View: 6104|Reply: 25
|
Faizal Jawab Isu Poyo @ Gua.com.my [21 April 2010]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by santubung at 21-4-2010 22:08
Perjalanan karier ‘Superman Malaysia’ ini tidaklah semudah A, B, C. Walaupun dia digilai dan dipuja ramai, tetapi masih ada juga yang tidak senang dengan kejayaan yang diraih olehnya. Malah, Faizal Tahir juga tidak terlepas dengan kontroversi yang sedikit sebanyak mencalarkan imejnya.
Paling diingati ialah insiden dia membuka baju ketika mengadakan persembahan di konsert ulangtahun 8TV yang keempat tidak lama. Gara-gara insiden itu, Faizal telah digam dan dia tidak boleh muncul di kaca televisyen sehingga terpaksa menarik diri daripada Anugerah Juara Lagu. Tetapi itu semua cerita lama, kini Faizal lebih berhati-hati dalam mengatur langkahnya. Cuma sesekali ada juga terdengar tentang kelakuannya yang tidak begitu disenangi oleh sesetengah pihak. Ada yang mengatakan Faizal semakin berlagak, berangan dan sombong dan poyo!
Faizal Tahir kini lebih berhati-hati dalam mengatur langkahnya.
|
Persoalannya, mengapa tuduhan ini boleh dilemparkan kepada penyanyi yang popular dengan lagu ‘Mahakarya Cinta’ ini? Adakah kerana dia memang bersikap begitu ataupun itu hanya tuduhan yang tidak berasas? Bagi menjawab persoalan itu, Faizal yang ditemui baru-baru ini menjelaskan dia pun tidak tahu sebab sebenar orang membuat dakwaan seperti itu. Bagi Faizal, dia menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang biasa dan boleh dialami oleh sesiapa sahaja yang bergelar public figure.
“Sebenar saya pun tidak tahu hendak komen macamana? Saya tidak mampu hendak menutup mulut orang. Tetapi saya sedar, sebagai public figure, kita memang terdedah dengan cakap-cakap orang awam. Ada yang suka, ada yang tidak suka dengan kita. Orang kata saya poyo, saya pun tidak tahu apa sebabnya.
Adakah kerana persembahan saya di pentas? Kalau kerana itu, saya pun tidak boleh berbuat apa-apa. Saya memang tidak boleh ubah. Persembahan di pentas tidak pernah saya dirancang. Ia berlaku secara spontan dan itu adalah diri saya yang sebenar. Jadi, kalau ada yang tidak suka, saya tidak tahu bagaimana hendak memuaskan hati mereka,” ulas Faizal. Sementara itu, Faizal juga diminta mengulas tentang kekalahannya di Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2009 lalu. Menurut lelaki ini, dia tidak kisah dengan kekalahan itu.
“Saya tidak kisah dengan kekalahan itu kerana, populariti bukanlah matlamat utama saya dalam industri. Sebagai artis dan pemuzik dapat menghasilkan produk berkualiti sudah cukup mendatangkan kepuasan kepada saya,” ujar Faizal ringkas.
Faizal teruja dengan ‘road tour’ yang bakal diadakan nanti
|
Sibuk dengan album baru
Berita gembira buat semua peminat Faizal Tahir di luar sana, awal Mei hadapan Faizal bakal melancarkan album terbarunya berjudul Adrenalin. Bagi mencipta kelainan, dia memilih Hard Rock Cafe, Pulau Pinang sebagai lokasi pelancaran. Bahkan, Faizal juga akan mengadakan persembahan jelajah di seluruh Malaysia bagi mempromosikan album yang memuatkan 10 buah lagu itu. “Saya memilih Hard Rock Cafe untuk mengadakan pelancaran album ini kerana ingin buat sesuatu yang berbeza untuk media. Selain untuk mempromosikan album ini, acara ini juga boleh mendekatkan diri saya dengan pihak media. Kira macam salah satu cara untuk saya menghargai media jugalah. Selain itu, saya juga teruja dengan ‘road tour’ yang bakal diadakan nanti.
Saya amat berterima kasih kepada big boss saya, Ahmad Izham Omar kerana bersetuju memenuhi permintaan saya ini. Saya mahu buat road tour ini kerana ingin meraikan kejayaan saya bersama-sama dengan peminat yang banyak memberi sokongan. Kerana peminatlah, saya masih diberi peluang untuk membuat album. Tanpa mereka, mungkin saya tidak akan sampai ke tahap ini,” jelas Faizal yang akan tampil membuat persembahan bersama kumpulan pemuziknya selepas ini.
Dalam perkembangan lain, Faizal akan mengadakan konsert bergerak bersama Ella menerusi Konsert Jelajah 2 Zaman NR. Konsert anjuran MISB Resources Sdn Bhd itu akan diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara dan ianya terhad kepada 1500 pelanggan yang membeli set rangkaian produk NR berharga RM100 Konsert jelajah yang pertama akan diadakan di Auto-City, Juru, Seberang Perai Pulau Pinang pada 1 Mei ini, diikuti Danga City Mall, Johor Bahru pada 8 Mei, Mesra Mall, Kemaman, Terengganu pada 28 Mei dan Kota Kinabalu, Sabah atau Kuala Lumpur pada 5 Jun hadapan |
|
|
|
|
|
|
|
tersusun perjalanan karier die
suke!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Hard Rock Cafe Penang adalah antara hard rock cafe yang tercantik di malaysia
siap ada hotel lagi |
|
|
|
|
|
|
|
adakah poyo satu isu?
Perjalanan karier ‘Superman Malaysia’ ini tidaklah semudah A, B, C. Walaupun dia digilai dan dipuja ramai, tetapi masih ada juga yang tidak senang dengan kejayaan yang diraih olehnya
glad ada yang sedar |
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa masa lepas OIM tu mcm poyo jugak la...byk controversi sebab kekwat dan poyo..tapi lately ni mcm stabil sikit,...lebih cool dan matang...lagu lagu pun sedap di dengar dan persembahan live pun mantap..harap terus maju... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by washere2 at 21-4-2010 23:40
ada rupa jugak la FT ni
..merujuk gambar paling atas |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# washere2
itam manis..dagu terbelah..ade rupa la 2..ade style |
|
|
|
|
|
|
|
nape la asal poyo FT je yg kena. ramai lg artis lain yg poyo. yg jadi pengkritik realiti program pun ada yg kritik cam bagus je pdhal x layak pun jadi pengkritik, poyo je lebih. wartawan2 pn ada gak mcm tu, perasan cam bagus je poyo je lebih dh buat silap tp x ngaku gak still lg nk salahkan org lain. poyo ya amat!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# sicomel
poyo tapi kosong takde siapa lak peduli |
|
|
|
|
|
|
|
FT patot buang tag line superman dia tuh
maseh nak agung2kan ciptaan yahudi !! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# hayati_hassan
janganlah terlalu serious....dengarlah muzik..dengarlah muzik!! |
|
|
|
|
|
|
|
FT still terbaik. poyo ke dia? har har |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# miminn
tui tu...poyo ker???huhu....i like |
|
|
|
|
|
|
|
org kalau dah bagus memang byk dugaan ramai yang dengki la.... |
|
|
|
|
|
|
|
poyo2 pun music die ada kualiti..drp yg bercakap je lebih.. |
|
|
|
|
|
|
|
biasela artis....har har har jgk! |
|
|
|
|
|
|
|
memang FT poyo u cannot deny this fact tapi engkau tetap menjadi pojaan hati ku.i still think you are the hottest msia male singer to date! woot! |
|
|
|
|
|
|
|
ramai je yg dengki kt dia tu... n ramai lg yg poyo kt luar tu,,,, FT gak yg kena.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|