CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11610|Reply: 36

KESILAPAN KERAP LELAKI TENTANG AURAT

[Copy link]
Post time 22-4-2010 09:13 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualakum,

Sebab dah ada satu thread pasal wanita punya aurat, mari kita cerita pasal kesilapan tentang aurat lelaki pulak.

Sebelum tu, di antara mazhab-mazhab muktabar ada sedikit perbezaan tentang maksud antara pusat dan lutut.  Ada mazhab kata pusat dan lutut bukan aurat tetapi yang antaranya adalah aurat.  Mazhab Shafie kata pusat dan lutut adalah aurat.  Jadi, kalau pergi Mekah, jangan terkejut tengok pusat orang lelaki Turki, Arab, Afrika dan mat saleh.

Dalam thread aurat wanita ada sebut pasal fesyen.  Sebenarnya, lelaki pun ada masaalah tersebut.  Ramai yang tak perasan.  Ramai orang lelaki pakai T-shirt singkat.  Bila berdiri, elok menutup aurat.  Seluar pulak sedikit ke bawah pusat.  masaalahnya, semasa sujud dalam solat, bahagian belakang tu terdedah, kengkadang nampak sedikit bahagian yang tak sepatutnya nampak.  Ada jugak yang nampak seluar dalam.

Jadinya, bukan wanita sahaja yang nak fesyen tayang lurah belakang, orang lelaki pun ada juga.   

Siapa ada lagi pemerhatian berkenaan kesilapan tentang aurat lelaki?  Mari sini posting.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2010 10:23 PM | Show all posts
Apa yang saya terperasan ialah kaum adam yang pakai seluar pendek paras lutut..

bila jalan mmg tak nampak aurat lutut, tapi bila duduk nampak...tak sure diaorang tak kisah or terlepas pandang...

hmm bagaimana dengan lelaki yg suka dressing seluar kecik & ketat2?
skrg ni banyak sgt dressing mcm tu..pelik tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 01:49 AM | Show all posts
Dari Anas bin Malik ra :

Bahawa Nabi SAW sewaktu Perang Khaibar menyinsingkan kain dari pahanya, hingga kelihatan olehku paha yg putih itu.

(Hadith riwayat Ahmad dan Bukhari)

~ Ibnu Hazm berkata : Terangkanlah bahawa paha itu bukanlah 'aurat.
Seandainya 'aurat, tentulah tidak akan dibiarkan terbuka oleh ALlah 'Azza wa Jalla paha RasuluLlah SAW yg dijamin suci dan terpelihara dari dosa, pada masa kenabian dan kerasulan, dan tentulah tidak akan sampai diperlihatkan-Nya kepada Anas bin Malik ra dan lain-lain, padahal ALlah Ta'ala telah memelihara 'auratnya selagi masih kecil dan sebelum kenabian lagi.

Daripada Jarhad, katanya :

RasuluLlah SAW melewati sedang pada ketika itu aku sedang memakai kain dan paha aku terbuka, maka sabdanya : "Tutuplah pahamu, kerana paha itu 'aurat!"

(Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Malik, Ahmad, Abu Dawud dan Tirmidzi menyebutnya sebagai Hasan.
Sementara Imam Bukhari menyebut hadith di atas dalam Sahihnya juga sbg mu'allaq)

~ Terpulanglah kepada yang empunya aurat.~
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 07:28 AM | Show all posts
Apa yang saya terperasan ialah kaum adam yang pakai seluar pendek paras lutut..

bila jalan mmg tak nampak aurat lutut, tapi bila duduk nampak...tak sure diaorang tak kisah or terlepas pandang...
pinKy180 Post at 22-4-2010 22:21



apa yg u nampak?

   


since kat Malaysia semua org Islam adalah ber  Mazhab Syafie qan,  ( waima tabligh pun mazhab syafie qann? ) jadi,  kita tak boleh kata mereka yg tunjuk pusat tu dari mazhab lain lah qannn...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 08:19 AM | Show all posts
naik moto pakai seluar pendek, lelaki ada pompuan pun ramai.............bila angin tiup, nampak le sikit2.......
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 11:37 AM | Show all posts
Assalamualaikum sedara seAgama dgn ku,

Kurang pendidikan Agama dan juga sikap tidak mahu menambah ilmu Agama menjadi mereka tidak SENSITIF perihal aurat ini.
Adakah dressing yang sama yakni berseluar pendek 'Islam' itu, mereka 'bertemu' dgn Maha Pencipta???
Adakah dressing yang sama itu mereka akan gunakan pabila berjumpa dgn Penguasa Daerah or Majikan???
Di manakah letaknya 'KEMALUAN' mereka ini?
Yang lebey MALU terhadap manusia daripada Allah swt!!!

Renung renungkan lah dan selamat beramal..........

Wsalam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2010 12:06 PM | Show all posts
ada satu dalil yang bermaksud 'tidak sempurna wajib kecuali dengannya,maka dengannya itu wajib'...dalam bab aurat lelaki maka yang wajib adalah lebih iaitu atas pusat bawah lutut...sama juga dengan wuduk membasuh tangan hingga siku...sah wuduk apabila lebih dari siku...begitu juga dengan solat...tomakninah menjadi wajib ketika rukuk,iktidal,sujud dan duduk antara dua sujud...tidak sempurna wajib rukuk kecuali dengan tomakninah,maka tomakninah itu wajib...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 12:18 PM | Show all posts
tg for this info.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2010 04:11 PM | Show all posts
tak bleh pkai ketat2 yg menampakkan bentuk badan mcm perempuan jugak
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 12:14 AM | Show all posts
ada satu dalil yang bermaksud 'tidak sempurna wajib kecuali dengannya,maka dengannya itu wajib'...da ...
tore9 Post at 23-4-2010 12:06


tinggi betul bahasa yg ko guna ni smpi susah aku nak paham.

aku nak tny sikit kalo solat x pakai baju just pakai seluar dr atas pusat smpi ke bawah lutut mcm mn ek?
aku tau la x de org buat lg pakai mcm ni, tp soalan dia sah ke solat org tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 01:01 AM | Show all posts
di ambil dari blog MKI,,,

5) Kata mazhab maliki, tapi kenapa ada pic separuh bogel kat air terjun termurun di blog awak???

jawapan bersopan dari mki :

memang mki akui mki pakai speedo atau seluar renang ketika mki swimming di laut atau air terjun. tapi anda kena faham, mengikut mazhab maliki, aurat seorang lelaki BUKAN antara pusat dan lutut tetapi CUMA alat sulit atau kemaluan sahaja.so, andaikata mki pakai seluar renang yg potongan nya mcm seluar dalam, mki sikit pon tak berdosa atau tidak boleh dikatergorikan sebagai mendedah aurat, err..kecuali kalau MKI mandi bogel, baru lah dikira berdosa atau mendedah kan aurat.
http://www.mymki.com/..

betol ke?????
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 11:54 AM | Show all posts
di ambil dari blog MKI,,,

5) Kata mazhab maliki, tapi kenapa ada pic separuh bogel kat air terjun ...
mulutcomel Post at 26-4-2010 01:01


Assalamualaikum mulutcomel,

Sila elaborate pulak perihal apa yang bely di makan , minum, cara berwudhuk, bersolat mengikut Mazhab Maliki plak.

JANGAN kita perihal aurat.............bertaklik kpd Mazhab Maliki tetapi benda lain...........kita ikut Mazhab Shafie.
Suka suka jer mana kiter nak ikut.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 04:23 PM | Show all posts
tinggi betul bahasa yg ko guna ni smpi susah aku nak paham.

aku nak tny sikit kalo solat x pa ...
otai_g Post at 26-4-2010 00:14



    sah...kenapa pulak ade persoalan macam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 05:02 PM | Show all posts
cemane ngan pakai suar ketat cam le tour tu... 'sebatang' 'sebatang' nampak... ish ish ish
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 05:04 PM | Show all posts
salam. yg aku perasan, waktu solat , lelaki yg pakai kain pelikat, sewaktu bersujud.. nampak terus ke dalam kain..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2010 10:16 PM | Show all posts
salam. yg aku perasan, waktu solat , lelaki yg pakai kain pelikat, sewaktu bersujud.. nampak terus k ...
crystal_biru Post at 26-4-2010 17:04


kalau macam ni, ikut kata mufti perak, tidak mengapa.  sebabnya, pandangan tu dari bahagian yang sepatutnya bawah kain.  iaitu, kalau dia berdiri, kain tu sebelah bawah.  dia kata tengok dari bawah macam mengintai.  

yang tak boleh kalau bahagian tengkok baju tu luas, masa rukuk nampak pusat, macam ni baru tak boleh sebab tengkok baju tu bahagian atas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2010 11:55 PM | Show all posts
semalam saya dpt ilmu baru jugak tp tak boleh nak huraikan sbb pensyarah tu pun sentuh sikit je keluar dari tajuk pengajian..katanya kalau ke luar negara especially negara2 arab tu jgnlah terkejut tgk cara mrk berpakaian..kita ni dah terbiasa dgn ajaran dari mazhab syafie kena open minded sikit bila keluar kepompong kita...
katanya mazhab lain ada aurat dengan allah lain, aurat dgn manusia lain..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 12:24 AM | Show all posts
bagaimana dengan pemain bola?

adakah tiada mufti yang melarang?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 09:23 AM | Show all posts
cemane ngan pakai suar ketat cam le tour tu... 'sebatang' 'sebatang' nampak... ish ish ish
mejik Post at 26-4-2010 17:02


Kena faham akan takrifan 'menutup aurat'.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 09:24 AM | Show all posts
salam. yg aku perasan, waktu solat , lelaki yg pakai kain pelikat, sewaktu bersujud.. nampak terus k ...
crystal_biru Post at 26-4-2010 17:04



Sebab itu kita di galakkan pakai seluar di dalam kain.
Tapi biasa laaa....oghang melayu.
Adat.....culture
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.074012 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list