View: 3256|Reply: 1
|
Syiah dan Iran, Islam & Pejuang Islam kah?
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by JieShiang at 20-4-2010 08:34
jemput kunjungi , semua hujah dibentang secara ilmiah......
soudine75 Post at 14-4-2010 20:54 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Setuju... hujah dibentang secara ilmiah tapi untuk tahap sekolah menengah. Kalau guru sekolah yang menulis, mmg boleh diterimalah sbb target marketnya budak sekolah.
Tapi kalau untuk tahap yang lebih tinggi, mesti berfikir lebih bukan mengikut perasaan.
Dalam menulis, kita perlu berhati-hati supaya susunan logik betul. Selain logik, kita perlu berhemah seperti menarik benang di dalam tepung terutama sekali isu yang seperti ini. Kalau blog dipenuhi dengan artikel yang menghina dan mencaci lawan kemudian respon dari lawan pula caci-cacian itu tandanya atau indicator bahawa penulis blog tidak berhemah, mungkin ilmu ada tapi ianya tidak cukup tanpa hikmah. Apalah ilmu tanpa hikmah jika ianya hanya memudaratkan diri dan memecah-belahkan perpaduan. Jadilah penulis blog yang berhemah dan berhikmah. Orang lain samada kawan atau lawan akan teruja dan hormat pada pendirian kita. Saya bimbang bukan sahaja lawan tetapi kawan pun menyampah dengan kita bila membaca tulisan yang berlebih-lebihan.
Banyak blog begitu. Nampak macam popular (lebih tepat notorius) tapi banyak pembaca yang menyampah. Jangan sampai pelawat berkata dalam hati "hari ini apa pula penulis sewel ni nak merapu?". Kebanyakan penulis begini tidak berani hendak tunjukkan identiti, kalau letak gambar, gambar yang tak jelas. Pembaca tengok blog pun kebanyakan sudah tahu ini penulis jenis tak boleh dipakai, penakut dan jenis baling batu sembunyikan tangan. Jadilah penulis yang matang dan dewasa, kalau sudah berumur lebih 40 tahun lebih-lebih lagilah perlu ada kesedaran. Hidup tidak lama lagi, jangan jadi budak-budak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|