|
Post Last Edit by washere2 at 1-4-2010 18:22
Lagu Alyah, Stacy, Aizat Paling Popular!
murai.com
Teks oleh Razif Rosdi
KUALA LUMPUR,1 APRIL 2010: Persoalan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai BintangPaling Popular Berita Harian 2009 bakal terjawab pada Ahad, 4 April2010, di Arena Of Star, Genting Highlands.
Namun, 10 laguMelayu Paling Popular di Rexdbox bagi sesi 2009 sudah pun diketahuidalam majlis malam media Red Box Karaoke diadakan di Red Box Karaoke,IOI Mall, Puchong, malam tadi.
Dalam majlis yang disertairamai wakil media cetak dan media elektronik itu, lagu Faizal Tahiriaitu Sampai Syurga , Alyah (Tak Mungkin Kerna Sayang), Stacy (AkuStacy) serta Aizat (Kau dan Aku) telah dipilih sebagai antara lagu yangpaling popular.
Difahamkan, keputusan ini dibuat berpandukanpemilihan yang dibuat oleh pelanggan Red Box Karaoke, Red Box Ria,Green Box Karaoke dan Red Box Plush sepanjang tahun lalu.
Selain10 lagu Melayu paling popular, majlis yang telah pun diadakan selama 4tahun berturut-turut ini turut mengumumkan 10 lagu popular bahasaInggeris.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh orang kuatRed Box iaitu Valerie Choo dengan dimeriahkan pelbagai permainanmenarik bagi meraikan media dan penerima anugerah.
Apa yangpasti, Aizat dan kumpulan 6ixth Sense saja yang kelihatan hadir untukmenerima anugerah tersebut. Masing-masing tidak menyangka bahawa lagumereka terpilih sebagai antara lagu Melayu paling popular di Redboxkaraoke sepanjang tahun lalu.
Selain itu, Izwan Pilus sertadua penyanyi baru iaitu Fariz dan Rina juga turut hadir sama bagimemeriahkan sesi karaoke bersama media.
Berikut ialah keputusan 10 lagu Melayu popular 2009. Kedudukan lagu ini bukanlah mengikut ranking.
1. Sampai Syurga-Faizal Tahir
2. Aku Stacy-Stacy
3. Menjaga Hati- Yuvie & Nuno
4. Tak Mungkin Kerna Sayang-Alyah
5. Matahariku-Agnes Monica
6. Dugaan-Hujan
7. Kau Dan Aku- Aizat
8. Puspa-ST12
9. Selamat Ulang Tahun Sayang-Imran Ajmain
10. Khatimah Cinta-6ixth Sense.
tajuk tak letak nama FT pun (gambar ada), tapi takpe, FT tak pergi ambik anugerah pun
|
|