.  I like, heppy nyer Ain hr ni. Terima kasih Rip Curl.  Lagu hey ladies dah naik kan key dia dah naik dah.

Selamat malam semua

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alif
18/3/10
Berry Berry
Hari ni genap sebulan saya dengan rakan rakan yang lain. Rasa macam baru semalam jer daftar kat sini. Cik Baha buat tugasan deco tempat makan masing masing. Pastu kene lepaskan perasaan kat diari ku. Kena beri ucapan untuk yang terkeluar nanti. Rasa sebak even baru sebulan bersama. ALIF mintak minggu ni takdalah penyingkiran.

Masa kelas cikgu Linda, Alif rasa macam penat siket dan sakit perut. Hahahaha, tak tahu kenapa jadi begitu. Hahaha rasa macam nak terbery bery pula. Hahahaha

Alif tido dulu ya, babai semua. Love my family n friends.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anum
18/3/10
Jaga Makan
Assalammualaikum,

fuhhhh, semakin hari semakin takut. Ahad dah nak dekat. Tapi jangan fikir dahulu. Anum mau buat yang bersungguh sungguh. Step dah ada dah. Cuma stamina kene kuat. Hari ni suara Anum tak sihat sangat. Anum try jaga pemakanan lah.

Apa apa pun, Majulah Rock Untuk Negara.

Bye bye

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daus
18/3/10
Mula Tenang, Pastu Stress
Seperti biasa, hari berlalu dengan tenang dan sedikit stress. Masuk je kelas terus jumpa Cikgu siti hajar, selepas itu cikgu Adnan pula. Pastu kitaorang pegi lunch. Ayam gorang woooo.. Pastu kelas Cikgu Que, seronok sangat. Kena berlakon. Hahaha.  Saya suka sangat kelas cikgu QUe tu.

Petang kelas cikgu Linda, wahaha. Tensen pun ada ni. Cikgu Linda garang beb..  Tapi garang garang dia pun, dalam hati ada taman. Hahah, Aku rindu semuaaa lah kat luar tu. Huhuhu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ema
18/3/10
Barang Baru
Wah hari ni kite dapat barang baru. Rip Curl. Best bah... Adoi. Hari ni penat terasa sangat.  Dahl ah kepala asik pening je ni. Tapi tak boleh layan sangat kan. No manja manja, hehehe. Gembira sangat dapat barang barang tu. Tq Rip Curl.

Takda apa yang nak diceritakan sangat.  Sudah lah saya merindui mama ni. K lah, nak rehat dulu. Tadi dah buat persediaan untuk kerusi berhias. Ala kadar je buat. Ahahha, takda idea dah mahu buat cemana. Mood kureng jer ni. Wahahahaha. Good nite all

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Farina
18/3/10
Had Fun
Today, as usual, first class with Cikgu Hajar. Learn more on vcal technics. Ma Mi Mo Mu hahaha. Next class with Cikgu Adnan. After that with Cikgu Fathi. He very help me a lot on my song. Then we had fun in Cikgu Que class. We did simple exercise but at the same time learn how to focus and explore more on our inner inside

Last class was with Cikgu Linda. Huhu. And i got my steps today. Hahaha kesian Cikgu Linda have to teach me yang sememangnya kaki keras tatau menari. Balik ye, semua happy sangat. We got new cloths from Rip Curl. Yay, thanks. Off to sleep, write again soon.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Iwan
18/3/10
Hari Paling Bahagia
Hari 16 mac hari yang paling bahagia buat Iwan. Hari ni genap Iwan sebulan jadi pelajar AF. Hari ni juga genap sebulan Iwan berkawan dengan mereka mereka itu. Tadi kene buat diari ku, sapa akan terkeluar? Sumpah sedih nanti.

Today iwan blaja kelas English. Susah juga nak sebut in English ni kan.Tapi iwan buang semua rasa susah tu. Iwan pasti boleh buat dengan ok nanti.hahaha

Kelas hari ni sumpah penat. Dance lah,tu lah nil ah. Rasa macam nak tertanggal kepala ini hah. Adehh... Dengan kene angkat si Nad tadi, poning pale den ni.. Kesian gak kat si Nad tu. Sakit pinggang dia dibuatnya.

Balik bilek je ada benda best, dapat barang dari Rip Curl, tak penah rasa ada barang banyak camni. Thank you so much Rip Curl !!!. Oklah nak tido dah ni. Blur semacam ni, penat sangat kan... hahaha babai semua...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maulana
18/3/10
Siapa Tersingkir?
Assalammualaikum

Mata dah berat dah ni, hari ni stress sedikit.

Sekarang, dalam otak ni dok terfikir, sapalah yang akan terkeluar minggu ini. Risau ada, sedih ada, semua ada ni.Tak dapat bayangkan jika ada yang terkeluar nanti, mesti sedih gila. Macam dah rasa hilang adik beradik kandung. Walaupun baru 3 minggu kami bersama, tapi dah rapat mcm 10 tahun kenal. Maulana harap, mereka rakan rakan lain di AF ni akan berjaya dalam apa yang mereka kejarkan. Mata pun dah macam nak pecah ni, Maulana nak tido. Ngantuk... Good night.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nad
18/3/10
Memang Cool!
Haih, sleepy sangat. Badan dah tak sedap. Sakit sana sakit sini. Tk tau nak tulis ape lah, haaa hari ni dapat barang free. Best sangat. Rip Curl bagi macam macam. Memamg cool lah. Thank you very much.

Tadi ada buat diariku, wah sadis, menangis aku dibuatnya. Gaya macam memang terkeluar lah. Harap harap jangan lah, panjang lagi perjalanan ini. I guess what, thats all la from today, nak tido dah ni. Esok kene bangun awal. So, goodnight people

I MISS MY FAMILY AND FRIEND


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Shah
18/3/10
Bengang
Hai semua, hari ni Shah bengang sebab kene nyanyi lagu bengang, huhuhu.  Macam macam aku belajar hari ni. Rasa betuah sangat  sebab dapat peluang macam ni. Jadi aku akan pastikan yang aku tak kan terkeluar.

Kelas cikgu Fathi macam biasa lah. Bagus, buat shah rasa semakin yakin nak cakap English. Hehehe. Lepas tuh, kelas cikgu Que, shah kene berpasangan dengan Anum. Buat jelah apa yang dia suruh. Huhuhu. Penat gile, sampai sakit kaki ni hah dikerjakan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Shahir
18/3/10
Kenangan Manis
Hari ni genap sebulan kita orang bersama sebagai pelajar akademi...Ter lalu banyak memori yang akan dikenang walaupun dalam tempoh sebulah. Pendek kata, 24jam kitaorang bersama. Banyak kenangan manis tersimpan kekal dalam lubuk hatiku.

Shahir sangat suka dengan lagu yang akan dinyanyikan nanti. Tapi tak pasti sesuai tak suara saya dengan lagu ni. Berbeza dengan genre dan jiwa shahir ni hah.Apapun akan cuba buat yang terbaik...

Balik dari kelas lmbat sikit hari ni, Sampai je bilik, satu kejutan telah berlaku. Setiap pelajar dapat 3 bag yang berisi macam macam jenis pakaian. Tak penah aku dapat hadiah sebesar ini. TERIMA KASIH RIP  CURL
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2010 03:50 PM | Show all posts
comel je diari dorg ni...

maulana

maulana
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 04:25 PM | Show all posts
DAUS
"Cikgu Linda garang beb..  Tapi garang garang dia pun, dalam hati ada taman."
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 04:30 PM | Show all posts
DAUS
"Cikgu Linda garang beb..  Tapi garang garang dia pun, dalam hati ada taman."

gogo Post at 18-3-2010 16:25

iols x paham lah noks
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 04:42 PM | Show all posts
18# gogo

ntah2 Daus cair kot tgk CL....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.073433 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list