CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2098|Reply: 4

Pengiktirafan buat bakat muda,Utusan 29April

[Copy link]
Post time 29-4-2010 07:21 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by washere2 at 29-4-2010 07:22

Pengiktirafan buat bakat mudaOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]

TIDAK  mustahil, gandingan mantap Faizal Tahir dan Audi Mok menerusi lagu Bencinta mampu memberi kemenangan kepada mereka.



PENGANJURAN Anugerah Industri Muzik (AIM) adalah bertujuan untuk mengiktiraf hasil karyawan seni tempatan yang tidak lelah menghasilkan karya terbaik buat peminat.
Sungguhpun ada yang mendakwa AIM tidak lagi relevan, mahu atau tidak harus diakui AIM benar-benar memberikan impak yang besar kepada setiap daripada anak seni khususnya bakat-bakat baru.
Bagi mereka, AIM telah meletakkan satu tanda aras baru dalam karier seni mereka biarpun usia mereka masih setahun jagung di dalam industri.
Untuk anak-anak muda ini, biarpun hanya sekadar dicalonkan ia tetap memberi signifikan yang cukup besar buat mereka.
Tidak hairanlah kalau saban tahun senarai pencalonan AIM akan memperlihatkan nama-nama baru semakin mendominasi penyertaan sekali gus membuktikan bakat mereka tidak boleh dipandang enteng.
Kategori Lagu Rock Terbaik tahun ini misalnya memperlihatkan kehebatan karya anak-anak muda ini bertanding sesama mereka.
Lima calon yang bertanding semuanya memiliki bakat dan keistimewaan masing-masing dalam penciptaan lagu serta membawa satu anjakan dalam penghasilan muzik rock.
Sudah pasti, ia cukup menarik untuk diperkatakan kerana kesemuanya merupakan bakat baru yang semakin mendapat perhatian.
Kali pertama diperkenalkan tahun lalu, kategori ini menyaksikan kemenangan lagu Bila Aku Sudah Tiada ciptaan sepenuhnya oleh vokalis kumpulan Hujan, Noh.
Sekali lagi, Noh dicalonkan tahun ini dengan mempertaruhkan lagu Mencari Konklusi dan sudah pasti, laluan Noh untuk merangkul kejuaraan untuk kali kedua bukannya mudah.
Ini kerana Mencari Konklusi harus berdepan dengan Bencinta hasil ciptaan kolaborasi mantap Audi Mok dan Faizal Tahir, Drama King (Taja dan Tun Teja), Kelibat Si Penyair (Tass dan Lan) serta Situasi (Sam).
Menarik perhatian juri


Lagu Mencari Konklusi memiliki sentuhan rock progresif yang begitu cepat menangkap telinga dan menyaksikan sisi lain muzik dipertaruhkan Hujan dalam album kedua mereka.
Bukan muzik Hujan seperti lazimnya, Mencari Konklusi juga mampu menarik perhatian juri untuk menobatkannya sebagai Lagu Rock Terbaik tahun ini.

Daripada senarai calon yang dipertandingkan, lagu Bencinta juga berpotensi besar untuk memenangi kategori ini.

Sekali lagi diingatkan, bukan faktor populariti yang dipandang tetapi kualiti serta pendekatan muzik yang ditampilkan menerusi lagu Bencinta.

Berbeza dengan apa yang pernah dihasilkan oleh Audi dan Faizal sebelum ini, melodi Bencinta lebih berat dan boleh dikatakan unik dari segi komposisinya apabila menampilkan elemen bunyian bagi memantapkan lagi lagunya.

Siapa yang boleh menidakkan gandingan mantap Audi dan Faizal yang tidak pernah gagal menghasilkan muzik yang kadang-kala tidak terjangkau oleh akal.

Kolaborasi mereka dalam setiap lagu yang dihasilkan dilihat membawa anjakan baru dalam perkembangan muzik rock moden di negara ini.


Lagu Drama King juga tidak kurang hebatnya dan ia juga mampu mencipta kejutan.
Muzik yang dihasilkan oleh Taja untuk lagu ini memiliki sentuhan muzik yang berbeza selepas kejayaan karya popularnya, Lagu Untukmu.
Ditambah pula dengan penampilan juara Mentor musim ketiga, Black yang berjaya menyampaikan lagu ini dengan baik menjadikan Drama King wajar diberi perhatian.
Selepas pengundurannya dari kumpulan Meet Uncle Hussain, Nor Azlan Rosle atau lebih dikenali sebagai Lan tampil dengan muzik yang jauh berbeza menerusi jenama barunya, Azlan & The Typewriter.
Single pertamanya, Kelibat Si Penyair memang lain sentuhannya daripada Lagu Untukmu yang sebelum ini dihasilkan bersama Taja dan Tass.
Mungkin lagu ini tidak popular seperti empat calon lain yang mendapat perhatian meluas di corong radio, tetapi itu bukan bermakna lagu ini tidak berpeluang untuk menang pada malam itu nanti.
Juri AIM sering kali mencari sesuatu yang baru dalam muzik dan tidak berpandukan kepada formula yang sudah diguna pakai sebelum ini untuk mencari pemenangnya.
Siapa tahu juga tuah akan berpihak kepada lagu Situasi yang merupakan ciptaan sepenuhnya oleh vokalis kumpulan Bunkface, Sam.
Kehebatan muzik dan bakat mereka tidak sewajarnya dipandang sebelah mata kerana mereka kini kumpulan yang semakin mendapat perhatian.
Tiada siapa pernah menyangka muzik yang dibawakan mereka setanding dengan muzik kumpulan yang sedia ada.
Sekali lagi diingatkan, tulisan ini hanyalah sekadar ramalan dan pilihan yang dibuat Hits juga langsung tiada kena-mengena dengan pilihan juri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 11:15 AM | Show all posts
suwiiittt BB
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 11:15 AM | Show all posts
tq washere2  
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 10:46 PM | Show all posts
skali lg aku suka article shazryn ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 01:27 AM | Show all posts
suke2
audi n FT mmg da bomb!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.064997 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list