CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3727|Reply: 21

AIM 17: Malam Gemilang Buat Faizal Tahir, Yuna [Murai.com.my]

[Copy link]
Post time 3-5-2010 01:01 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by santubung at 3-5-2010 01:10





Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Photgraphy

KUALA LUMPUR, 2 MEI 2009: Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi menyaksikan 24 pemenang bagi setiap kategori telah diumumkan.
Antara karya yang telah meraih kejayaan adalah lagu dendangan Y522010_aimftyuna(a).jpguna, Dan Sebenarnya yang meriah gelaran Lagu Terbaik untuk AIM 17 ini.

Lagu ciptaan Yuna sepenuhnya itu telah menewaskan lagu Dia Muhammad (In-Team), Enjut (Noraniza Idris), Situasi (Bunkface), dan Cerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique feat Salam).

Album Adrenalin dari Faizal Tahir hasil terbitan Audi Mok, Faizal Tahir dan Ahmad Izham Omar pula memenangi Anugerah Album Terbaik menewaskan Allahu Rabbi (InTeam), Dayang Live (Dayang Nurfaizah) dan K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique).

Anugerah Kembara pula diterima oleh Bunkface di atas kejayaan mereka membawa muzik negara ke persada antarabangsa. Manakala Anugerah Wirama diterima oleh Adnan Abu Hassan di atas sumbangan beliau dalam industri muzik tanahair.
Malam Kemuncak AIM17 yang bermula seawal jam 8.30 malam tadi, disiarkan secara langsung di saluran NTV7 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pada segmen persembahan yang pula itu menyaksikan kemunculan penyanyi tempatan yang berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa iaitu Zee Avi.

Acara yang dihoskan Afdlin Shauki & Adibah Nor Penyanyi itu juga turut menampilkan persembahan daripada Dato' Siti Nurhaliza, Dato Sheila Majid, Krisdayanti, Faizal Tahir, Ayu, Shila, Yuna, Riz, Aizat, Alif Satar, Altimet, Dafi, DJ Fuzz, Iqwal, Jaclyn Victor, Mila dan Point Blanc.

Sementara selebriti yang menyampaikan anugerah pula terdiri daripada Amanda Imani, Hafiz, Diana Danielle, Colabr8, Basil (FlyFM), Jo-Anna Henley, Liyana Jasmay, Mawi, Prema Yin, Ruffedge, Soo Wincci, Tini (Hot FM) dan Shruthi.

Credit: Murai.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2010 01:07 AM | Show all posts
Berikut senarai pemenang bagi 24 kategori yang dipertandingkan.
Artis Baru Terbaik
Yuna - Pemenang

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Hazami (Survivor) - Pemenang

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Dato Siti Nurhaliza (Ku Percaya Ada Cinta) - Pemenang

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti (Amarah) - Pemenang

Kulit Album Terbaik
Sarah Joan Mokhtar (To Prevent The Earth From Moving With You – Disagree) - Pemenang

Rakaman Album Terbaik
Akasha (Into...Akasha) - Pemenang

Lagu Pop Etnik Terbaik
Enjut (Noraniza Idris) - Pemenang

Album Nasyid Terbaik
Allahu Rabbi (InTeam) - Pemenang

Lagu Nasyid Terbaik
Dia Muhammad (InTeam) - Pemenang

Album Rock Terbaik
Adrenalin (Faizal Tahir) - Pemenang


Lagu Rock Terbaik
Situasi (Bunkface) - Pemenang

Album Pop Terbaik
Dayang Live (Dayang Nurfaizah) - Pemenang

Lagu Pop Terbaik
Dan Sebenarnya (Yuna) - Pemenang

Album Hip Hop Terbaik
K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique) - Pemenang

Lagu Hip Hop Terbaik
Cerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique) - Pemenang

Album Inggeris Tempatan Terbaik
To Prevent The Earth From Moving With You (Disagree) - Pemenang

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Deeper Conversation (Yuna) - Pemenang

Album Cina Tempatan Terbaik
I'm Karen (Karen Kong) - Pemenang

Lagu Cina Tempatan Terbaik
Na Han (JK Chen Jia Kai) - Pemenang

Album India Tempatan Terbaik
Life Is A Mystery (Shruthi) - Pemenang

Lagu India Tempatan Terbaik
Uyartinthidu Thozha (Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan) - Pemenang

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Aku Wanita Biasa (Kris Dayanti) - Pemenang

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Jenny Chin (Karen Kong/Dato Sheila Majid/Jaclyn Victor) - Pemenang

Lagu Terbaik: Dan Sebenarnya, Yuna
Album Terbaik: Adrenalin, Faizal Tahir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2010 01:12 AM | Show all posts
Di Sebalik Tabir AIM 17
6.20 pm: Faizal Tahir pula enggan ditemu ramah ketika portal murai.com.my meluru masuk ke biliknya kerana dikatakan sedang berurut. Bagaimanapun kami sempat diberitahu beliau akan mengenakan pakaian rekaan Hazwani Osman dan disolek oleh Najeeb.

wah.... sempat berurut
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 11:01 AM | Show all posts
tahniah faizal.. best tgok dia performm mlm td
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 01:09 PM | Show all posts
Di Sebalik Tabir AIM 17
6.20 pm: Faizal Tahir pula enggan ditemu ramah ketika portal murai.com.my m ...
santubung Post at 3-5-2010 01:12


bdn dh penat. kena la berurut. pas ni pegi la buat spa plak.... kasi refresh body n mind
erkk.... murai 'meluru masuk' cam tu je?? x ketuk pintu dulu ke??
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 01:15 PM | Show all posts
Di Sebalik Tabir AIM 17
6.20 pm: Faizal Tahir pula enggan ditemu ramah ketika portal murai.com.my m ...
santubung Post at 3-5-2010 01:12
TAHNIAH FAIZAL TAHIR




MUAHHHHHHHHHHHH KO MMG TERBAIK


KALAU AKU, TERJAH JER WALAU SEDANG BERURUT
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-5-2010 01:29 PM | Show all posts
TAHNIAH FAIZAL TAHIR




MUAHHHHHHHHHHHH KO MMG TERBAIK
...
cikgu_murni Post at 3-5-2010 13:15


kalau aku pun .... terjah jer!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 01:51 PM | Show all posts
tahniah FT....
aku tak menaruh harapan FT menang kat kategori album sebenarnya....
sbb album kali ni kurang sket la dari yang 1st...

aku bajet FT akan menang kategori vokal ngan lagu rock...

anyway, tahniah FT...

P/S - LJ pun suka FT gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2010 06:40 PM | Show all posts
uihhh penatnye aku menjerit2 smlm kat pwtc
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 10:32 PM | Show all posts
dia berurut kaki ke badan? klu kaki je takpe la, klu badan haruslah x pakai baju...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 10:39 PM | Show all posts
lawak kan Adibah noor and Liyana Jasmay............

FT you are the best...congrats
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 11:09 PM | Show all posts
lawak kan Adibah noor and Liyana Jasmay............

FT you are the best...congrats
alyssasarah Post at 3-5-2010 22:39


masing2 nak tunjuk they adore sangat kat who appeared to be the hottest, most talented male singer ever ...semalam  
........last nite FT really look like one
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 07:25 AM | Show all posts
after show hbis die dtg kat SEMESTA sekalian lg mcm ABPBH aritu
nak tgk vids de kat my fb
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 08:02 AM | Show all posts
suuuukaaaa FT
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 10:44 AM | Show all posts
tahniah FT....
aku tak menaruh harapan FT menang kat kategori album sebenarnya....
sbb album kali  ...
ama17 Post at 3-5-2010 13:51
Sama ler ngan aku noks ... aku pun tak harap FT menang ... tapi skali menang, hapi sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 09:37 AM | Show all posts
Reply 10# sicomel


    urut kaki kut ni.... kan dia ada masalah urat kaki.... aku tak sempat nak tengok AIM17 malam tu sbb tengah berasap giler ngan assignment aku yg tak siap2 lagi... best ker FT nyer performance.... ?? dah boleh melompat ker ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2010 01:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2010 01:55 PM | Show all posts
Reply  sicomel


urut kaki kut ni.... kan dia ada masalah urat kaki.... aku tak sempat nak t ...
twins Post at 5-5-2010 09:37


melompat apernya nokss
kan lagu tu tribute tuk "mereka" yang telah meninggal dunia
kalau dia melompat tu kurang asam la namanya ............................!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 02:26 PM | Show all posts
Reply 18# santubung


    nak wat camaner... aku tak tengok....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 07:23 AM | Show all posts
persembahan FT bes mlm tu..suka tgk die
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.168037 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list