CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2889|Reply: 19

Faizal Bimbang Lupa Diri @ Utusan Malaysia [27.4.2010]

[Copy link]
Post time 27-4-2010 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
Gambar FATAH SULAIMAN



Pengalaman empat tahun macam 10 tahun

STATUSNYA sebagai seorang suami dan bapa bukan penghalang dirinya disanjung dan diminati peminatnya.



PEMBABITANNYA dalam lapangan seni sebagai penyanyi solo baru hendak menjangkau usia empat tahun.

Tetapi, selama tempoh dia membina dan jenamanya sehingga berjaya meletakkan dirinya di puncak kegemilangan, ia bukan laluan yang mudah.

Kontroversi dan cerita kurang enak tentang dirinya pantas bertebaran di segenap maya sehingga pada satu ketika, namanya hampir tersungkur gara-gara kesilapan dirinya sendiri.

Bahkan, personalitinya itu juga sering mengundang tanggapan negatif apabila ada yang melabelkannya sebagai seorang yang bongkak dan gemar membangga diri.
Tidak cukup dengan itu, Ahmad Faizal Mohd. Tahir atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Faizal Tahir juga dikatakan mudah melenting dan tidak boleh menerima sebarang kritikan yang berbaur negatif dilemparkan kepadanya.

Bertemu dengan anak jati Kuala Lumpur ini dalam satu satu fotografi di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, Mega mengambil peluang untuk menyelami dan merungkai isi hati Faizal.

Wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi tidak selesa sebaliknya segala persoalan dijawab dengan tenang dan baik oleh Faizal.

Penyanyi dan komposer berusia 31 tahun ini dengan pantas meningkah cerita negatif tentang dirinya apabila membabitkan tentang kritikan.

Jelas Faizal, dia seorang yang cukup terbuka untuk menerima komen dan kritikan khususnya daripada pihak media kerana itulah yang menjadi tunjang kekuatannya untuk terus berada dalam industri.

Malah, dia juga menafikan dia seorang yang mudah melenting sebaliknya Faizal memberitahu ada kalanya jiwanya mudah tersentuh dan kerana itu dia cepat menjadi emosional.

"Saya juga seperti manusia biasa lain yang mempunyai hati dan perasaan. Apatah lagi, mereka yang berjiwa seni ini naluri mudah tersentuh.

"Tetapi, saya harus akui saya amat memerlukan kritikan yang seimbang kerana saya bimbang jika saya sering mendapat pujian tanpa sebarang kritikan ia boleh membuatkan saya menjadi leka.

"Alhamdulillah, saya memiliki keluarga, isteri, anak-anak, teman rapat dan juga peminat yang sentiasa menyokong serta cepat menyedarkan saya seandainya saya sedikit terpesong dari matlamat asal.

"Saya cukup takut kalau saya menjadi seorang yang lupa diri kerana saya tahu kalau ia menguasai diri saya, tanpa ragu ia pasti akan membawa kerugian besar," luah Faizal yang juga bekas anggota kumpulan nasyid, Mirwana ini penuh jujur.

Anak kepada pasangan Mohd. Tahir Abd. Rahman dan Muzlipah Aishah Pa'wanteh ini juga sedar beberapa insiden yang berlaku dalam hidupnya sebelum ini membuktikan bahawa dia menjadi leka sebentar dengan glamor dan populariti.

"Saya menjadi seronok dan tidak menyangka pula, ia mengundang rasa tidak puas hati kepada masyarakat.
"Mungkin apa yang berlaku, semuanya dalam keadaan saya tidak sedar kerana hanya fikirkan tentang diri saya sahaja tanpa pedulikan tentang orang lain.

"Daripada situ, saya belajar dan cuba memperbaiki kelemahan serta melihat apa yang terbaik perlu saya lakukan demi kebaikan saya," ujar bapa kepada Ahmad Mikaeel Zidane, 5; Siti Raudhah Nur Iman, 3, dan Ahmad Rifa'ie Zidane, setahun ini lagi.
Menjadi seorang artis ternama dan popular seperti Faizal memang beruntung kerana memiliki kelompok peminat yang sentiasa mempertahankan dirinya.

Seorang yang rasional sepertinya, Faizal juga sering kali mengingatkan peminatnya agar jangan terlalu emosional sekiranya ada kritikan yang dilemparkan kepadanya.

Sebaliknya, apa sahaja berita tentang dirinya yang dipaparkan di media massa perlu dilihat secara positif demi kebaikan karier seninya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2010 01:16 PM | Show all posts
ada banyak lagi kat paper ... gambar pun besar giller
petang karang aku scan!!!!!

suka2 .... baca apa yg dorang tulis
at least masih ada ruang FT di Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 02:25 PM | Show all posts
aku beli utusan hari ni..... dua muka penuh cite FT, gambar pun besar2..........
belum termasuk cover HITS... macam poster  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2010 03:04 PM | Show all posts
aku beli utusan hari ni..... dua muka penuh cite FT, gambar pun besar2..........
belum termasuk c ...
washere2 Post at 27-4-2010 14:25


wartawan yg sama lak tu tulis sal konsert kat IB hari tu
elok la ... dah berbaik2 kot
yalah kheeen
pusing2 pun jumpa orang yang sama gak!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 05:22 PM | Show all posts
wartawan yg sama lak tu tulis sal konsert kat IB hari tu  
elok la ... dah berbaik2 kot {:1_1 ...
santubung Post at 27-4-2010 15:04



aku rasa dia memang admire FT tapi sebelum ni tanak ngaku kut...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 06:09 PM | Show all posts
scan plzzzzzzzzzzzzzzz
aku x sempat nak beli arini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2010 05:01 AM | Show all posts
mgkin rporter tkut kna sembur ngan RC's.ehehe
pa pa pn slamat still da story 4 FT.kblakangan ni mmg paper evry week da cta FT kn??suka.....ngeeeee.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 08:02 AM | Show all posts
utusan ni berapa kerat je wartawan hiburan diorang ah? asyik wartawan ni je yg tulis cite FT.. btw, gambar die cantik...santubung scan lah artikel yg takde tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2010 12:30 PM | Show all posts
mgkin rporter tkut kna sembur ngan RC's.ehehe
pa pa pn slamat still da story 4 FT.kblakangan ni mmg ...
cloud_vendetta Post at 28-4-2010 05:01


actually ... RC mmg official fan club FT
but rasanya dorang kureng menyembur .... !
yg byk sembur tu fans yg tak masuk fan club

sembur tu ada baik tapi ada buruknya
baiknya dapat pertahankan artis
buruknya menjejaskan sikit banyak hubungan artis ngan media

but bukan semua benda kena sembur
kalau salah ... barulah patut
kalau benda yg ditulis betul ... no point nak sembur
mcm ludah ke langit kena kat muka artis tu balik

so fans kena tahu maner boleh maner tak
jgn sembur melulu ......... !
minat membabi buta pun merosakkan masa depan artis tu gak
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:33 PM | Show all posts
Reply 9# santubung

aku pun perasan yg kuat sembur n over lbey2 bukan RC pun
hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2010 06:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by santubung at 28-4-2010 18:39





dah tepek ... untuk korang yg tak beli paper
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2010 06:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by santubung at 28-4-2010 18:41


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 07:18 PM | Show all posts
Reply 12# santubung

thank u so very much..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 07:26 PM | Show all posts
Reply 11# santubung

aku suka sangat pic no 2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 08:15 PM | Show all posts
ensem nyeeeeeeeee pic2 die
suke la style die skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 11:42 PM | Show all posts


suka tgk dagu FT.. love u
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 12:55 PM | Show all posts
OMG handsomee
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 02:32 PM | Show all posts
sukenye tgk... dah scroll byk kali... FT good luck!
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 10:38 PM | Show all posts
wow! i like.....

yes, mcm tu la, bagus la shazryn this time. x larat kena sembur lg la agaknya. klu benda x betul, kita sembur, kita bising. sbb klu kita diam je seolah2 mcm kita percaya dan mengiyakan benda x betul tu dan dorg akan berterusan ulang dan ungkit benda2 yg sama dan mungkin akan lebih teruk lagi. klu benda tu betul, kita blh trima. nobody's perfect. hopefully lps ni smuanya akan ok.

one thing yg aku suka article ni selain utusan suka letak gambar2 pejal yg 'terbaik pnya', satu lagi dia siap letak nama penuh dan nama pentas pejal lagi, nama penuh wife, anak2, mama dan abah pejal lagi... serba lengkap tanpa silap... anyway, good job shazryn....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 07:14 PM | Show all posts
wawawawawa!!!!... kmbali meroyan tgk gegambar tu.huhu.. style argh..
yup! kta smbur bla rsa xfair ja. thanx coz tepekkan gmbar santubung.hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.129824 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list