View: 6594|Reply: 47
|
Cerita kewafatan Rasulullah s.a.w.
[Copy link]
|
|
Assalamu'alaikum kawan2...
saya cuma nak tahu tentang kisah kewafatan Rasulullah s.a.w....
ada yang menceritakan bahawa baginda s.a.w. wafat dengan didatangi oleh Malaikat Maut dalam rupa zahirnya (anak perempuan baginda nampak Malaikat Maut tersebut) dan baginda wafat di sisi Fatimah dan juga Saidina Ali k.w.j...
ada plak cerita yang baginda wafat di atas riba saidatina 'Aishah r.a., selepas beliau membersihkan mulut baginda dengan kayu sugi, baginda menunding ke langit dengan telunjuk tangan kiri sambil berkata "kembali ke Yang Maha Tinggi" kemudian baginda wafat...
just nak tau, mana yang betul? T_T |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Sohih Bukhari :4184 -
حدثني محمد بن عبيد حدثنا عيسى بن يونس عن عمر ابن سعيد قال أخبرني ابن أبي مليكة أن أبا عمرو ذكوان مولى عائشة أخبره أن عائشة كانت تقول
: إن من نعم الله علي أن رسول الله صلى الله عليه وسلم توفي في بيتي وفي يومي وبين سحري ونحري وأن الله جمع بين ريقي وريقه عند موته دخل علي عبد الرحمن وبيده السواك وأنا مسندة رسول الله صلى الله عليه وسلم فرأيته ينظر إليه وعرفت أنه يحب السواك فقلت آخذه لك ؟ فأشار برأسه ( أن نعم ) . فتناولته فاشتد عليه وقلت الينه لك ؟ فأشار برأسه ( أن نعم ) . فلينته فأمره وبين يديه ركوة أو علبة - يشك عمر - فيها ماء فجعل يدخل يديه في الماء فيمسح بهما وجهه يقول ( لا إله الإ الله إن للموت سكرات ) . ثم نصب يده فجعل يقول ( اللهم في الرفيق الأعلى ) . حتى قبض ومالت يده
[ ش ( فاشتد عليه ) أي الوجع . ( فأمره ) أي أمره على أسنانه فاستاك به وفي رواية ( بأمره ) . ( ركوة ) وعاء من جلد يحلب فيه . ( يشك عمر ) هو ابن سعيد الرواي يشك هل قالت ركوة أوعلبة وكلاهما بمعنى واحد . ( سكرات ) جمع سكرة وهي الشدة ] |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Sohih Bukhari :4184 -
حدثني محمد بن عبيد حدثنا عيس&# ...
zai_arhus Post at 8-4-2010 14:04
alamak...apa maksudnye ustaz zai? belajar gak b.arab ms zmn sekolah dolu2, tp hehe..cam biasa ler..sy pun nk tau jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
tul tu ustad, kalau boleh di-explain, for sure ramai yg boleh memahaminya. |
|
|
|
|
|
|
|
Hehe... saje nak suruh blaja bahasa arab...
nnti Mr. gunblade712 translatekan... |
|
|
|
|
|
|
|
woahhh there brother zai... rasanya awak lagi sesuai terjemah, preferably dengan penerangan...
ambo budok baru blajo... |
|
|
|
|
|
|
|
Hehe... saje nak suruh blaja bahasa arab...
nnti Mr. gunblade712 translatekan...
zai_arhus Post at 8-4-2010 14:59
takyah la kias2. masa berjalan. Orang ramai nak tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Daripada Ibnu Mas'ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpulkami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:"Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah." Allah berfirman: "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa." Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila' la." Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah." Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemudian baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua." Semakin Tenat Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?" Kemudian ia berkata lagi "Assolah yarhamukallah." Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit?" Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: "Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat." Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah
baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: "Ya ma'aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini." Malaikat Maut Datang Bertamu Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!" Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit." Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?" Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah SAW bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?" Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda." Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: "Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur." Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan `Assalamualaika ya Rasulullah." Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW
bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? "Saya tinggal ia di langit dunia?" Jawab Malaikat Maut. |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun dapat cerita begini jugak...
tapi, ada yang bagi cerita lain... seperti di saifulislam.com |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun dapat cerita begini jugak...
tapi, ada yang bagi cerita lain... seperti di saifulislam.com
gunblade712 Post at 8-4-2010 22:15
jap nak masuk situ jap |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun dapat cerita begini jugak...
tapi, ada yang bagi cerita lain... seperti di saifulislam.com
gunblade712 Post at 8-4-2010 22:15
alamak gunblade. which one. tak jumpa.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya malas nak masuk sini-sana, tunggu je final confirmed story dr uols ok... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by gunblade712 at 9-4-2010 10:48
14# mix_chinese
i'm currently @ my client's place and behind their freaking firewall.. dorang pi block saifulislam punya website (i wonder whY)... tapi cube cik awek carik article yang dia cerita pasal cinta Rasulullah s.a.w. terhadap kita.. kalau tak silap tajuk entry dia "Cinta luar biasa"... dia tulis sempena maulud Nabi s.a.w. itu hari... |
|
|
|
|
|
|
|
14# mix_chinese
i'm currently @ my client's place and behind their freaking firewall.. dorang pi block saifulislam punya website (i wonder whY)... tapi cube bro carik article yang dia cerita pas ...
gunblade712 Post at 9-4-2010 10:40
pembetulan ni aweks bukan bro |
|
|
|
|
|
|
|
17# mix_chinese
hahahah orait sat ambo betulkan... |
|
|
|
|
|
|
|
dah baca dah saifulislam tu.
mmg different dari yang saya belajar/baca..
so i follow majority,
yang saiful cerita tu 1st time dgr. |
|
|
|
|
|
|
|
19# mix_chinese
let's just wait for the learned men to explain to us here... |
|
|
|
|
|
|
| |
|