View: 4400|Reply: 16
|
jom pegi muzium tgk gaun CT.. hehe
[Copy link]
|
|
Gaun bertatah berlian RM400,000 di Muzium Negara
| Kamaruddin Siaraf (tigadari kiri) bersama personaliti yang turut hadir pada sidang media diKuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Shahril Azman Zain
|
KUALA LUMPUR, 15 April - Gaun bertatah berlianberharga RM400,000 serta gaun dan barangan kemas yang dipakai selebrititerkenal termasuk penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza adalahantara tarikan untuk menggamit pengunjung ke Pameran Pesona MutiaraRafflesia di Muzium Negara yang bermula hari ini hingga 16 Mei.
Gaun berharga RM400,000 milik pengasas Jewellery Circles Sdn Bhd,Winnie Sin, yang dipakainya semasa menghadiri malam Gala 4 Divamempunyai lebih seribu butir mutiara dan busana itu adalah hasil rekaanpereka tanah air, Khoon Hooi.
Pameran Pesona Mutiara Rafflesia itu anjuran Jewellery Circles dan Muzium Negara.
Pengarah Urusan Jewellery Circles, Sin Cheang Loong berkata beliaumendapat ilham untuk mengadakan pameran gaun dan aksesori selebriti itusemasa isterinya Winnie mereka permata untuk gaun Siti Nurhaliza bagimajlis persandingannya.
Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Sin berkata antara gaunyang dipamerkan ialah gaun pengantin Siti Nurhaliza, gaun persembahanKonsert 4 Diva Anita Sarawak, gaun perkahwinan model terkenal AmberChia dan pakaian perkahwinan penyanyi Ning Baizura.
Antara aksesori yang dipamerkan adalah cincin perkahwinan pelakondan penyanyi Erra Fazira, cincin perkahwinan Siti Nurhaliza, kerongsangloket perkahwinan Ning Baizura dan kerongsang mutiara pereka kasutantarabangsa Prof. Datuk Jimmy Choo.
Koleksi kasut yang dipamerkan pula adalah kasut bersulam mutiara Amber Chia dan kasut bersulam mutiara Winnie Sin.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasidan Kebudayaan Datuk Wira Kamaruddin Siaraf berkata penganjuranpelbagai pameran di Muzium Negara mampu meningkatkan kedatanganpengunjung ke muzium itu.
"Telah berlaku peningkatan pengunjung dari tahun lepas iaitu 2.85juta pengunjung kepada 3.5 juta pengunjung pada tahun ini kerana padatahun lepas tidak banyak pameran yang diadakan", katanya.
Pameran itu dibuka kepada orang ramai dari 9 pagi hingga 6 petang.Bayaran masuk RM2 bagi yang berumur 12 tahun ke atas dan percuma bagiyang berumur bawah 12 tahun. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
mmg lah byk artis punye cerita dalam artikel ni.. tapi yg penting ilham datang utk buat pameran ni masa mereka permata gaun kahwin CT.. hahaha.. hebat
ko hade? |
|
|
|
|
|
|
|
heheh gegeh EDDY carik baahan berita.. nih dah basi ler.. kat murai dah ada.. hahaha! |
|
|
|
|
|
|
|
heheh gegeh EDDY carik baahan berita.. nih dah basi ler.. kat murai dah ada.. hahaha!
khyree Post at 21-4-2010 00:53
takpe.. eddy nak hitelite kan tang post kedua eddy tu.. ilham datang masa buat permata utk gaun CT.. ct jugekk |
|
|
|
|
|
|
|
icic... tk de pon citer pasal nih kat bod nih.. hahaa gegeh lah tuh!!!
yelah SITI ADA... dia ada ke?? setakat ngan pelamin angan yang dah musnah dengan Produk Serai yang terlebih STOK!... opsss! |
|
|
|
|
|
|
|
bye khyree.. eddy nak tido di atas pelamin angan ku musnah |
|
|
|
|
|
|
|
waahh...kene prgi muzium negaralaa nmpknye |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# eddysheddy
wah, leh la pg esk.. best pg time org keje nie, xramai.. hehehe.. tp leh ker amek gmbr dlm muzium 2 yer?? |
|
|
|
|
|
|
|
semata2 nak tgk baju tuh.rasa cam x berbaloi lak..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
perlu ke mention nama SITI banyak kali semata2 nak tarik pengunjung? so fake... |
|
|
|
|
|
|
|
ct kan center of attraction??? |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya ...... tapi jauh la nak pergi |
|
|
|
|
|
|
|
rm400,000.. masuk dlm asb lagi best.. |
|
|
|
|
|
|
|
gaun kawen dan cincin ct pon ade gak... |
|
|
|
|
|
|
|
x silap gaun ct=rm300000
cincin-rm180000 |
|
|
|
|
|
|
| |
|