CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27579|Reply: 106

PANDANGAN ULAMA’-ULAMA’ AHLUS SUNNAH TENTANG IBNU TAIMIYAH

[Copy link]
Post time 12-4-2010 06:12 PM | Show all posts |Read mode
[size=130%]PANDANGAN ULAMA’-ULAMA’ AHLUS SUNNAH TENTANG IBNU TAIMIYAH

Al Hafizh Ibnu Hajar al-Asqolany (W 852 H) yang bergelar Amir Al-Mukminin dalam bidang hadith telah menukilkan dalam kitab ad-Durar al Kaminah juz I, hlm. 154,155 bahawa para ulama’ menyebut Ibnu Taimiyah dengan tiga sebutan: Mujassim, Zindiq, Munafiq. “para ulama’ telah menggelarkan Ibn Taimiyah dengan tajsim berdasarkan apa yang telah beliau tulis di dalam kitabnya “al-Aqidah al-Wasithiyah, al-Hamawiyah” dan lain-lainnya. Sebagai contoh, beliau berpendapat bahawa tangan, kaki, betis dan wajah adalah sifat-sifat hakikat bagi Allah Ta’ala, Allah beristiwa’ di atas ‘arasy dengan zat-Nya..”Imam Ibn Hajar menambah lagi : “Dia dihukum dengan munafiq kerana perkataannya (kritikan) terhadap Sayidina Ali..” Katanya lagi :“Ibn Taimiyah juga dihukum zindiq kerana berpendapat bahawa tidak boleh beristhighathah (meminta pertolongan) daripada Nabi Sollahu ‘Alaihi Wasallam.Ibnu Hajar menyatakan; “ Ibnu Taimiyah menyalahkan Sayyidina ‘Umar ibn al Khaththab – semoga Allah meredhainya-, dia menyatakan tentang Sayyidina Abu Bakr Ash-Siddiq –semoga Allah meredhainya-bahawa beliau masuk Islam di saat umurnya tua renta/sangat dan tidak menyedari betul apa yang beliau katakan (hilang ingatan kerana tua sangat-nyanyuk).( kata Ibn Taymiyah) Sayyidina Utsman ibn ‘Affan –semoga Allah meredhainya-mencintai dan cenderung kepada harta dunia (materialis) dan Sayyidina 'Ali ibn Abi Thalib –semoga Allah meredhainya-menurutnya- berperang kerana gilakan pangkat bukan kerana agama, begitu juga - ‘Ali Bin Abi Thalib-mengikut Ibn Taymiyah telah menyalahi nash al-Qur’an dalam 17 permasalahan ”. 'Ali Bin Abi Thalib menurut Ibnu Taimiyah tidak pernah mendapat pertolongan dari Allah (makhzdulan) ke manapun beliau pergi, sangat cenderung/mencintai dan haus akan kekuasaan, pernah mencuba beberapa kali untuk mendapatkan kekuasaan tetapi tidak berjaya dan dia masuk Islam di waktu umurnya kecil ( 13 tahun ) padahal anak kecil itu Islamnya tidak sah”. seterusnya Ibn Hajar mengatakan “ dan beliau (ibn Taimiyah mencela Imam Ghazali, lalu masyarakat ketika itu telah bangun hampir membunuhnya”. ini bukti masyarakat pada masa itu amat membenci Ibn Taymiyah dan kuncu-kuncunya di sebabkan fahaman ghuluwnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2010 06:12 PM | Show all posts
Di dlm kitab Fath al-Bari, m.s. 66, jld. 3 pula, beliau menegaskan:“…Hasilnya, mereka telah berpegang dengan pendapat Ibn Taimiyah tentang haramnya bermusafir untuk menziarahi maqam Rasulullah dan kami mengingkarinya. Inilah seburuk-seburuk (ashna') masalah yg dinuqilkan daripada Ibn Taimiyah.”


Ibnu Hajar al Haytami al-Makkiy (W 974 H) dalam karyanya Hasyiyah al Idhah fi Manasik al Hajj Wa al 'Umrah li an-Nawawi, hlm. 214 menyatakan tentang pendapat Ibnu Taimiyah yang mengingkari kesunnahan safar (perjalanan) untuk menziarahi makam Rasulullah Shallallahu ‘Alayhi Wasallam: "Janganlah tertipu dengan pengingkaran Ibnu Taimiyah terhadap kesunnahan ziarah ke makam rasulullah ini, kerana sesungguhnya beliau adalah seorang hamba yang disesatkan oleh Allah sepertimana yang diperkatakan oleh al-‘Izz Ibn Jamaah". Al-hafidz Al-Faqih Taqiyyuddin as-Subki juga dengan panjang lebar telah membantahnya dalam sebuah tulisannya yang tersendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 11:40 PM | Show all posts
“para ulama’ telah menggelarkan Ibn Taimiyah dengan tajsim berdasarkan apa yang telah beliau tulis di dalam kitabnya “al-Aqidah al-Wasithiyah, al-Hamawiyah” dan lain-lainnya. Sebagai contoh, beliau berpendapat bahawa tangan, kaki, betis dan wajah adalah sifat-sifat hakikat bagi Allah Ta’ala, Allah beristiwa’ di atas ‘arasy dengan zat-Nya..”abuaya Post at 12-4-2010 18:12


Apa yang ditulis oleh Ibn Taimiyah dalam Al-Aqidqh al  Wasithiyah dan lain-lain buku tulisannya yang menjadikan dia tajsim?



:“Ibn Taimiyah juga dihukum zindiq kerana berpendapat bahawa tidak boleh beristhighathah (meminta pertolongan) daripada Nabi Sollahu ‘Alaihi Wasallam.


Ibn Taimiyah hidup dizaman Nabi s.a.w ker.. hingga boleh meminta pertolongan dari Nabi s.a.w !




“Dia dihukum dengan munafiq kerana perkataannya (kritikan) terhadap Sayidina Ali..”


Sahabat2 Nabi juga manusia.. mereka bukan maksum.
Ibn Taimiyah juga bukan maksum.. mungkin ada kesilapannya!


“ dan beliau (ibn Taimiyah mencela Imam Ghazali, lalu masyarakat ketika itu telah bangun hampir membunuhnya”.


warna lain pulak tentang al-Ghazali ... Lagi sekali, apa yang dicelanya ?


:“…Hasilnya, mereka telah berpegang dengan pendapat Ibn Taimiyah tentang haramnya bermusafir untuk menziarahi maqam Rasulullah


Apakah dalil yang mewajibkan bermusafir untuk menziarahi maqam Rasulullah ?


Ibnu Hajar al Haytami al-Makkiy (W 974 H) dalam karyanya Hasyiyah al Idhah fi Manasik al Hajj Wa al 'Umrah li an-Nawawi, hlm. 214 menyatakan tentang pendapat Ibnu Taimiyah yang mengingkari kesunnahan safar (perjalanan) untuk menziarahi makam Rasulullah Shallallahu ‘Alayhi Wasallam: "Janganlah tertipu dengan pengingkaran Ibnu Taimiyah terhadap kesunnahan ziarah ke makam rasulullah ini, kerana sesungguhnya beliau adalah seorang hamba yang disesatkan oleh Allah sepertimana yang diperkatakan oleh al-‘Izz Ibn Jamaah". Al-hafidz Al-Faqih Taqiyyuddin as-Subki juga dengan panjang lebar telah membantahnya dalam sebuah tulisannya yang tersendiri.


Pendapat ulama harus disertakan dalil.. BUKAN menjadikan pendapat ulama sebagai dalil !
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 09:55 AM | Show all posts
yaa, saya macam setuju dengan apa yang saudara Nazrulism post...

harap TT boleh jawab soalan daripada Nazrulism...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2010 02:34 PM | Show all posts
Apa yang ditulis oleh Ibn Taimiyah dalam Al-Aqidqh al  Wasithiyah dan lain-lain buku tulisannya yang menjadikan dia tajsim?


so kau rasa Ibnu hajar menipulah?
Ibn Taimiyah hidup dizaman Nabi s.a.w ker.. hingga boleh meminta pertolongan dari Nabi s.a.w !
Ulamak Ahli Sunnah membolehkan beristighasah dgn Nabi. Ko rasa Ibnu taimiyah kasi ke idok?
Sahabat2 Nabi juga manusia.. mereka bukan maksum.
Ibn Taimiyah juga bukan maksum.. mungkin ada kesilapannya!
So ko rasa apa yg dia buat ni salah ke betul? Kalau salah maka betullah apa yg dikatakan ulamak Islam ttg Taimiyah ni.
warna lain pulak tentang al-Ghazali ... Lagi sekali, apa yang dicelanya ?
mengapa ko tak perci check apa yg dia kata ttg Imam Ghazali tu sendiri
Apakah dalil yang mewajibkan bermusafir untuk menziarahi maqam Rasulullah ?
ulamak Ahlus Sunnah kata boleh, Taimiyah kata tak boleh.
Pendapat ulama harus disertakan dalil.. BUKAN menjadikan pendapat ulama sebagai dalil !
cuba ko tengok apa yg aku bawak tu betul2: Al-hafidz Al-Faqih Taqiyyuddin as-Subki juga dengan panjang lebar telah membantahnya dalam sebuah tulisannya yang tersendiri.

kalau ko nak tahu dalilnya, ko pergi bukak buku tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 09:58 PM | Show all posts
Apa yang ditulis oleh Ibn Taimiyah dalam Al-Aqidqh al  Wasithiyah dan lain-lain buku tulisannya yang menjadikan dia tajsim?

so kau rasa Ibnu hajar menipulah?


Penting untuk tahu apa yg ditulis oleh Ibn Taimiyah .. kerana berbagai tafsiran akan keluar dari satu ayat, barulah boleh diketahui Ibn Hajar menipukah, salah fahamkah atau orang lain yang salah faham kata2 Ibn Hajar dan berdusta atas nama Ibn Hajar.

Nama Nabi s.a.w pun ada yg sanggup pergunakan untuk membuat hadith palsu bagi menegakkan fahaman songsang mereka!

So ko rasa apa yg dia buat ni salah ke betul? Kalau salah maka betullah apa yg dikatakan ulamak Islam ttg Taimiyah ni.


Al-Hafidz as-Sakhowy menukil perkataan Ibnu Hajar al-‘Asqolaany dalam kitabnya al-Jawaahir wad Durar juz 2 hal 734-736. Di antara perkataan Ibnu Hajar tersebut adalah :

“…dan sungguh para Ulama’ telah bangkit terhadap Syaikh Taqiyuddin berkali-kali dengan sebab-sebab yang mereka ingkari dari permasalahan ushul dan furu’, dan beberapa kali mengadakan majelis di Kairo maupun Damaskus. Dan tidaklah ada ternukil sedikitpun dari mereka yang memfatwakan bahwa beliau adalah zindiq, dan tidak ada yang menghukumi halalnya darah beliau padahal pada waktu itu banyak yang fanatik terhadap beliau dari kalangan penduduk negeri. Sampai beliau dipenjara di Mesir kemudian di alIskandariyah. Bersamaan dengan itu semuanya mengakui luasnya ilmu beliau, banyaknya sikap wara’ dan zuhud beliau, dan mereka mensifati beliau dengan dermawan (pemurah), keberanian, dan yang selain itu berupa pembelaan terhadap Islam, dakwah kepada Allah secara sembunyi-sembunyi maupun terang terangan. Maka, bagaimana tidak diingkari orang-orang yang menyebut beliau sebagai ‘kafir’ ” ..."beliau adalah Syaikhul Islam tanpa diragukan lagi”

“…bersamaan dengan itu beliau adalah manusia yang bisa salah dan bisa benar. Pendapat beliau yang benar – yang ini sangat banyak- bisa diambil faedah, dan didoakan agar beliau mendapat rahmat dari Allah dengan sebab tersebut, sedangkan pendapat beliau yang salah tidak diikuti, bahkan dimaafkan. Karena ulama’ yang sejaman dengan beliau mempersaksikan bahwa perangkat untuk berijtihad telah terkumpul pada beliau, sampai-sampai orang yang sangat fanatik permusuhannya terhadap beliau dan yang selalu berusaha menyampaikan keburukan terhadap beliau : Syaikh Kamaluddin az-Zamlakaany mempersaksikan hal itu, demikian juga dengan Syaikh Shodruddin bin alWakiil”

“ Kalaulah tidak ada keutamaan lain dari Syaikh Taqiyuddin (Ibnu Taimiyyah) kecuali muridnya yang terkenal Syamsuddin Ibn Qoyyim al-Jauziyyah, yang memiliki karya-karya tulis yang bermanfaat bagi pendukung maupun penentangnya, niscaya cukuplah sebagai bukti agungnya kedudukan beliau. Maka bagaimana (tidak), padahal para Ulama’ pada zaman beliau dari kalangan Syafiiyah dan selainnya, apalagi dari Hanabilah telah mempersaksikan keunggulan beliau dalam ilmu, dan keistimewaan beliau dalam ucapan dan pemahaman”.


Ulamak Ahli Sunnah membolehkan beristighasah dgn Nabi. Ko rasa Ibnu taimiyah kasi ke idok?


Ulama' Ahli Sunnah yg mana membolehkan ?

Kata2 Ibn Taimiyah;

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para nabi sebelum beliau tidak pernah mensyariatkan untuk berdoa kepada malaikat, para nabi, dan orang shalih serta meminta syafaat dengan perantaraan mereka, baik setelah kematian mereka dan juga tatkala mereka ghaib (yakni mereka tidak berada di hadapan kita walaupun masih hidup -pent). Maka seseorang tidak boleh mengatakan, “Wahai malaikat Allah syafa’atilah aku di sisi Allah, mintalah kepada Allah agar menolong kami dan memberi rezeki kepada kami atau menunjuki kami.” Dan demikian pula tidak boleh dia mengatakan kepada para nabi dan orang shalih yang telah mati, “Wahai nabi Allah, wahai wali Allah, berdoalah kepada Allah untukku, mintalah kepada Allah agar memaafkanku.” Juga seseorang tidak boleh mengucapkan, “Aku adukan kepadamu dosa-dosaku atau kekurangan rezekiku atau penguasaan musuh atasku atau aku adukan kepadamu si Fulan yang telah menzhalimiku.” Tidak boleh pula dia mengatakan, “Aku adalah tamumu, aku adalah tetanggamu, atau engkau melindungi setiap orang yang meminta perlindungan padamu.”
(Qo’idah Jalilah fit Tawassul wal Wasilah hal. 19-20)

mengapa ko tak perci check apa yg dia kata ttg Imam Ghazali tu sendiri


Kamu yg keluarkan stetmen Ibn Taimiyah mencela Ghazali.. So.. keluarkanlah bukti celaan dari Ibn Taimiyah itu

cuba ko tengok apa yg aku bawak tu betul2: Al-hafidz Al-Faqih Taqiyyuddin as-Subki juga dengan panjang lebar telah membantahnya dalam sebuah tulisannya yang tersendiri.
kalau ko nak tahu dalilnya, ko pergi bukak buku tu.


Aku dah tengok betul-betul.. yg ko beri hanya nama dan kemudian ada tulisan "dengan panjang lebar telah membantahnya dalam sebuah tulisannya yang tersendiri"

Hanya itukah pembuktian terhadap tuduhan "Mujassim, Zindiq, Munafiq kepada Ibn Taimiyyah ?

Apa yg aku nampak betul-betul adalah 'Cubaan menyebarkan Fitnah' kepada orang ramai. !
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2010 11:30 PM | Show all posts
aiyyoh! Inni macham funya  'mazhab' NazrulISME stail ka? Bhanyaaa shantek dia funya hojjah kaler :p
Die-hard-fan Ibnu Taimiyah ka??? I wonder why you tarak pakai hati rasa..., pakhai 'aqal' robot saja ka?
:D :D :D


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 12:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 15-4-2010 00:39
aiyyoh! Inni macham funya  'mazhab' NazrulISME stail ka? Bhanyaaa shantek dia funya hojjah kaler :p
Die-hard-fan Ibnu Taimiyah ka??? I wonder why you tarak pakai hati rasa..., pakhai 'aqal' robot saj ...
m_fire Post at 14-4-2010 23:30


Untuk sufi totok... sila berikan hujah di thread sufi.
Hujah pakai 'hati rasa' lamunan, angan2, persangkaan tu dari orang2 meroyan jer!
Tapi kalau ko dah jadi Die hard fan Nazrulism.. Sila ikuti posting aku selanjutnya... keh keh keh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2010 11:15 AM | Show all posts
sufi totok....

sorry2.. takde niat nak menyakitkan hati mereka yang mengikuti jalan sufi.. cume tengah serious2 baca jawapan nazrulism, tiba2 dia cakap sufi totok..


anyway, TT, saya rasa tuduhan "Mujassim, Zindiq dan munafiq" adalah satu pertuduhan yang sangat besar. Pertuduhan ini lebih kurang jugak mengatakan bahawa akidah orang yang kamu tuduh (di sini perbincangannya adalah tentang Ibn Taimiyyah) terbatal, apa yang dia buat dan percaya, daripada tauhid sampai ke fiqh, tak boleh pakai.

oleh itu, rasanya dengan hanya cakap

seterusnya Ibn Hajar mengatakan “ dan beliau (ibn Taimiyah mencela Imam Ghazali, lalu masyarakat ketika itu telah bangun hampir membunuhnya”. ini bukti masyarakat pada masa itu amat membenci Ibn Taymiyah dan kuncu-kuncunya di sebabkan fahaman ghuluwnya.


.. rasanya tak cukup kot. apa yang Ibn Taimiyyah dah hina Imam Al-Ghazali?


lagi satu, kitab2 Ibn Taimiyyah tuh kamu pernah baca?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 11:17 AM | Show all posts
.... oh, lagi satu.. saya pernah dengar Al-Kulliyyah, cerita tentang itu talqin bagi si mati (masa tuh dibincangkan tentang talqin yang kita slalu dengar lepas pengkebumian, yang "hai folan bin/binti folan, apabila datangnya 2 malaikat...." etc etc)

... si penceramah itu sendiri mencedok pendapat Ibn Taimiyyah. Dia kata yang Ibn Taimiyyah kata boleh.

Kalau Ibn Taimiyyah itu "Mujassim, Zindiq dan Munafiq" , kenapa orang2 berilmu yang bercakap dalam national TV quote daripada beliau?

kata2 dan pendapat orang munafiq boleh di ambil kira dalam penghukuman @ menguatkan  sesuatu fakta/pendapat/hukum keR?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 04:55 PM | Show all posts
... si penceramah itu sendiri mencedok pendapat Ibn Taimiyyah. Dia kata yang Ibn Taimiyyah kata boleh.

Kalau Ibn Taimiyyah itu "Mujassim, Zindiq dan Munafiq" , kenapa orang2 berilmu yang bercakap dalam national TV quote daripada beliau?

gunblade712 Post at 15-4-2010 11:17


Ibnu Hajar al-‘Asqolaany juga banyak menjadikan pendapat Ibnu Taimiyyah sebagai rujukan di dalam kitabnya Fathul Baari Syarh Shohih al-Bukhari.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 07:34 PM | Show all posts
alah nanti dah tak de jalan ... abuaya tu akan kata dan guna senjata yg paling ampuh baginya - wahabi, wahabi wahabi ... huhuhu ...  balik2 modal yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 10:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 15-4-2010 22:19
sufi totok....

sorry2.. takde niat nak menyakitkan hati mereka yang mengikuti jalan sufi.. cume tengah serious2 baca jawapan nazrulism, tiba2 dia cakap sufi totok..


anyway, TT, saya rasa ...
gunblade712 Post at 15-4-2010 11:15


contoh sufi totok.. mempertahankan kubur keramat.



http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=479471&extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 12:01 PM | Show all posts
Ibnu Hajar al-‘Asqolaany juga banyak menjadikan pendapat Ibnu Taimiyyah sebagai rujukan di dalam kitabnya Fathul Baari Syarh Shohih al-Bukhari.
Nazrulism Post at 15-4-2010 16:55


kalau begitu macam mana dia boleh buat rujukan sedangkan menurut TT beliau mengatakan Ibn Taimiyyah itu Mujassim, Zindiq malah Munafiq...?

boleh ke kita merujuk kepada mereka yang munafiq?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 12:49 PM | Show all posts
alahai....  dia copy paste dari website anti salafi/wahabi la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 02:20 PM | Show all posts
Reply 15# ibnur

kopipes takpe bro, tapi kalau betul kopipes jadilah orang yang jujur dan amanah, letaklah source dia... maksud saya, letak link dia, supaya kita boleh sama2 tengok samada pengarang website tuh boleh diterima pakai ke tak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2010 10:54 PM | Show all posts
kalau begitu macam mana dia boleh buat rujukan sedangkan menurut TT beliau mengatakan Ibn Taimiyyah itu Mujassim, Zindiq malah Munafiq...?

boleh ke kita merujuk kepada mereka yang munafiq?

gunblade712 Post at 16-4-2010 12:01


Entahlah.. mungkin As-Sayuti juga silap agaknya


al-Imam Sayuti yang memasukkan Ibn Taimiyyah dalam senarai huffaz hadith (para hafiz hadith), dalam kitabnya Tabaqat al-Huffaz. al-Imam Sayuti yang bermazhab Syafi’i itu memperkenalkan Ibn Taimiyyah seperti berikut: “Ibn Taimiyyah, seorang syaikh, imam, al-`allamah (sangat alim) hafiz, seorang yang kritis, faqih, mujtahid, seorang penafsir al-Quran yang mahir, Syaikh al-Islam, lambang golongan zuhud, sangat sedikit sepertinya di zaman ini,..salah seorang tokoh terbilang..memberi perhatian dalam bidang hadith, memetik dan menapisnya, pakar dalam ilmu rijal (para perawi), `illal hadith (kecacatan tersembunyi hadith) juga fiqh hadith, ilmu-ilmu Islam, ilmu kalam dan lain-lain. Dia daripada lautan ilmu, daripada cendikiawan yang terbilang, golongan zuhud dan tokoh-tokoh yang tiada tandingan..”
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 11:49 PM | Show all posts
ishhh.. contradiction betul....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2010 10:16 PM | Show all posts
Imam Waliyuddin al-Iraqi
Imam Waliyuddin al-Iraqi  berkata di dlm kitabnya “al-Ajubah al-Mardiyah an al-A’silah al-Makkiyah” [23] berbunyi:

“Syeikh Ibn Taimiyah sebagaimana yg diketahui, ilmunya mengatasi akalnya. Keadaan ini membawanya kpd ijtihad yg mencarikkan ijma’ dlm masalah yg banyak. Dikatakan mencapai 60 masalah.” “Dengan masalah tersebut, maka ramai orang memperkatakan ttg dirinya, mencela dan mengujinya. Para ulama’ yg sezaman dengannya pula segera tampil menolak pendapat Ibn Taimiyah menjelaskan kepincangannya dan membid’ahkannya.” Beliau mati di dlm penjara kerana perbuatannya itu. Penyokong2 Ibn Taimiyah menganggap bhw beliau adl seorang daripada ulama’ yg mengatakan dg tegas bhw tdk ada kemudharatan sekiranya terdapat perselisihan pendapat di dlm masalah furu’ jika perkara itu terhasil daripada ijtihad. Tetapi org yg berselisih pendapat dg beliau mengatakan bhw beliau bukan sahaja berselisih pendapat di dlm masalah furu’, bahkan byk lagi masalah2 usul yg bertentangan dg pendapatnya. Tdk semua perkara furu’ boleh berselisih apabila telah disepakati oleh para ulama’.



Imam al-Kattani

Imam al-Kattani pula di dlm kitab “Fahras al-Faharis”, m.s. 201-2, jld. 1, mengatakan:

“Seburuk2 dan sejahat2 apa yg dinuqilkan daripada Ibn Taimiyah ialah perkataannya terhadap hadith “turun Tuhan kita pd satu pertiga malam..” seperti turunnya aku ini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2010 10:22 PM | Show all posts
Ibnu taimiyah mengecam sayidina Ali kwj

Dalam menilai peperanganSayidina Ali ra., Ibnu Taimiyahberkata:

وَعليٌقاتَلَ لِيُطاعَ و يَتَصَرّفُ فيالنفوسِ و الأموال، فكيفيُجعَلُ هذا قتالاً غلىالدينِ؟!

“Ali berperang agar ia dita’ati dan berbuat sekehendaknyaterhadap jiwa-jiwa dan harta-harta, lalu bagaimana peperangan seperti itudijadikan peperangan demi agama?!” (Minhâj as Sunnah,8/329)


Imam al-Hafiz ibn Hajar al-Asqalani berkata di dlm kitabnya “al-Durar al-Kaaminah” (ketika menterjemahkan pribadi Ibn Taimiyah), m.s. 144, jld. berbunyi:

“para ulama’ telah menggelarkan Ibn Taimiyah dg tajsim berdasarkan apa yg telah beliau tulis di dlm kitabnya “al-Aqidah al-Wasithiyah, al-Hamawiyah” dan lain2nya. Sebagai contoh, beliau berpendapat bhw tangan, kaki, betis dan wajah adl sifat2 hakikat bagi Allah Ta’ala, Allah beristiwa’ ditas ‘arasy dg zat-Nya..”
Imam Ib Hajar menambah lagi:
“Dia dihukum dg munafiq kerana perkataannya (kritikan) terhadap Sayidina Ali..”
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.065793 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list