View: 29581|Reply: 39
|
Solat : boleh ke baca alfatihah sahaja dari rakaat 1-4?
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum semua,
Dari dulu Sham nak tanya tapi asyik terlupa je..ni berkaitan dengan solat...
kita boleh baca alfatihah selepas angkat takbirratulikhram kan?? maknanya tak payah baca 'allahuakhbar kabiro walham...."
Soalan sham ialah....boleh ke setiap rakaat..dari rakaat 1 sehingga rakaat 4 kita baca alfatihah sahaja?
maknanya:
Rakaat 1 : selepas angkat takbirratullikhram terus baca alfatihah kemudian rukuk
Rakaat 2 alfathihah sahaja
rakaat 3 alfatihah shaja
rakaat 4 alfatihah sahaja.
Minta tolong sahkan ya? Terima kasih membantu sham....sila pastikan betul2 samada boleh atau x? atau haram atau batal solat kalau x baca? plz help ya? thanks!! |
|
|
|
|
|
|
|
boleh ..bacaan lain tu sunat..bila ajar anak kecil mulakan dgn pergerakan solat..then ajar bacaan yg wajib dulu baru lah bacaan yg sunat...
saya time kejar masa...means kelas saya ada dua hari seminggu, satu mula dari 350 sampai 640, satu lagi 425-640 straight..so solat asar terpaksa diringkaskan saya baca yg wajib aja...tahiyat jgn tak baca pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# sunsuria3
Oh boleh lah yerk? confirm? patut tengok org lain cepat sangat habisnya dari rakaat 1-4.
Yang menyebabkan sham ragu -ragu dan masih was-was ni ialah..masa solat kat masjid kat satu kawasan ni..ada orang kata kata kena baca surah apa2 selepas alfatihah...tapi ni sunatkan?
secara ringkasnya ;
Rakaat 1 ; angkat takbirratulikhram kemudian baca alfatihah kemudian rukuk
rakaat 2 ; alfatihah sahaja kemudian rukuk (dan baca attahiyat)
rakaat 3 : alfatihah sahaja kemudian rukuk
rakaat 4 : alfatihah sahaja kemudian rukuk(tahiyat akhir)
BOLEHLAH YA? diharap sham mendapat maklumat yang betul ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau baru nak ajar anak kecil for me oklah, or dalam keadaaan terdesak..mcm kat overc dulu kami terpaksa solat kat fitting room dlm shopping mall mana ada bilik solat so baut yg wajib je lah..
tapi jgn lah buat setiap masa.. refer pada rukun solat ni mostly pergerakan ja, even tahiyat awal tu pun kalau tak baca takpe
Rukun Solat terdiri daripada 13 perkara:
·Niat
·Takbiratul ihram
·Berdiri betul bagi orang yang berupaya
·Membaca surah Al-Fatihah
·Rukuk serta tamaqninah
·Iktidal serta tamaqninah
·Sujud serta tamaqninah
·Duduk antara dua sujud
·Duduk tahiyat akhir
·Membaca tahiyat akhir
·Membaca salawat ke atas nabi dalam tahiyat akhir
·Memberi salam yang pertama
·Tertib
Terdapat 11 perkara yang membatalkan Solat
·Meninggalkan salah satu rukun solat
·Berhadas kecil atau besar
·Makan atau minum
·Terkena najis pada badan, pakaian dan tempat solat
·Melakukan pergerakan pada anggota yang besar tiga kali berturut-turut
·Berkata-kata
·Berpaling dada daripada arah kiblat
·Ketawa dengan mengeluarkan suara
·Terbuka aurat dengan sengaja
·Berubah niat
·Murtad
Rukun solat ada 13:
1. Niat.
2. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama).
3. Berdiri bagi yang mampu.
4. Membaca surah Al-fatihah.
5. Rukuk dengan tama’ninah (tama’ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
6. Iktidal dengan tama’ninah.
7. Sujud dua kali, dengan tama’ninah.
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama’ninah.
9. Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad saw dalam Tasyahhud Akhir.
12. Membaca salam.
13. Tertib.
Huraian rukun solat:
1. Niat: niat dilafazkan di dalam hati. Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat. Niat solat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratul-ihram iaitu tatkala ia mengata Allahu-Akbar. Umpamanya, untuk solat Zuhur, maka seseorang itu akan bertakbiratul-ihram dan lalu hatinya berkata:
Sahaja aku solat Fardhu Zuhur, empat rakaat, tunai, kerana Allah Taala.
Nota: tidak semua perkara dalam niat seperti contoh di atas adalah perkara-perkara yang dituntut dalam perbuatan niat. Perkara yang dituntut dalam niat ada 3, iaitu Qasad (”Sahaja aku solat”), Ta’arrudh (Fardhu) dan Ta’yin (Zuhur, sebagainya).
Oleh itu, niat “Sahaja aku solat Fardhu Zuhur” sudah mencukupi syarat sebagai niat.
Niat “Empat Rakaat”, “Tunai” atau “Kerana Allah Ta’ala” adalah tidak disyaratkan, bahkan hanya sunat hukumnya. Namun begitu adalah lebih baik untuk menghadirkan kesemuanya di dalam hati.
Adapun niat menjadi imam (”Imaman”) atau makmum (”Makmuman/Makmumatan”) ketika takbiratul-ihram hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja, tetapi pada sembahyang lain tidaklah disyaratkan dan hanya sunat hukumnya. Jika tidak diniatkan menjadi imam atau makmum ketika takbiratul-ihram untuk sembahyang Jumaat, maka tidaklah sah sembahyang Jumaat seseorang itu.
Jika seseorang makmum tidak berniat menjadi makmum ketika takbiratul-ihram dalam sembahyang (selain daripada fardhu Jumaat), dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang, contohnya ketika rukuk. Namun begitu, adalah makruh hukumnya jika seseorang itu berterusan dengan sengaja mengikuti imam dengan tanpa berniat menjadi makmum.
Imam yang tidak berniat menjadi imam ketika takbiratul-ihram, atau ketika mana-mana rukun yang lain, tidaklah terbatal sembahyangnya ataupun sembahyang makmumnya.
Bagi sembahyang Qasar (memendekkan solat fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat), perkara-perkara yang manjadi tuntutan ketika takbiratul-ihram selain Qasad, Ta’arrudh dan Ta’yin ialah niat Qasar. Maka bagi seseorang yang hendak solat Qasar perlulah berniat sekurang-kurangnya: “Sahaja aku sembahyang Fardhu Zuhur Qasar.”
Bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yang mempunyai sebab, maka wajiblah disertakan di dalam niat hanya dua perkara, iaitu Qasad (”Sahaja aku sembahyang”) dan Ta’yin (sunat Hari Raya Adha, sunat gerhana bulan, dan sebagainya).
Dituntut juga dalam perkara niat ini ialah menentukan qabliyah (sebelum) dan ba’diyah (selepas) dalam sembahyang sunat Rawatib. Ini tertentu kepada sembahyang sunat Zuhur, Maghrib dan Isya’ sahaja, seperti dinyatakan dalam niat: “Sahaja aku solat Sunat Zuhur qabliyah/ba’diyah” atau “Sahaja aku solat Sunat Sebelum/Selepas Zuhur.”
Adapun sembahyang sunat Subuh dan Asar tidaklah disyaratkan niat qabliyah, kerana kedua-dua sembahyang tersebut hanya ada qabliyah sahaja dan tiada ba’diyah (iaitu tidak ada solat sunat Rawatib selepas Subuh dan Asar).
Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbiratul-ihram satu perkara sahaja iaitu Qasad.
Umpamanya seseorang hanya perlu berniat: “Sahaja aku sembahyang”.
2. Takbiratul-Ihram, iaitu mengucapkan Allahu-Akbar untuk memulakan solat. Perkataan Allahu-Akbar itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain. Sebutan kalimah Allahu-Akbar itu diwajarkan agar tidak melebihi daripada empat belas harakat (tujuh alif), dan pergerakan tangannya tidak melebihi tiga kali pergerakan, kerana semua ini akan menjejaskan kesahihan dan kesempurnaan solat.
Nota: sebutan Allahu-Akbar yang teramat panjang ketika niat, dan pergerakan tangan yang berkali-kali, adalah disebabkan oleh was-was atau berterusan tidak kepastian sama ada apa yang dilakukanya itu telah sempurna atau belum. Was-was adalah berpunca dari bisikan syaitan, dan seseorang yang ditimpa was-was ini perlulah banyak berzikir, sebaiknya zikir “Laa-Ilaha-Illallah.”
3. Berdiri bagi orang yang berkuasa. Sekiranya seseorang itu berdiri tetapi condong ke hadapan, ke belakang, ke kanan atau ke kiri hingga tidak dapat dinamakan sebagai berdiri maka hukum solat itu tidak sah. Sekiranya tidak mampu berdiri maka bolehlah dilakukan solat secara duduk, baring mengiring, menelentang atau secara mana yang termampu. Untuk solat sunat dibolehkan sembahyang secara duduk, namun tidak digalakkan.
4. Membaca al-Fatihah: pada tiap-tiap rakaat dengan memelihara segala makhraj dan tajwid fatihah. Mazhab Syafi’e mewajibkan rukun al-Fatihah untuk makmum dalam solat berjemaah.
5. Rukuk, berserta tama’ninah. Sekurang-kurangnya rukuk ialah membongkokkan belakangnya sampai dua tangan di atas dua kepala lutut, disertai dengan tama’ninah iaitu berhenti sebentar sekadar lama bacaan Subhanallah, dan anggota-anggota berat kemudian berhenti. Doa tasbih ketika rukuk ialah: “Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya.”
6. Iktidal: Ertinya berdiri tegak semula selepas rukuk, berserta tama’ninah. Doa tasbih ketika iktidal ialah: “Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.” Kemudian disambung pula dengan bacaan: “Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.”
7. Sujud ialah meletakkan dahi di atas tempat sujud, dan dahi itu mestilah tidak berlapik dengan sesuatu. Sekiranya terpaksa seperti dahi dibalut kerana luka dan sebagainya, maka tidaklah wajib dibuka. Dahi yang berlapik dengan songkok dengan sengaja tanpa sebab adalah tidak sah solatnya. Anggota sujud ada 7:
1. Dahi
2. Dua tapak tangan
3. Dua lutut
4. Dua perut jari kaki
Doa ketika sujud ialah:
“Maha suci Allah yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya”.
8. Duduk di antara dua sujud berserta tama’ninah. Mengangkat kepala dan badan untuk duduk di antara dua sujud ini mestilah mengandungi tujuan. Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengangkat dari sujud kerana tujuan lain, umpamanya mengelakkan daripada binatang, maka hendaklah ia kembali sujud semula. Duduk antara dua sujud merupakan rukun pendek maka tidak wajar dilamalamakan.
Doa tasbih ketika sujud ialah:
“Ya Allah ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikanlah aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.”
9. Tahiyyat/Tasyahud akhir. Membaca tahiyyat akhir juga hendaklah dipelihara segala bacaan di dalamnya.
Bacaan tahiyyat akhir adalah seperti berikut:
“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga baginda yang mulia, sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia.”
Nota: ungkapan “sayyidina” di dalam contoh di atas hanyalah sunat hukumnya dan tidak mengapa jika ditinggalkan.
10. Duduk ketika tahiyyat akhir.
11. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sekurang-kurangnya; “Allahumma-solli ‘ala Muhammad.”
12. Salam pertama: Sekurang-kurang salam ialah “Assalamu’alaikum” bermaksud “salam sejahtera ke atas kamu.”
13. Tertib. Tertib ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengkemudiankan yang kemudian. Solat yang tertinggal ketertiban rukun-rukunnya dikira tidak sah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# sunsuria3
Boleh ke tak baca tahiyat awal?maksudnya ganti baca robbirfirli..warhamni.. ker? tak tau lak?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# sunsuria3
Alhamdulillah..........semoga ilmu yang disampaikan ini diberkati Allah. Panjang lebar dan terperinci...........syukur..... |
|
|
|
|
|
|
|
bila yakin yang mana satu wajib, yang mana satu sunat, yang mana satu batal dalam solat baru boleh solat dengan selesa, konfiden dan aman. Sebab itu ramai ulamak yang berpendapat mengetahui wajib/sunat/batal dalam solat itu termasuk syarat sah solat. Jadi jangan jemu belajar mengenali... |
|
|
|
|
|
|
|
setahu aku yg wajib dibaca spjg solat adalah al-fatihah + tahiyyat akhir...yg lelain sunat...tp jgn lupa tama'ninah.... |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi yang wajib dibaca dengan jelas (rukun qauli) adalah takbiratul ihram (takbir yang pertama).
Ramai miss yang ni, takbiratulihram angkat tangan ajer, tapi tak keluar suara. Padahal angkat tangan tu sunat... |
|
|
|
|
|
|
|
Minta tolong sahkan ya? Terima kasih membantu sham...
Wah... tinggi permintaan tu... nak kena pengesahan.. |
|
|
|
|
|
|
|
setahu aku yg wajib dibaca spjg solat adalah al-fatihah + tahiyyat akhir...yg lelain sunat...tp jgn ...
harisbee Post at 30-4-2010 10:55
niat ......wajib juga kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# monorail
maksud aku yg wajib dilafaz dgn mulut |
|
|
|
|
|
|
|
masa liz sekolah dulu ... apa yang liz belajar ialah
bacaan surah tu hanya sunat.
Tapi digalakkan baca utk melengkapi solat tu.
contoh kita baca alfatihah tak sempurna,, surah2 sunat tu la yg akan melengkapinya.
bacaan doa iftitah tu hanyalah sunat.
Liz juga baca doa ni time subuh coz pernah baca dlm buku mana ntah..
dia kata kalo baca ni awal pagi... pintu langit terbuka .. luas rahmatnya..
wallahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tahiyat awal sunat sahaja maksudnya kita gantikan dengan ayat robbirfirli warhamni...ker?
satu lagi..bukan ker sebelum takbirratul ikhram tu..kita niat dalam hati sahaja?niat ..usolli fardhol.....semasa angkat takbirratulikhram tu lah kita niat dlm hati gak..sahaja aku.....kan?
satu lagi nak tanya..katakan kita solat jemaah...kita terlepas rakaat 1...sekrg rakaat ke 2..kita berdiri..kita baru angkat takbirratulikhram...terus baca allahuahkhbar kabiro ker atau senyap jer? katakan masa ni imam baca 1 surah..camana tu? |
|
|
|
|
|
|
|
tetapi perlu diingat ya....
solat lah pelan2....buatlah yg sempurna .
cukuplah utk mengetahui yg sunat tue sebagai ilmu.
tp bila solat buatlah yg elok2. sebab kalo kita biasa buat yg wajib aje, takut2 sifat solat itu akan berubah...
mungkin 20 tahun lagi takut semua org buat yg wajib je....anak2 pun buat yg wajib je.
kalo bleh contohi solat nabi. baginda ajar kita dah. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun suka buat yg wajib ajo |
|
|
|
|
|
|
|
kawan2, saya cadangkan pegi kedai buku, cari buku "formula solat formula" terbitan telaga biru.. Soalan pertama ditanya akhirat nanti ialah mengenai solat, kalau solat tak lepas, aduhai, sedihnya kita nanti, rugi idop kat dunia nii, dan selama-lamanya... |
|
|
|
|
|
|
|
masa liz sekolah dulu ... apa yang liz belajar ialah
bacaan surah tu hanya sunat.
Tapi digalakkan ...
mix_chinese Post at 30-4-2010 22:38
pendapat yang kata "hanya sunat" tu kena tukar. Sebab masa zaman sahabat, tabi' dan tabi'en, perkara sunat ni amat diberatkan. Kalau kita reverse kan hukum sunat, maka ia jadi makruh meninggalkan. Contoh - baca surah = sunat, tidak baca surah = makruh. Maksud saya, meninggalkan perbuatan tidak baca surah itu mendapat pahala. |
|
|
|
|
|
|
| |
|