CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9965|Reply: 26

Sejarah dan asal-usul Hari Ibu (MESTI BACA!)

[Copy link]
Post time 29-4-2010 03:58 PM | Show all posts |Read mode

JANGAN SAMBUT HARI IBU


Hari ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.

ASAL USUL HARI IBU


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.


Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.


Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.


Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.


Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.


Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?

------------------------------------

Alhamdulillah.... Saya taknah sambut Hari Ibu langsung sejak dulu lagi, apalagi ambil tahu sebab itu bukan hari raya. Bagi orang Islam, cukuplah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha saja.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 04:47 PM | Show all posts
Buatlah usaha agama dengan perasaan takut & bimbang. Kesan amal tidak mungkin silap. Kesannya tetap wujud di dunia & akhirat. Jadi mengapa terkadang amal itu tidak makbul?jawabnya ialah kerana amal tidak kuat.

Untuk mendatangkan roh (kekuatan) dalam amal maka kita perlu:

1. Sahih Yakin – iman yang berpunca dari dakwah & korban
2. Sahih Tariqat – cara (sunnah) yang betul dari taklim masail
3. Sahih Dian – penumpuan yang tepat (maqam Ihsan) dari amalan tilawah Quran, zikir & doa
4. Sahih Jazbah – keghairahan dalam amal (Ihtisab) berpunca dari taklim fadhail
5. Sahih Niat – niat yang betul dari kesempurnaan iman.

Untuk menyempurnakan amal maka tunaikanlah hak saudara kita. Supaya tidak ada seorang pun yang kita sakiti. Hindarkan dari menjadi muflis di akhirat.
http://gotabligh.com/?cat=9
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 06:05 PM | Show all posts
Bagi orang Islam, cukuplah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha saja.


setuju...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 08:57 PM | Show all posts
i sambut je....selagi tak bercanggah dgn islam
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 10:14 PM | Show all posts
bukan ahad minggu ke dua bulan mei ke..


btw benda ni ikut niat kita jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 12:36 AM | Show all posts
apakah hanya pada hari itu saja sorg anak tu akan mengenang jasa ibunya? mana lagi 364 hari lagik? :re:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2010 12:43 AM | Show all posts
bagi aku xsalah menyambut hari ibu....wlaupun sememang nyer kita sygkan ibu kita setiap masa, tapi Hari Ibu tu adalah hari di mana kite tnjukkan segala penghargaan kita sebagai anak, khas untuk IBU KITA sendiri...

kalau pun org xtau asal usul smbutan HAri Ibu ni atas tujuan apa, aku yakin setiap org yg menyambut hari ibu skrg ni tau tujuan mereka menyambut hari ibu bukan lah atas sbb nak myambut Mother church ke hapa... juz to show some appriciation to their mom

sambutan utk bende yg baik kan..kita sebgai anak nk mgembirakan ibu sndri...dapat pahala pun
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 12:45 AM | Show all posts
hari jadi ibu boleh kan.. my son just sms sharp at 12 midnite..happy birthday, moga pnjg umur n murah rezeki, bahagia rumah tangga sampai bila2, luv u

golak den..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2010 09:37 AM | Show all posts
Reply 9# mlsnklyn



memang hari2..tapi 1 hari ru spesel la skit..sebab 1 dunia sambut..

dan kalau nak bagi hadiah ke apa ke 1 hari tersebut jer..

takkan hari2 nak bagi hadiah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 06:02 PM | Show all posts
hari jadi ibu boleh kan.. my son just sms sharp at 12 midnite..happy birthday, moga pnjg ...
sunsuria3 Post at 30-4-2010 00:45


Bintang pun selalu buat camtu kat mama gak... tunggu 12 mlm .. tapi mama baca pagi sebelum solat subuh tu... huhuuu
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 06:51 PM | Show all posts
boleh tahu sumber artikel tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 10:35 PM | Show all posts
x pernah sambut....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 10:43 PM | Show all posts
biasanya sambut hari ibu nih dgn bg hadiah kat ibu jer. x de salahnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 08:28 AM | Show all posts
biasanya kitaorg sambt bukan pada hari ibu tuh  tu tapi weken semer adik badik leh balik...ada makan besar sket, makan sedap sket...sambut skali bday 2 org family member....pastu bagi hadiah kat mak ....gitu jer la.....tgk kelapangan memasing lar......tinggal pun memasing tak jauh.....sah alam, kl, seremban...so carik weken yang semer bleh balik selebret sesama....tahun ni cam nak wat makan2 BBQ sambil berkelah je
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 09:07 AM | Show all posts
dicadangkan sambut ari ibu pada masa kita lapang dan family members lain lapang................tak mo ikut tarikh yahudi - valentine ka, mother day ka, father day ka, birthday ka, hallowen ka, apa ka................yg penting 24 jam sopan kat mak & ayah............
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 09:08 AM | Show all posts
for me, setiap hari adalah hari ibu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2010 11:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by amukgemuk at 4-5-2010 11:19

sama line dengan artikel 'akum', freemason dalam sejadah, asal usul perkataan mosque,  april fool, dan banyak lagi.
tidak setuju boleh, tapi janganlah menakotkan diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 04:39 PM | Show all posts
ibu ni x perlu dimuliakn pd hari2 tertentu jer...setiap hari mesti dimuliakn, diingat dn dihargai....kalau sekali-sekala nk berkumpul adik beradik pastu nk bg sumthing sgt2 spesel pd ibu, boleh je...asal jgn terikat dgn tarikh yg diberikn oleh orang kafir...kita hargai ibu kita sepanjang masa, bukan hanya pd hari tertentu...kalau dh byk duit, bg hadiah tiap2 bulan pun apa salahnye...kalau dh takde duit, cukup sekadar berdoa kpd Allah. Itu lebih afdhal
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 03:28 PM | Show all posts
Mmg setiap hela nafas kita ni,kita perlu menghormati ibu.rasanya banyak anak2 di dunia ni yg menjaga ibu,beri belanja pada ibu setiap hari dan macam2 lagi untuk ibu.

Rasanya x salah kalau nak sambut hari ibu,sebab semuanya bermula dari niat.

Bayangkan ibu kita duk tgk tv,pastu TV plak duk tayang movie mothers day,tak kurang yg bg ucapan Selamat hari Ibu...tup2 yg kita ni tak de langsung ucap Selamat Hari Ibu dan tunjukkan kasih sayang dn ingatan pada ibu kita.
Buatnya ibu kita rasa kecik hati sbb tu,lagi teruk rasanya....
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 11:12 AM | Show all posts
aku rasa kalu xde ari ibu... ramai yg x brape nk ingat or beri perhatian kat ibu diorg.. yerlah masing2 busy ngan urusan harian.. so slagi x bercanggah dgn ajaran Islam, aku rasa okey jer.. niat yg penting..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.080659 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list