CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11690|Reply: 45

1 Hari Di Akhirat,1000 Tahun Mengikut Kiraan Kamu- Umur 40 Tahun, Cut-Off Time

[Copy link]
Post time 7-4-2010 12:51 PM | Show all posts |Read mode

Salam,

Allah berfirman bahawa hidup 1 hari di Akhirat bersamaan dengan 1000 tahun mengikut kiraan kita. Kamu jugak ada membaca di antara firman Allah bahawa wahai jiwa yang tenteram masuklah kedalam Syurga yang kekal abadi.

Jiwa yang tenteram adalah jiwa yang suci daripada sifat tercela. Apalah gunanya banyak amal jika ianya tiada berkualiti seperti mana firman Allah bahawa tidak Allah jadikan hidup dan mati ini kecuali hendak menduga, siapakah antara kita yang baik amalnya. Satu lagi firman Allah bahawa Allah menjadikan hidup di dunia ini sebagai perhiasan untuk menduga siapakah antara kita yang baik amalnya.

Amal yang baik,bukan banyaknya amal tetapi jika jiwa telah suci maka amal akan jadi baik-baik belaka. Ini kerana,perbuatan kita kearah mensucikan diri akan bertembung dengan bermacam-macam halangan dan rintangan. Bagi orang-orang yang ingin mensucikan dirinya,amalan-amalan wajib yang diperintahkan kepada kita sudah tidak menjadi halangan malahan diperkuatkan dengan amalan-amalan sunat.

Mari kita renungkan,bagaimana Allah perintahkan kepada Nabi Musa supaya berjumpa kepada Firaun dan mengajak dia(firaun) mensucikan dirinya. Allah berfirman bahawa sesungguhnya menanglah orang yang suci(hati). Firman Allah lagi bahawa sesungguhnya telah menanglah orang yang membersihkan(jiwanya) dan merugilah orang yang mengotorkannya.

Untuk dapat mensucikan diri kita agar kita dapat menjadi jiwa-jiwa yang tenteram,hendaklah kita mempunyai ilmunya. Sepertimana Nabi bersabda," kelebihan orang yang berilmu atas orang yang beribadah seperti kelebihanku atas orang yang terendah dari umatku." Sabda Nabi lagi,"Ilmu itu imamnya amal,sedangkan amal makmumnya."

Nabi bersabda lagi,"Siapa-siapa yang bertambah ilmunya tapi tidak bertambah amalnya,akan bertambah jauh dia dari Allah."
Orang yang seperti ini ialah orang yang tertipu.Mereka ini hanya memperelokkan lahirnya saje tetapi melupakan batin sedangkan sabda Nabi,"Allah tidak memandang akan rupa dan hartamu,tapi memandang akan hati dan amalmu."

Lagi tentang ilmu,Nabi bersabda,"Tidur dalam keadaan berilmu,lebih baik daripada solat dalam keadaan bodoh." Nabi bersabda lagi,"Ilmu itu diilhamkan kepada orang-orang yang bahagia,dan tidak diberikan kepada orang-orang yang celaka."

Tadi saya ada mengatakan tentang firman Allah tentang amal yang baik dan ini satu lagi firman Allah terhadap amal yang baik ialah "Sesungguhnya amal yang baik itu menghapuskan segala kejahatan."

Saya bagi beberapa contoh agar senang memahaminya terhadap realiti semasa:-

1. Kamu solat lima waktu tak tinggal pada masa yang sama mentekedarah daripada hasil yang haram,apa baiknya amal kamu tu? Walhal,menjauhi daripada memakan hasil yang haram adalah amal yang baik. Inilah yang dikatakan mensucikan diri.

2. Ramai wanita yang bertudung,solat tak tinggal tapi mengumpat No 1,paling banyak berlaku ditempat bekerja. Jika wanita dirumah,tentu kurang sikit atau tiada lansung. Terhegeh-hegeh keluar bekerja!

3. Ramai yang tidak taat kepada pemerintah;menjadikan diri mereka penyokong kepada perpecahan umat;meeka menyokong kepada puak yang menjadi punca perpecahan. Amalan Demokrasi membenarkan kewujudan parti siasah tandingan tetapi perintah Allah agar kita berada dalam kesatuan dan jangan berpecah-belah.

Itu saje dulu,jika kamu ada keraguan,tanyalah bagi mencari kebenaran agak dapat mensucikan diri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2010 01:05 PM | Show all posts
ok2, i agree on certain parts.

apa yang kamu sebutkan kini adalah masalahnya. apa penyelesaiaan yang kamu boleh bagi kat kami?

1. selagi tak berhenti makan daripada hasil yang tidak bersih, maka jangan solat.. begitu?

2. selagi tak berhenti mengumpat, maka jangan solat... begitu?

we needs solution, not problems.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 01:13 PM | Show all posts
2# gunblade712


Bukan begitu..

bagi saya penyelesaiannya ialah :

1. untuk melengkap dan supaya solat kita diterima maka berhentilah dari makan hasil yang tidak baik.

2. supaya solat kita diterima.. dan pahala solat kita tidak jatuh ke tangan orang lain..  maka berhentilah mengumpat.

naahhhhh... tulah solutionnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 01:19 PM | Show all posts
3# zorroe

solution begitu mengambil masa, betul?


point2 yang digunakan oleh pembuka thread memang benar, tetapi mende2 tuh, sad to say, dah jadi lumrah masyarakat kita.

bukan mudah nak ubah sikap dan persepsi yang dah menjadi "turun-temurun" nih, kene buat slow-slow... heck, even Rasulullah s.a.w. pun berdakwah secara berperingkat..

jadi, apa step pertama untuk mengurangkan mende2 tak elok seperti yang dinyatakan di atas?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2010 01:32 PM | Show all posts
2# gunblade712

Blade,ayat berwarna merah itu jawapan saya.

ok2, i agree on certain parts.

apa yang kamu sebutkan kini adalah masalahnya. apa penyelesaiaan yang kamu boleh bagi kat kami?

1. selagi tak berhenti makan daripada hasil yang tidak bersih, maka jangan solat.. begitu?

Jangan bersangka sebegitu. Apa yang disarankan ialah melakukan amal yang baik yang boleh mensucikan diri kita.
Jika dulu,orang-orang pada masa Nabi hendak mengamalkan ajaran Islam itu sangat susah;terburai isi perut;disiksa,apalah susahnya bagi kita yang dapat mengamalkan Islam tanpa apa-apa penderitaan untuk keluar daripada itu. Jika kamu berada dijalan itu,barulah sesaorang itu tahu,apa ertinya jiwa yang tenang itu.

Allah berfirman:"Bukankah Kami telah melapangkan dadamu(Muhammad).Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat.Yang memberati punggungmu.Dan Kami tinggikan namamu.Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan.Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan.Apabila engkau telah selesai(mengerjakan suatu pekerjaan),maka bersusah payahlah(mengerjakan yang lain).Dan kepada Tuhanmu,berharaplah."

2. selagi tak berhenti mengumpat, maka jangan solat... begitu? Dah jawab seperti diatas.

we needs solution, not problems
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 01:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by gunblade712 at 7-4-2010 13:50

5# Amir

refer #4 saya.

apakah cara perubahan tersebut? dengan mendadak? atau step by step?

even Rasulullah sendiri berdakwah secara berperingkat, walaupun agama samawi telah bertapak di Mekah.


memang perkara2 tersebut tak elok, saya setuju bab tuh. tapi apa yang boleh dibuat? ini bukan soalan putus asa, tapi soalan yang mengajak kita semua berfikir bagaimana nak ubah.

apa kata kita tengok cara Rasulullah s.a.w. sendiri menyampaikan ajaran Islam, bagaimana?


point 1, agama samawi telah pun ada di Mekah. Yahudi dan Nasrani telah ada di Mekah. Itu pasal mereka di seru sebagai Ahli Kitab dalam Quran. Takkan Allah seru kepada golongan yang tak wujud, betul? even sepupu Khadijah sendiri dikatakan sebagai seorang pendita Nasrani yang tahu akan isi kandungan kitab terdahulu.

point 2, if my memory serves me right, 13 tahun baginda s.a.w. di Mekah, hanya memperkukuhkan Tauhid sahaja. itupun di jalankan berperingkat-peringkat, iaitu daripada dakwah secara sembunyi, kemudian secara nyata. kemudian berlakunya tahun kesedihan, hijrah etc. (i'm not good in these kind of things. maybe you can elaborate more)


Rasulullah s.a.w. mengambil masa 23 tahun untuk ubah keseluruhan masyarakat Arab secara khasnya dan seluruh alam secara am nya. 23 tahun baginda s.a.w. berdakwah untuk mengubah masyarakat. satu masa yang SANGAT singkat if you ask me...

how did he (s.a.w) do it?


he didn't just point his fingers and say "this is haram!" , he gave them solutions to their problems.

ada masalah perempuan rasa di tindas, baginda s.a.w. bagi solution nya.

ada masalah orang tak kenal Sang Pencipta, baginda s.a.w. bagi solution nya.

ada masalah nak handle bini ke, mak ke, parents, ke, maka baginda s.a.w. tampil dengan solution nya...


... takkan takde solution daripada baginda s.a.w. tentang masalah masyarakat kita?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-4-2010 02:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by Amir at 7-4-2010 14:09
Post Last Edit by gunblade712 at 7-4-2010 13:50

5# Amir

refer #4 saya.

apakah cara perubahan tersebut? dengan mendadak? atau step by step?

even Rasulullah sendiri berdakwah secara berperi ...
gunblade712 Post at 7-4-2010 13:46



Blade,pelahan-pelahannnnn.........orang jowo kata alun-alunnnn........

Hanya kita harapkan mati kita pun pelahan-pelahannnn........jangan tiba-tiba sudahhhhh......

Kamu baca buku 60 sahabat Nabi sebagai pemulaan kepada motivasi disamping terus beramal mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya.

Alunnnn-alunnnnn........Bladeeee.. Satu pertanyaan Blade,berapa umur kamu? Nanti saya akan sambung tentang cut-off time umur 40 tahun.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 02:06 PM | Show all posts
7# Amir

aper yang kamu merepek nih? kamu nak bincangkan tentang topik ke aper?

kalau perubahan secara perlahan adalah jalannya, apa step pertama?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2010 02:14 PM | Show all posts
2# gunblade712


i pun agree with u... i rasa better solat dari tak solat kan?? better cari rezeki halal pegi keje dari kemiskinan tak makan sbb taknak mengumpat kan...
mmg susah nak terus berubah mendadak... i rasa takde manusia dlm dunia nih yg tak buat dosa tp mmg lah kena kurangkan tapi kalau tak buat langsung tuh mustahil lah kottt!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2010 02:16 PM | Show all posts
7# Amir  

aper yang kamu merepek nih? kamu nak bincangkan tentang topik ke aper?

kalau perubahan secara perlahan adalah jalannya, apa step pertama?
gunblade712 Post at 7-4-2010 14:06



Betul le tuuu saya katakan alunn-alunn....

Langkap pertama,baca buku 60 sahabat Nabi sebagai motivasi....Setelah habis membacanya,nanti kamu akan rasakan bahawa diri kamu itu well-motivated to take another step forward.

Jangan sampai umur menjangkau ke 40 tahun sudahhh....

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 02:20 PM | Show all posts

Betul le tuuu saya katakan alunn-alunn....

Langkap pertama,baca buku 60 sahabat Nabi sebagai motivasi....Setelah habis membacanya,nanti kamu akan rasakan bahawa diri kamu itu well-motivate ...
Amir Post at 7-4-2010 14:16


so kita patut promote buku "60 sahabat Nabi" kepada keseluruhan masyarakat kita yang dah bermasalah nih, gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 02:26 PM | Show all posts
2# gunblade712


i pun agree with u... i rasa better solat dari tak solat kan?? better cari rezeki halal pegi keje dari kemiskinan tak makan sbb taknak mengumpat kan...
mmg susah nak terus beru ...
zamnie Post at 7-4-2010 14:14


ya betul... Islam mengajar keutamaan. Memang utama menjaga mulut daripada mengumpat tapi rasanya lagi utama lagi carik rejeki dan bagi makan anak2 kat umah. tang mulut tuh plak boleh di jaga kat opis.

same goes for point #1 TT. yang utama adalah jaga rejeki yang masuk tapi kalau compare dengan solat rasanya solat punya keutamaan tuh up sket kot...

AT LEAST orang2 gitu SOLAT, which means ada lah sikit kesedaran agama di dalam mereka, betul?

tak perlu mengecam mereka hanya kerana mereka tersilap dalam beberapa bab. nobody's perfect, remember?


skop yang di bawa oleh pembuka thread ini luas sebenarnya. bukan setakat point finger blaming on somebody. ingat, Rasulullah s.a.w. mengambil masa 13 tahun untuk mengukuhkan TAUHID sahaja. TAUHID dah kuat, baru di implimen hukum2.

Bagilah hukum ringan macam mana pon, kalau Tauhid ke parit, ke parit jugak pegi masyarakat.


so pengukuhan Tauhid amat penting dalam menyedarkan masyarakat kita, betul?

macam mana nak buat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2010 02:31 PM | Show all posts
so kita patut promote buku "60 sahabat Nabi" kepada keseluruhan masyarakat kita yang dah bermasalah nih, gitu?
gunblade712 Post at 7-4-2010 14:20



Kamu nak ajak sekali seluruh masyarakat ke? Kalau begitu,bertambahlah alunnn-alunnn nya.

Mithalnya, jika kamulah yang dipilih,apakah kamu akan katakan tunggu dulu,aku nak ajak seluruh masyarakat sekali....?

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 02:34 PM | Show all posts

Kamu nak ajak sekali seluruh masyarakat ke? Kalau begitu,bertambahlah alunnn-alunnn nya.

Mithalnya, jika kamulah yang dipilih,apakah kamu akan katakan tunggu dulu,aku nak ajak seluruh masy ...
Amir Post at 7-4-2010 14:31


so skarang kamu nak tumpukan perbincangan kepada saya, bukan lagi kepada masyarakat, begitu?

bukan ke kamu bukak thread nih membincangkan tentang "budaya-budaya negatif" dalam masyarakat?

tak boleh stick to the topic ke atau kamu memang begini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2010 02:41 PM | Show all posts
ya betul... Islam mengajar keutamaan. Memang utama menjaga mulut daripada mengumpat tapi rasanya lagi utama lagi carik rejeki dan bagi makan anak2 kat umah. tang mulut tuh plak boleh di jaga kat o ...
gunblade712 Post at 7-4-2010 14:26



Jika tauhid dah kuat Blade,orang itu sedang berada dijalanNya sekarang mengharungi rintangan-rintangan dalam kehidupan. Akhirnya dia akan menemui kemudahan seperti mana firman Allah yang saya sebut tadi. 2 kali Allah sebutkannya.

Yang penting persediaan.......Seperti seorang yang ingin berhijrah,tentu sekali dia akan buat persediaan.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 02:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by gunblade712 at 7-4-2010 14:48

Jika tauhid dah kuat Blade,orang itu sedang berada dijalanNya sekarang mengharungi rintangan-rintangan dalam kehidupan. Akhirnya dia akan menemui kemudahan seperti mana firman Allah yang saya sebut tadi. 2 kali Allah sebutkannya.

Yang penting persediaan.......Seperti seorang yang ingin berhijrah,tentu sekali dia akan buat persediaan.


Amir Post at 7-4-2010 14:41


saya tatau tentang pendapat kamu. saya tak sangkal pon pendapat kamu. saya cume menerangkan pendapat saya berdasarkan apa yang Nabi s.a.w. telah lakukan. kalau kamu rasa cara yang saya sebutkan tersebut tak boleh implimen, itu pendapat kamu lah..

saya cuma suarakan berdasarkan situasi masyarakat di zaman Nabi s.a.w. yang sama @ lebih teruk daripada masyarakat kita skarang, tapi at the same time agama samawi telah bertapak di situ. sama jugak macam kita, teruk2 masyarakat kita pon, kita semua dah "tahu" tentang agama Islam.

agama samawi dah ada kat Mekah zaman tuh, orang2 yang mahir tentang isi kandungan kitab terdahulu pon ada jugak, apsal Nabi s.a.w. amik 13 tahun hanya untuk mengajar Tauhid eh?


.. tapi kalau tak boleh impliment, then apa cara nya? suruh dorang baca buku 60 sahabat Nabi seperti yang kamu nyatakan tuh?


ingat, kita perlukan penyelesaian, bukan masalah. masalah nih rasanya semua orang dah tau.

you are beating around the bush. skarang, kamu cerita pasal persediaan pulak. "ersediaan" itu pun terlalu general. kita perlukan jalan keluar. kita dah setuju yagn ianya perlu di lakukan perlahan2.

jadi, apa first step dalam menyediakan "persediaan" yang kamu sebut nih?

suruh seluruh masyarakat baca buku 60 sahabat Nabi tuh? nak letak dalam modul pembelajaran ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2010 02:49 PM | Show all posts
so skarang kamu nak tumpukan perbincangan kepada saya, bukan lagi kepada masyarakat, begitu?

bukan ke kamu bukak thread nih membincangkan tentang "budaya-budaya negatif" dalam masyarakat?

ta ...
gunblade712 Post at 7-4-2010 14:34



Saya tidak bercakap tentang budaya-budaya negatif tapi apa yang hendak saya sampaikan ada peringatan kepada sesiapa jugak yang ingin kepadanya. Inilah da'wah pelengkap kepada kehidupan.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 02:53 PM | Show all posts

Saya tidak bercakap tentang budaya-budaya negatif tapi apa yang hendak saya sampaikan ada peringatan kepada sesiapa jugak yang ingin kepadanya. Inilah da'wah pelengkap kepada kehidupan.


Amir Post at 7-4-2010 14:49


dah tuh nih aper?

Saya bagi beberapa contoh agar senang memahaminya terhadap realiti semasa:-

1. Kamu solat lima waktu tak tinggal pada masa yang sama mentekedarah daripada hasil yang haram,apa baiknya amal kamu tu? Walhal,menjauhi daripada memakan hasil yang haram adalah amal yang baik. Inilah yang dikatakan mensucikan diri.

2. Ramai wanita yang bertudung,solat tak tinggal tapi mengumpat No 1,paling banyak berlaku ditempat bekerja. Jika wanita dirumah,tentu kurang sikit atau tiada lansung. Terhegeh-hegeh keluar bekerja!

3. Ramai yang tidak taat kepada pemerintah;menjadikan diri mereka penyokong kepada perpecahan umat;meeka menyokong kepada puak yang menjadi punca perpecahan. Amalan Demokrasi membenarkan kewujudan parti siasah tandingan tetapi perintah Allah agar kita berada dalam kesatuan dan jangan berpecah-belah.



kamu memberi contoh yang merujuk kepada masyarakat kita, bukan?

kenapa skarang kamu kata kamu tak merujuk kepada "budaya negatif" masyarakat kita?

cuba kamu bagitau saya, point2 kamu yang 1 - 3 tuh, kamu refer kat siapa? orang2 Zimbabwe?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2010 03:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by Amir at 7-4-2010 15:22
dah tuh nih aper?




kamu memberi contoh yang merujuk kepada masyarakat kita, bukan?

kenapa skarang kamu kata kamu tak merujuk kepada "budaya negatif" masyarakat kita?

cuba kamu bagita ...
gunblade712 Post at 7-4-2010 14:53



Saya cuba menerangkan kepada masyarakat di forum ini perihal hidup di dunia ini walaupun 1000 tahun lamanya;jika boleh hidup 1000 tahun, hanyalah 1 hari di Akhirat. Maknanya,jika orang-orang yang ingin mensucikan dirinya lalu berhijrah kepadaNya;melakukan amal yang baik,akan menghadapi keperitan,kesusahan yang cuma hanya 100 tahun saje;jika kita boleh hidup takad tu,berbanding dengan kehidupan di Akhirat.

Oleh itu,mengsucikan diri kita adalah inti kepada kehidupan. Jika tidak,kita rasakan bahawa selama ini amal kita; yang solat tonggang terbalik lima waktu sehari semalam itu,dapat menjamin diri kita kesana nanti. Walhal mengsucikan diri itu ditekankan oleh agama Islam. Amal ibadah banyak mana sekali pun boleh tentu akan terjamin  nasib kita di sana nanti.

Bukan senang nak memegang erat Islam itu pada masa sekarang(nampak senang ajeee),ianya memerlukan pengorbanan dan pengerbonan inilah yang manusia tidak mahu ikut.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 03:24 PM | Show all posts
huhuhuhu tak paham

cemana nak sucikan diri?

apa yg perlu dikorbankan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.378320 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list