CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4906|Reply: 26

sy ni anak derhaka ke?

[Copy link]
Post time 19-4-2010 12:27 PM | Show all posts |Read mode
sy ada ayah lagi. tapi dah lama sgt tak jumpa.
dia dah kawin lagi since my mother passed away.. Mak tiri tak terima sy.
so dia pun takut la nak jumpa / call2 saya.
saya pun payah sgt nak call dia. sbb bila call dia takut2 sbb takut bini dia jeles.
now dah 10years saya tak hubungi dia.

so apa kedudukan sy kat sini. Anak derhaka ke jika tak hubungi bapa lagi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2010 12:42 PM | Show all posts
ntah

kene tengok definisi anak derhaka dulu

bukan ke anak derhaka tuh anak yang tidak diredhai oleh ibu bapa nya?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 01:16 PM | Show all posts
ni pendapat sy je,kalau ayah redha oklah kot, tapi kalau dlm hati ayah tu ada perasaan kurang senang ke, then x patutla.x salah rasanya kalau TT tel je ayah tu.dah 10 thn kan, org tua mesti teringat punya kat anak2 dia tambahan bila usia dah lanjut.dia nak call TT mungkin dia ego atau rasa bersalah sbb tinggalkan TT dulu.apa salahnya kalau TT mulakan dulu, sementara ayah masih hidup.janganlah nanti terkenang kenang pulak bila dia dah tiada......
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 01:25 PM | Show all posts
sy ada ayah lagi. tapi dah lama sgt tak jumpa.
dia dah kawin lagi since my mother passed away.. Ma ...
mix_chinese Post at 19-4-2010 12:27


Assalamualaikum mix_chinese,

Yang paling UTAMA di sini ialah menghubung tali sillaturrahim.
Bukan soal derhaka or tidak.
Ziarahi lah dier kerana dier adalah ayah kpd kamu.
Kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai anak.

Sekiranya tidak di sukai olih isteri yakni ibu tiri kamu..............pendekkan masa tersebut.

Bawak lah bersama buah tangan.

Sebelum itu............buat lah solat HAJAT agar rencana nya mendapat BERKAT/RAHMAT dari Allah swt.

Waallahu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 03:29 PM | Show all posts
takler, engko tak derhaka, bapa engko yang derhaka...

urm.. aku joke yer , jangan mareh.. kalo engko kol bapa engko sekali dua kali, apa hak mak tiri engko nak marah? kalo engko nak kol atau jumpa ayah engko, itu hak engko.. x worry, engko xder buat salah.. cuma sepatutnya janganlah dibiarkan tak jumpa lama sangat.. tak bagus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2010 04:06 PM | Show all posts
1) sblm ni consider saya dah amik initiative hubungi dia. So dia yang lari2.
pernah saya call rumah dia. dia ckp tak kenal (ni pun sebab wife dia ada situ)
2) mmg dia terang2 cakap. dia tak dpt jumpa saya/call sbb takut bini cemburu.
3) OF COURSE jika call pun takleh.. apatah lagi dtg rumah dia. DAN sehingga kini saya pun tak diberitahu rumahnya di mana.

* adakah saya perlu cari dia semula ala2 mcm jejak kasih tu atau just let it be...
kalo korang tak malu ke org tak sudi kita terhegehj2?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2010 04:25 PM | Show all posts
anak tak call ayah............
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 04:25 PM | Show all posts
Reply 6# mix_chinese

10 tahun tu lama benar. I think kalau nawaitu awak tu baik, mungkin awak akan dipermudahkan untuk berjumpa dia. Nekad jer lah jumpa dia. Kalau response tak baik nanti, awak pasrah jer lah, tapi siapa tahu terbuka pintu hati ayah awak nanti. Sometime lelaki nie ego dia tinggi, tapi at the same time, ada masa juga dorang akan mengalah, lelebih lagi bila awak berhadapan dengan dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2010 04:26 PM | Show all posts
bersabar yer la mix... but sumhow, biorlah berperang dunia skali pun, kalu tu bapak mix, tak seharusnya mix takut dgn mak tiri.... jumpa atau call juga. tak call atau tak jumpa, mana tahu kot2 mak tiri dah ok...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 04:34 PM | Show all posts
1) sblm ni consider saya dah amik initiative hubungi dia. So dia yang lari2.
pernah saya call ruma ...
mix_chinese Post at 19-4-2010 16:06


Pepatah melayu ada menyatakan:

"Nak seribu daya..............tak nak seribu dalih"

Macam2 cara miker bley buat utk mengeratkan tali sillaturrahim dgn ayah miker tu.
Bley SMS dier..............timer dier kerojer laaa. (time bini baru tak ada)
Tanya biler bley jumper or call.

Takkan itu pung susah??

And as i said it b4, kena ler SOLAT HAJAT banyak banyak....
Minta pada TUAN ALAH..............agar di buka hati peghot ayah n ibu tiri miker tu.

Salam
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 04:36 PM | Show all posts
btw semasa terputus hubungan sampai lah nie, memang awak masih menyolo, belum khawin mhawin ker? Kalau dah khawin atau nak khawin rasanya lagi senang nak jumpa, kira ada strong reason ler tu hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2010 04:59 PM | Show all posts
rasanya ramai lagi tak faham masalah sy.

Sblm ni dia tak jaga saya, since kecil my grandftr jaga.
So dia kawin lain. dari kecil dia mmg amat jarang2 sekali tgk sy.
boleh kata 10 taun sekali.
sehinggalah umur sy 20 sy dtg KL.
dan atas nasihat atuk sy hubungiler ayah saya tu.
saya pun hubungi la.  Selepas hubungi dia, dia yang bagi mcm2 alasan. Pernah sy call
office dia. pastu leave message.
And dia call me back. Dia kata next time kalo leave mssg just bgtau sedara yang call. jgn bgtau pd kawan2nya yang sy ni anak dia.
and dia pernah ajak saya kuar makan.. tapi carik tpt yang tersembunyi sbb dia takut kawan2/ or sesapa nampak dia dgn sy.
Just imagine hati perasaan sy mcmana.
So sehingga 1 masa yang saya call rumah dia.. dia kata tak kenal dan hung up my call.
after that beberapa minit kemudian dia call sy bgtau knp call dia di rumah. Lain kali
jgn call rumah sbb taknak kecikkan hati wife dia.

So from that time sy tak call dia lagi. Bukannya saya yang taknak hubungi dia.
So till now. takde la contact2 lagi. lagipun dia pun dah pencen , dah tak keja situ.
dan no phone dia pun sy dah ilang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2010 05:00 PM | Show all posts
or maybe i will try for last time utk hubungi dia.
Jika response dia sama mcm dulu. Sy cuma serah pd allah sj lah.
bukan kata saya tak usaha contact dia.
ye tak
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 05:13 PM | Show all posts
or maybe i will try for last time utk hubungi dia.
Jika response dia sama mcm dulu. Sy cuma serah  ...
mix_chinese Post at 19-4-2010 17:00


USAHA menghubung/merapatkan tali sillaturrahim ada 2 sahaja.
1. ayah miker mati or
2. miker yang mati dahulu

Baru 'selesai' kes ini.

Mana bley PUTUS ASA.
'Hanya oghang kafir sahaja yg putus asa' - lebey kurang maksud hadis

Harap maklum
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 05:22 PM | Show all posts
Salam mix, sedihnya cerita u. saya faham apa u rasa.

saya tak salahkan u, dan saya tak salahkan father u. (kdg2 kalau kita nak salah menyalah, hati jadi lagi sakit)

situasi u, kalau saya pun saya akan rasa mcm u. mcm tak di hargai. tapi bila tgk situasi father u pun, keadaan dia tak mengizinkan.

namun dari pembacaan saya, father u tak buang u sebenarnya. kalau tidak takkan dia kol few minutes after dia hung up yr call. see, nampak dia terfikir juga perasaan u.

dia dlm dilema, sini isteri situ anak. mmg susah kalau dia bukan mak kita. saya pernah lalui perkara mcm ni. Saya, suami dan anak2 pernah di singkirkan oleh keluarga FIL, semata2 isteri muda dia ni pilih bulu (MIL dah arwah). tapi saya buat tak peduli, walau kdg2 suami mmg terasa, sebab mana taknya anak2 dia pun di singkirkan. so FIL ni mmg takut bini, jadi depan bini dia mmg tak berani, kdg2 dia buat dek je. tapi sesekali dia dtg rumah saya curi2, dia boleh kata, alaa.. cucu atok!!

saya tiap kali FIL sakit atau masuk hospital, saya ajak suami pergi ziarah. kalau tak dpt dtg rumah, kami pi terus spital. kdg2 dpt tau je dr jiran FIL dok spital mana. sampai akhir hayat dia, alhamdulillah, kami dpt gak jumpa dia, walau mcm di halang oleh famili. saya mungkin tak rasa sgt, tapi saya tau suami saya amat terasa sebab di beza2kan. jadi saya yg kena main peranan.

susah sebenarnya bila ada org lain dlm hidup kita - cemburu, dengki. tapi saya harap mix bersabar. saya percaya father u masih teringatkan u. cuma lumrah lelaki dia takkan mencari. lelaki boleh tahan perasaan rindu. tak mcm kita perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 05:38 PM | Show all posts
or maybe i will try for last time utk hubungi dia.
Jika response dia sama mcm dulu. Sy cuma serah pd allah sj lah.
bukan kata saya tak usaha contact dia.
ye tak
mix_chinese Post at 19-4-2010 17:00



ya, u mesti cari dia, bukan for one last time, tapi ikhtiarlah supaya silaurrahim kembali terjalin. lupakan yg silam, father mix dah tua, bayar lah segala huang2 lama.

saya selalu ckp pd suami dulu, kalau kasih sayang perlu di beli, kita beli. kita tak rugi. sebab ini keluarga. kalau hilang baru rugi.

emak mertua tiri saya dulu lagi teruk. suami mmg langsung tak boleh bertembung. adik beradik suami pun mmg anti dgn dia, pulak tu dia pun tak pandai bawa diri, jadilah kera sumbang dlm rumah tu. tapi masa saya berkawan dgn suami, saya usahakan agar dpt pulihkan hubungan. saya beri syarat pd suami, kalau dia sayang saya dia mesti bagi saya peluang. so, mula2 saya yg kenakan. tiap kali dtg saya bawa buah tangan. saya bawa benda2 yg boleh masak - mcm ayam ke.

mmg mula2 mcm susah, tapi kerana saya org luar, emosi saya tak terlibat. tiap kali saya dtg, mak tiri akan berkurung dlm bilik, saya tebalkan muka selamba teriak dia, dia batukan diri, so saya ketuk pintu bilik dia. saya tak peduli dia punya perasaan, saya berlagak saya tak de apa2 dgn dia, mmg sebenarnya begitu pun. nak balik saya salam dia juga. masa di situ, saya masak, sebab masa tu saya bukannya pandai masak, saya pun kecoh2 tanya dia mcmana nak masak. lama2 dia jadi baik dgn saya, dan dia boleh dtg rumah saya jumpa mak saya. bayangkan. dan saya tgk FIL pun seronok, tiapkali saya dtg dia mesti usik2 saya dgn suami. dlm kes ni, kami tak susah sebab mak tiri dia mata duitan. kalau dia tgh lipat baju, saya pun duduk sama lipat baju.

so bila mak tiri dah baik dgn saya, saya kenen2 dia salam dgn mak tiri dia, mmg muka dia berubah, ego lah katakan, tapi masa tu lah kekuatan saya, tengah cintan cintun ni, org lelaki senang di pujuk. bila saya salam mak tiri dia, saya pun kenen2 dia juga, last2 dia pun terpaksa salam. so lama2 dah biasa, settle.

tapi sayang, lepas kami kawin, bila adik beradik lain dah baik dgn dia, dia mula memilih. maklum kakak ipar dan suami pangkat besar. siapalah kami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2010 05:44 PM | Show all posts
Salam mix, sedihnya cerita u. saya faham apa u rasa.

saya tak salahkan u, dan saya tak salahkan f ...
wasntme Post at 19-4-2010 17:22

oh sy tak rindu dia pun. Sbb takde sbb apa2 saya nak rindu.
Tak kenal pun dia. CUma sy tau dia ayah pd sy jer.
Tapi takpe sy cuba lah carik.
Kalau dia tak sudi jugak itu antara dia dgn Allah
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 05:45 PM | Show all posts
kdg2 u need 3rd party.

saya juga pernah tlg cousin suami yg terpisah dgn ayah dia, juga akibat perceraian. dlm kes ni, si anak yg telah di hasut oleh emak dia supaya bencikan ayah dia.

ayah dia berkawin lain dan ada anak2. so, bila suami cerita pasal bekas pak usu dia ni, saya teruja nak temukan mereka. so, akhirnya saya dpt contact pak usu, sebab tak susah nak cari sebab dia cikgu.

so, anak dia yg dah remaja mmg menolak dia. saya dan suami main peranan. kami suruh pak usu hubungi dia selalu, dan kami pula main jarum pada remaja ni. kami ckp kat dia, tgk ayah u sayang pd u ya, bla..bla.. mula2 mmg dia tak boleh nak terima, sebab selama ni jarum mak dia lagi tajam.

one day, kami temukan 2 beranak ni. saya tak berapa ingat, tapi selepas tu, si anak dah boleh terima. bapak dia tak pernah abaikan soal nafkah, jadi mungkin senang kerja.


dlm kes mix, since u ada kesedaran (saya nampak u berusaha), saya harap u teruskan. tgk keadaan, apakah mak tiri tu masih berkuasa, jika ya, u kena ikut jln belakang. saya percaya father u juga mencari peluang, tapi dia tidak berdaya.

semoga Allah permudahkan. ya, solat dan mohon pertolongan dari Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2010 09:25 PM | Show all posts
i dun think dia cari peluang jumpa sy. Dah bertahun2 lamanya. Lgipun dia polis. Takkan
tak pandai kot. Bak kata niceghost, nak 1000 daya.
Its okay. Nanti sy cuba cari. Apapun2 sy update la kat sini yer.
Thx pd yang bagi kata2 semangat
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2010 01:04 AM | Show all posts
ape yang penting kat sini, TT ni bukan lah anak derhaka. Ko dah buat apa yang patut..
Bukannya ko berputus asa, seperti yang diperkatakan oleh sesetengah forumer kat sini.
Ko perlu still keep in touch ngn ayah ko, tpi x perlu lah over trying.. its your dad who want the relationship to be like this, bukan salah ko. still ambik tau, kat mane die tinggal sekarang... sihat ke.. tpi u know, tak payah terhegeh hegeh. Peace..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.079987 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list