View: 17748|Reply: 46
|
Cerekarama : Tiupan Sangkakala [10 April]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 8-4-2010 10:47
BORAK LOKASI: Isteri tendang suami bersolat
Oleh Elrafaei Sapi
[email protected]
2010/04/08
ARISSA masuk ke dalam satu bilik secara senyap dan ternampak suaminya bersolat. Tanpa perasaan simpati, dia menendang suaminya dari belakang.
Perlakuan Arissa itu diistilah sebagai isteri kurang ajar yang tidak menghormati suami sehingga sanggup melakukan perbuatan di luar batasan.
Apa yang dilakukan Arissa itu antara paparan menarik dalam drama Tiupan Sangkakala terbitan Luqsar Kreatif Sdn Bhd dan diarahkan Heykal Hanifah.
Arissa dilakonkan Rita Rudaini manakala Eman Manan yang menghayati watak Adi menjadi suami pada wanita itu.
Adegan Rita menendang suami ketika bersolat dilakukan ketika penggambaran di sebuah rumah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Penggambaran selama seminggu turut mengambil lokasi di sekitar Lembah Klang dan Hulu Langat.
Babak ini dapat disaksikan penonton apabila Tiupan Sangkakala disiarkan di TV3 menerusi slot Cerekarama pada 10 April ini, jam 10 malam.
Heykal berkata, adegan sebegini mungkin dianggap keterlaluan untukdipaparkan menerusi drama TV, tetapi ia menjadi elemen penting kepada perjalanan plot.
"Adegan ini memberi impak kuat pada kisah yang ingin disampaikan. Dalam drama ini, Arissa tidak menghormati suaminya kerana dia berkahwin tanpa perasaan cinta selepas bapanya mengenakan syarat itu jika mahu mewarisi harta kekayaan.
"Sebenarnya, ada dua adegan yang memperlihatkan Arissa bertindak kurang ajar terhadap suami termasuk menendang Adi ketika mengurut kakinya. Begitu juga Arissa melayan orang gaji dengan kasar.
"Di peringkat awal, sepatutnya saya merancang untuk mewujudkan adegan Adi memandikan Arissa yang lumpuh akibat satu kemalangan. Bagaimanapun, adegan itu ditukar pada Adi mengurut kaki Arissa.
"Melihat pada adegan ini, saya percaya ia 'menjadi' kerana penghayatan mendalam daripada dua pelakon berpengalaman iaitu Rita dan Eman. Mereka mempunyai keserasian dan menjiwai karakter dengan berkesan.
"Sebelum ini, saya pernah bekerjasama dengan Eman menerusi drama Ombak Laut Cina Selatan. Saya berpandangan Eman menunjukkan lakonan yang 'sempurna' dan boleh dibawa berbincang," katanya.
Kata Heykal, dia terbuka untuk berbincang dengan pelakon untuk mendapatkan lakonan yang lebih baik.
Bagi dua watak utama berkenaan, dia sememangnya berhasrat mengambil pelakon berpengalaman seperti Eman dan Rita berbanding pelakon baru lain untuk mendalami karakter.
Katanya, kedua-dua watak berkenaan memberi cabaran besar dan Rita bersama Eman menjadi kombinasi sesuai untuk menyampaikan plot dengan berjaya hingga menyentuh perasaan penonton.
"Watak Adi adalah guru agama yang turut dikenali sebagai tukang urut diminta bapa Arissa, Datuk Faid lakonan Ahmad Tarmimi Siregar agar memimpin anaknya itu.
"Untuk memastikan kehidupan Arissa lebih teratur, dia dijodohkan dengan Adi. Namun, pelbagai kejadian dan cabaran dilalui Adi selepas berkahwin.
"Arissa sering bersikap kurang ajar terhadap Adi. Sebaliknya,suaminya itu banyak bersabar dan berusaha membimbing Arissa menjadi isteri soleh," katanya.
PROFIL
JUDUL: Tiupan Sangkakala
TERBITAN: Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PRODUSER:
1. Heykal Hanifah
2. Jaja Nadzir
PENGARAH: Heykal Hanifah
PRODUSER EKSEKUTIF:
1. Luqman Haqeem
2. Sarah Heyrissa
3. Luq Adam Heydhani
PENULIS SKRIP: Rashid Sibir
PENGURUS PRODUKSI: Jaja Nadzir
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Kamaruzaman Mohd Arshad
PENOLONG PENGARAH: Eoon Suhaini
PENGARAH VIDEOGRAFI: Muhamad Riza Baharudin
PENATAAN SENI: Mohd Azhari Abu Bakar
PENOLONG PENATAAN SENI: Rosdi Razak
PEMBANTU PRODUKSI: Mohd Amirul Asraf Mohd Ariff
JURUSOLEK: Hisyam Maulan (Adique)
PEMBANTU JURUSOLEK: Amin Hasyim
JURUKAMERA: Muhamad Riza Baharudin
PEMBANTU JURUKAMERA: Adam Malik
PENATA CAHAYA: Mokhairul Syamnizar Mokhtar
PEMBANTU PENATA CAHAYA: Muhammad Muhaimi Md Noh
JURUAUDIO: Mahzame Md Isa
PASCA PRODUKSI: Mentera Studio Sdn Bhd
PEMBANTU PENYUNTING: Normalinie Jumut
PENYUNTING:
1. Harlina Abd Ghani
2. Angge Bakri
ADUNAN AKHIR: Harlina Abdul Ghani
PELAKON:
1. Rita Rudaini
2. Eman Manan
3. Dian P Ramlee
4. Ahmad Tarmimi Siregar |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak tanyer ...masa neh lakonan rita sblm beranak ker??
atau yg terbaru..pas beranak??? |
|
|
|
|
|
|
|
lepas rasanya....nak tgk citer ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
wahh...cam menarik ni...dah lama tak tgk eman manan berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
bagus citer ni, boleh bg peringatan..elok tengok ni! |
|
|
|
|
|
|
|
dah boleh agak intro, tengah dan ending nya,, |
|
|
|
|
|
|
|
mcm plot novel lak... tp apa pon.. kunanti cerita ini... |
|
|
|
|
|
|
|
harus tgk ni sbb ade rita...da lame x tgk rita blakon..... |
|
|
|
|
|
|
|
nak tgk............
tapi clash ngan AF lak..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hepimoon at 8-4-2010 15:00
kan slalu dorg tayang balik konsert hr ahad......
lgon af skng cam ape je...bosan gle |
|
|
|
|
|
|
|
eee..cite rashid sibir..aku serik tgk cite dia..mesti ending x best.. |
|
|
|
|
|
|
|
hehe..rashid sibir nyer skrip...ermmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
lama x tgk rita berlakon...
eman manan pun sana...
wajib tgk !! |
|
|
|
|
|
|
|
huh tengok gambo rita tendang eman lam metro pon ... seriau ...gile nye ganasssssss |
|
|
|
|
|
|
|
bagus cerita mcm nie....jgn asyik2 cerita hasad dengki bolot harta mcm slot smaarinda........bnyakkan cerita ttg keinsafan mcm slot2 indonesia tu.....bkn nk sokong negara luar...tp bley djadikan banch mark sbb org2 malaysia dah jadi lain.....bnyakkan lupa daratan dah nie... |
|
|
|
|
|
|
| |
|