Akademi Fantasia 8 lebih meriah daripada AF7Artis Malaysia gosip artis | 21 April, 2010
Ramai yang beranggapan Akademi Fantasia 8 (AF8) kali ini diantara musim AF yang paling membosankan dan kurang mendapat sambutan daripada penonton dan pengundi sms.. Lagi-lagi apabila AF8 banyak mendapat kritikan dan komen yang hebat daripada pengkritik dan pengguna internet.. Bagaimanapun segala tanggapan tu meleset sama sekali apabila Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi mengeluarkan statistik penonton dan pengundi untuk Akademi Fantasia 8 kali ini…
Menurut Azlin Reza Azmi, setakat minggu kelima AF8, undian SMS yang diterima oleh para peserta program realiti AF8 meningkat sebanyak 14% berbanding AF7 dan jumlah penonton bagi AF8 meningkat sehingga 40% dibandingkan dengan AF7 sebelum ini..
Jadi ternyatalah yang Akademi Fantasia 8 lebih meriah jika nak dibandingkan dengan AF musim sebelum ini… Norman juga pada masa yang sama meluahkan rasa terkilan apabila pelajar AF8 terus dikritik terutama di blog-blog hiburan…
“saya rasa tidak adil jika mereka terus dikritik terutamanya di blog-blog. Kritikan biarlah adil, saya rasa masyarakat luar masih ramai yang menyokong dan mempunyai pandangan positif,” kata Norman.
Jadi, buat peminat Akademi Fantasia 8.. teruskan lah memberi sokongan kepada pelajar pilihan korang.. kat bawah ni kami ada sertakan keputusan terkini undian sms untuk hari ini (21.04.10).. nampaknya Shahir dan Adira berada ditempat yang agak selesa sekarang dan Farina, Nad, Ain serta Iwan ada potensi untuk ditendang keluar minggu depan..
1 Shahir 16 %
2 Adira 14 %
3 Daus 13 %
4 Maulana 13 %
5 Iwan 12 %
6 Ain 12 %
7 Nad 11 %
8 Farina 11 %
HTTP://WWW.MYGOSIP.COM