View: 3313|Reply: 6
|
Berita@MKST : Saintis Cadang Teknologi Kuasa Angin
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Seorang saintis Selasa mencadangkansupaya teknologi kuasa angin digunakan sebagai sumber alternatif untukmenjana elektrik di negara ini.
Felo utama Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) UniversitiKebangsaan Malaysia Dr Mohamad Yusof Sulaiman berkata teknologi itubelum diterokai dan menjadi antara alternatif berpotensi sebelumteknologi nuklear digunakan menjelang 2021.
"Teknologi menjana elektrik menggunakan kuasa angin ditengah-tengah laut mampu menjana elektrik dengan banyak seperti lojinuklear. Ia juga lebih kompetitif jika dibandingkan dengan kuasasolar," katanya kepada Bernama Selasa ketika diminta mengulas hasratkerajaan membina loji nuklear pada 2021 bagi menjamin bekalan elektrikdi negara ini mencukupi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah meminta semuapihak untuk memberikan pandangan mereka terutama cadangan mengenaisumber tenaga lain sebelum teknologi nuklear diguna pakai.
Tanpa mengetepikan fakta bahawa teknologi nuklear adalah palingkompetitif untuk menjana elektrik pada ketika ini, Mohamad Yusofberkata tenaga nuklear sepatutnya menjadi pilihan terakhir bagimana-mana negara.
Beliau berkata teknologi menggunakan kuasa angin yang dibina ditengah-tengah laut seperti di Laut China Selatan yang mempunyai tiupanangin yang kuat boleh menjana elektrik sehingga dua megawatt.
"Kos elektrik dihasilkan juga tidak setinggi berbanding koselektrik dijana mengggunakan kuasa solar," katanya sambil menjelaskanbahawa kos elektrik dijana kuasa angin adalah tiga kali ganda lebihmurah berbanding kos sama dijana kuasa solar.
Mengenai hasrat kerajaan menggunakan teknologi nuklear, MohamadYusof berkata keputusan itu perlu dilakukan secara telus selepaskerajaan menimbang sumber tenaga boleh diperbaharui seperti biomas,tenaga solar, hidro dan angin.
Ketika ini lebih 80 peratus daripada tenaga elektrik di Malaysiadijana menggunakan gas dan arang yang semakin kurang bekalannya selaintidak mesra alam, dengan selebihnya menggunakan sumber hidro dan biomas.
-- BERNAMA
satu cadangan yang baik...terutama aplikasi dari kawasan pantai utama di Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
tenaga suria pun okey |
|
|
|
|
|
|
|
mana nak cari angin sepanjang tahun kat sini..
kalau solar boleh..kang aku ada rumah nak pasang solar.. |
|
|
|
|
|
|
|
mana nak cari angin sepanjang tahun kat sini..
kalau solar boleh..kang aku ada rumah nak pasang s ...
budingyun Post at 11-5-2010 18:12
bape kos pemasangan ..buding |
|
|
|
|
|
|
|
lama lagi ada rumah sendiri..jadi malas nak amik tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa, nuklir ni dah terbukti kelemahan dan kelebihan dia utk membekalkan tenaga letrik dalam skala yg lebih besar..
manakala tenaga suria danangin pula mungkin belum terbukti keberkesanannya dalam skala yg lebih besar. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|