CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20289|Reply: 45

Bismillah 20, Bismillah 9, Bismillah 6 dan Bismillah 5....

[Copy link]
Post time 10-5-2010 01:52 AM | Show all posts |Read mode
http://docs.google.com/fileview?id=0BxS9Jg8Pv-c9NmMzMTViODgtMTJiNC00NTMyLWJmMmMtYWI2MWRiMGI0NzMx&hl=en&pli=1

sape blh tolong tunjukkan aku terjemahan ayat2 yg digunakan?

cam dlm surah mana? ayat ke brape......


sgt curious nak tau laa....... mekacih...!  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2010 02:26 AM | Show all posts
pernah sape dengar pasal khadam al-Quran tak? nak bagi senang hafal al-Quran.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2010 02:30 AM | Show all posts
KHADAM AYAT DAN SECEBIS KISAH SEORANG PERAWAT TRADISIONAL
Assalamualaikum wbh

[Berikut saya masukkan semula artikel berkenaan khadam ayat. Sambungan artikel ini yan pernah disiarkan masih belum dapat disiarkan. Maaf.]

KHADAM AYAT

Kalau sanggup kita buat dosa terhadap Allah, akan melayaqkkan diri kita mendapat karin. Sila rujuk Az zzukruf:36. Karin ini sebenarnya adalah sejenis jin yang Allah hadiahkan kepada manusia yang berbuat dosa. Buat dosa kecil dapat karin kecil dan buat dosa besar dapat karin mertabat tinggi. Karin ini sentiasa berusaha untuk terus menyesatkan manusia.

Kalau sanggup buat dosa yang lebih besar, karinnya lebih hebat dan istimewa dan setengah karin ini pandai ilmu sihir.

Kalau sanggup mengamalkan ilmu prof Dr Ibrahim, sudah melayakkan mendapat karin yang agak hebat. Kelak mampu membengkokkan besi dengan leher dsbnya.

Kalau sanggup ikat Quran (2) dibawah kaki lalu berjalannya dengan quran bawah kaki ini ke tandas, dosanya lagi besar dan syirik habis dan layaklah mendapat karin istimewa. Karin ini menjadi kaDAM YANG SANGGUP MEMBAWA PELAKUNYA KEMANA-MANA. Hebat bukan khadamnya, sebagai balasan dari syaitan kerana mentertai mereka mensyirikkan Allah.

Meyakini ayat-ayat tertentu mepunyai kuasa seperti menghalau syaitan dan jin boleh merosak akidah. Sila rujuk artikel saya http://emjayjb.multiply.com/journal/item/76 untuk memahami asas akidah. Apabila kita rosak akidah, Allah memberikan karin yang setimpal dengan dosa tersebut dan kalau kesesatan tersebut sudah cukup hebat melalui pelbagai proses meditasi dsbnya, karinnya lagi hebat dan mempunyai pelbagai ilmu canggih untuk membantu manusia tersebut. Inilah dia sebenarnya khadam ayat.

Segala macam hantu polong pelesit dan toyol hanya akan menjadi khadam manusia apabila kita mensyirikkan Allah dengan satu peringkat yang hebat sekali. Karin/syaitan/jin ini akan membantu seberapa daya sebagai habuan perbuatan syirik pelaku tersebut. Memijak Quran dan berjalan diatasnya ke tandas seperti saya nyatakan di atas melayakkan orang tersebut mendapat khadam bukan ayat tetapi khadam Al Quran.

Puasa pati geni iaitu sejenis ibadat 40 hari bukan kerana Allah tetapi kerana Syaitan akan melayakkan pelakunya mendapat pelbagai karin dan seterusnya karin ini menjadi khadam yang bakal banyak membantu dalam pelbagai urusan.

Membela khadam memang untung kerana ia dapat membantu tuannya, namun pelaku ini telah kafir habis dan kekal abadi di dalam neraka.

Kalau khadam ayat ini dibenarkan dalam Islam, Nabi Muhamad SAW telah lama mengamalkannya dan mengajarkan dalam sunnahnya agar semua umatnya juga mengamalkan khadam ayat.

Khadam ayat adalah jin/syaitan/iblis yang menawarkan diri untuk membantu manusia yang sanggup membuat dosa besar kepada Allah iaitu syirik. Tiada dosa lebih besar dari dosa mensyirikkan Allah.

Sekian wallahualam wassalam

Emjay


http://emjayjb.multiply.com/journal/item/88


astaga............!

err..... kena usaha sendiri laa....... takde shortcut.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 07:57 AM | Show all posts
Ada article tulisan dr amran kasimin tentang khadam ayat  google la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2010 07:27 PM | Show all posts
Ada article tulisan dr amran kasimin tentang khadam ayat  google la
sunsuria3 Post at 10-5-2010 07:57
boleh guna utk blajar bahasa arab tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 11:18 PM | Show all posts
kalaulah ada apa2 cara yg terbaik dlm agama, tak sempat kita nak buat, Nabi(SAW) dan sahabat akan buat dulu sebelum kita.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2010 12:28 PM | Show all posts
pernah sape dengar pasal khadam al-Quran tak? nak bagi senang hafal al-Quran.........
Acong Post at 10-5-2010 02:26


bro, nak senang hafal quran, antaranya

jaga mata - jgn tengok maksiat, jgn tgk aurat org lain (zaman skrg cukup mencabar) dll
jaga telinga - jgn dgr umpatan, jgn dgr muzik dll
jaga mulut - jgn ngata, fitnah kat org, jgn sakiti org dan mak bapak dll
jaga makan - jgn makan haram, syubhah serta bernajis (cth mkn bernajis, telur yg tak basuh sblm masak, roti telur mamak yg tak basuh telur), jgn makan makanan org tak solat, dll

berguru - penting utk sanad & keberkatan...
doa - mohon apa yg dihafal mudah & kekal ingatan..

tak perlu menda2 lain,
sbb tempat mintak tolong hanya Allah dan bergantung hanya pada Dia...
keredhaan Allah, selamat dunia akhirat...


lupa.. muslim bila menghafal ayat2 al-quran satu huruf baginya 10 pahala ganjaran.
aku tak kata, Aliif Laam Miim tu satu huruf,
tapi Aliff satu huruf, Laam, satu huruf dan Miim satu huruf...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 04:59 PM | Show all posts
hati pun kena jaga jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2010 05:06 PM | Show all posts
Mak saya biasa guna bismillah 5 kalau tak silap untuk ubatkan orang yang terkena keracunan makanan spt muntah2 dan ceret beret. Baca pada air dan beri minum. Insyaallah sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 07:21 PM | Show all posts
Reply 9# bijakbudget


dia baca kat air mati (air yg dah masak) atau air mineral?
Bersanad tak Bismillah 5 tu?
Bismillah 5 yg mana, sbb i dgr ada version gak...may clarify, plz..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 09:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by bijakbudget at 11-5-2010 21:26

Doa-doa nabi semuanya bersanad dik..sebab dari hadist. yang saya tahu penawar racunnya ialah bismilahillazi la yadurru maasmihi...dan seterusnya. Kalau orang hantar sihirpun tidak memberi sebarang mudharat. Cara amal 3x pagi 3x petang insyaallah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2010 12:35 AM | Show all posts
Reply  bijakbudget


dia baca kat air mati (air yg dah masak) atau air mineral?
Bersanad tak Bi ...
pandaniw Post at 11-5-2010 19:21
air mutlak laa.......


jgn jadik golongan yg menyukarkan semua menda cam dlm

Al-Baqarah
[67] Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)".
[68] Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya".
[69] Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orangorang yang melihatnya".
[70] Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan kami insya Allah akan mendapat
petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)".
[71] Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 12:44 AM | Show all posts
Doa-doa nabi semuanya bersanad dik..sebab dari hadist. yang saya tahupenawar racunnya ialah bismilahillazi la yadurru maasmihi...danseterusnya. Kalau orang hantar sihirpun tidak memberi sebarangmudharat. Cara amal 3x pagi 3x petang insyaallah.
bijakbudget Post at 11-5-2010 21:21


Bismillahillazhi Laa Yadhurru Ma3smihi Sya'un Fil Ardh Wa La Fis Sama'
Wa Huas Sami3ul Aaliim- Ini tak dinamakan lagi Bismillah 5. Tapi memang sgt elok utk
kita baca pagi dan petang atau sebelum keluar rumah atau sebelum makan-minum di luar dan
baca setiap masa pun amat baik amalan ini.


Bismillah 5 yg biasa org baca, ialah:

Bismillahirrahmanirrahiim..
Bismillahi Syaafii
Bismillahil Kaafi
Bismillahil Mua3fii
Bismillahillazhi Laa Yadhurru Ma3smihi Sya'un Fil Ardh Wa La Fis Sama' Wa Huas Sami3ul Aaliim.
(perhatikan ada 5 perkataan Bismillah)

Adakah yg ini dibaca oleh ibu saudara atau ada yg lain?

Dan dibaca pada air mati atau air hidup utk diminum?

Tkasih.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 12:48 AM | Show all posts
air mutlak laa.......


jgn jadik golongan yg menyukarkan semua menda cam dlm

Al-Baqarah
[67] ...
Acong Post at 12-5-2010 00:35


itu aku tau lar cong woii..air yg dimasak pun air mutlak.
ada beza penggunaan air mati dgn air hidup..sbb tu aku tanya
mak dia guna air mana utk baca...apraaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 01:01 AM | Show all posts
Reply 14# pandaniw


ya, betul. ada beza antara air yg hidup dgn air yg telah dimasak.
air hidup ni mcm air mineral merupakan storage utk memori yg tinggi.
Bila kita bacakan ayat quran/doa, ia akan memerangkap dan molekul air itu akan berubah,
mengikut apa yg diniat masa diruqyah.
Berbeza dgn air mati yg tiada fungsi tersebut lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 09:22 AM | Show all posts
Bismillahillazhi Laa Yadhurru Ma3smihi Sya'un Fil Ardh Wa La Fis Sama'
Wa Huas Sami3ul Aaliim- ...
pandaniw Post at 12-5-2010 00:44


Tak taulah air apa, yang saya nampak air jenih macam air masak jer, dulu2 mana ada air mineral ni. Pakai air mati jer agaknya. Tapi sekarang nie dah ada air mineral, gunalah air mineral galian dari bawah tanah. Kalau awak terhatikan makna ayat tu..ada perkataan "tidak memberi mudharat dilangit dan dibumi" ini bermaksud segala makhluk tidak dapat memberi apa2 mudharat apabila seseorang itu telah dilindungi oleh Allah swt. Baca dengan hati yang yakin 100% bahawa selain Allah tidak ada siapa yang boleh bagi mudharat. Yakin adalah roh kepada amal. Lagi kuat yakin lagi kuat kesannya sebab Alllah swt mahu melihat yakin dalam hati kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2010 11:20 AM | Show all posts
Kalau air mati, dibacakan ayat ayat suci al quran , zikir dan doa contoh seperti Bismillah 5, InsyaAllah molekul ataupun structure air itu akan berubah dan dengan izin Allah boleh menyembukan. Kalau air mati, contoh R.O dan air mineral untuk dibuat air penawar penyembuh penyakit adalah lebih baik air mati atau R.O sebab molekul atau structure akan dibentuk semula. Tapi untuk minuman harian air mineral dan ditambahkan lagi dengan doa zikir yang dibacakan pada air itu MasyaAllah , dan InsyaAllah terdapat beramcam kebaikan didalamnya.
Tolong betulkan kalau i salah ok ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 12:59 PM | Show all posts
Tak taulah air apa, yang saya nampak air jenih macam air masak jer,dulu2 mana ada air mineral ni. Pakai air mati jer agaknya. Tapisekarang nie dah ada air mineral, gunalah air mineral galian dari bawahtanah. Kalau awak terhatikan makna ayat tu..ada perkataan "tidakmemberi mudharat dilangit dan dibumi" ini bermaksud segala makhluktidak dapat memberi apa2 mudharat apabila seseorang itu telahdilindungi oleh Allah swt. Baca dengan hati yang yakin 100% bahawaselain Allah tidak ada siapa yang boleh bagi mudharat. Yakin adalah rohkepada amal. Lagi kuat yakin lagi kuat kesannya sebab Alllah swt mahumelihat yakin dalam hati kita.
bijakbudget Post at 12-5-2010 09:22


memang dulu2 takde air mineral, tapi semenjak air mineral dijumpai, byk2 perawat2 Islam
spt Darus Syifa' menggunakannya utk tujuan ruqyah, mcm sdr fedorae bg tau.
Aku nak tau dr kamu, sbb nak buat sedikit kajian & pemahaman pd yg menggunakan jenis2 air ini.
Kalau mak awak guna air masak pun boleh menghasilkan natijah yg baik (utkk kesembuhan) itu adalah dgn izizn Allah jua.
Bagi yg terlibat dgn proses cara rawatan Islam akan tahu hal ini. Dan bagi mereka, dgn menggunakan air zam-zam dan mineral Sg Gau dari Temerloh, Pahang lebih tahu khasiatnya setelah mereka membuat sedikit kajian saintifik. Terima kasih AinunMardhiah,
kerana sdri memahami persoalan yg cuba nak i lontarkan. Berbeza dgn setengah org, baru nak bertanya sedikit, dan tepek dalil mengatakan tak boleh nak bertanya banyak. Dia sepatutnya faham membezakan pertanyaan yg dilakukan oleh Bani Israel pd zaman nabi Musa AS dgn pertanyaan yg berbentuk akademik di sini. Bani Israel bertanya pd nabi Musa pasal lembu kaler apa
semata-mata nak mengejek kerasulan baginda. Ini membabitkan aqidah. Namun pertanyaan di sini tidak sedikit pun berkait dgn perkara tersebut....
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 03:56 PM | Show all posts
memang dulu2 takde air mineral, tapi semenjak air mineral dijumpai, byk2 perawat2 Islam
spt Dar ...
pandaniw Post at 12-5-2010 12:59


Bagi sayalah, kalau di lihat dari segi logik air meneral tu baik sebab belum kena api, air yang dah masak tu dikira air mati. Tetapi dalam bab yang berkaitan dengan doa keyakinan tu yg penting, air hidup atau air mati bagi saya sama jer. banyak pengamal perubatan terpengaruh dgn isu molekul yang ditemui oleh saitis jepun tu. Sebelum hal molekul ini ditemui main belasah jer air mati...jadi jugak. Cuba kita fikir adakah air yang sudah dimasak sudah hilang molekulnya?...jawapannya tidak, molekul tetap ada. Yang penting ialah air itu air mutlak dan suci lagi menyucikan..cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 05:25 PM | Show all posts
Bagi sayalah, kalau di lihat dari segi logik air meneral tu baik sebab belum kena api, air yang  ...
bijakbudget Post at 12-5-2010 15:56



memang betul air masak atau mati itu molekulnya msih ada, hanya structure atau molekulnya sudah bercelaru, tapi InsyaAllah air mati atau air masak ini sama juga seperti air R.O bila dibacakan dengan doa, zikir dan ayat ayat al quran atau hanya dengan Bismillah sekali pun ia akan dapat membentuk semula structure atau molekul tersebut dan amat baik digunakan untuk dijadikan air penawar. Cuma dia tak lagi mengandungi mineral.
Mana mana air selagi ia bersih dan suci memang boleh pakai samada minum, mandi dan sebagainya. Cuma ia berbeza dari segi manfaatnya untuk badan kita mengikut darimana sumber air itu didapati, wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.076864 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list