View: 6297|Reply: 31
|
Hj Ashaari Muhammad Meninggal Dunia - Al fatehah
[Copy link]
|
|
Pengasas Al Arqam Ashaari Muhammad Meninggal Dunia | | | |
Written by Pena Islam | Thursday, 13 May 2010 20:00 |
IPOH, 13 Mei (Bernama) -- Ashaari Muhammad, 73, bekas pemimpin kumpulan Al Arqam yang diharamkan, meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh di sini Khamis, tiga hari selepas dimasukkan kerana jangkitan paru-paru.
Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di sini dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.
Seorang kakitangan syarikat berkenaan, Marzuki Hussein, 57, berkata jenazah Ashaari yang dipanggil Abuya oleh para pengikutnya telah dibawa ke kampung asalnya di Kampung Pilin, Rembau, untuk dikebumikan.
Katanya, Ashaari berada di sini selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lepas selepas mengadu sakit dada.
Jurucakap hospital berkenaan sementara itu berkata Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang.
"Ini siri lawatan biasanya ke rangkaian perniagaan Global Ikhwan," kata Marzuki kepada pemberita selepas jenazah Allahyarham Ashaari disembahyangkan di sebuah banglo milik syarikat itu di sini.
Rombongan yang membawa jenazah Allahyarham ke Rembau berlepas dari rumah berkenaan pada kira-kira 5.30 petang.
Kira-kira 200 pengikut Allahyarham turut berada di rumah berkenaan. Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
|
innalillah. semoga Allah memberikan kita semua keampunan. moga pengikut beliau sedar dari lamunan. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah..semoga rohnya dicucuri rahmat.
arwah juga banyak berjasa terutamanya dalam soal ekonomi muslim |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan melainkan nabi dan rasul. Semoga beliau diampuni Allah dan diterima sebagai hambaNya yang diredai.
Gerakan dakwah Islamiah yang dipelopori oleh beliau telah berjaya membangkitkan kesedaran Islam di tengah masyarakat terutama di era 70qn dan 80an. Beliau juga telah menulis beberapa buah buku yang boleh dijadikan panduan.(Melainkan yang telah diharamkan).
Antara buku beliau yang saya rasa masih relevan dan sesuai untuk dijadikan panduan dalam mencari kejernihan hati ialah "Iman dan Persoalannya" dan "Mengenali Diri Melalui Rasa Hati" serta beberapa buah buku mengenai poligami. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Aku_lugua at 13-5-2010 23:43
-delete- Double posting. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga pengikut beliau insaf & keluar dari ketaksuban serta berani mengatakan pemimpin mrk itu salah. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga pengikut beliau insaf & keluar dari ketaksuban serta berani mengatakan pemimpin mrk itu salah. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ibnur at 14-5-2010 16:44
jasa beliau terlalu banyak sehingga melahirkan satu budaya baru, seperti tudung ,serban, nasyid yang menjadi ikutan anak muda.
rabbani, hijjaz boleh dikatakan ambik semua senikata dari HJ Ashaari..
alfatihah
hilang satu permata
[sorry - iklan dilarang. Sila iklan di board commercial. .... macam tak ada benda lain jer nak iklan!!! = edited by ibnur] |
|
|
|
|
|
|
|
jasa beliau terlalu banyak sehingga melahirkan satu budaya baru, seperti tudung ,serban, nasyid yan ...
ahalimf Post at 14-5-2010 15:27
meaning org melayu kena buang pakaian tradisi mrk spt baju melayu & songkok? dan org jawa kena buang pakaian jawa mrk bila masuk islam? |
|
|
|
|
|
|
|
jasa beliau terlalu banyak sehingga melahirkan satu budaya baru, seperti tudung ,serban, nasyid yan ...
ahalimf Post at 14-5-2010 15:27
Ya, saya setuju... sememangnya beliau banyak berjasa menaikkan ekonomi orang Melayu Islam.
Al Fatihah untuk beliau, semoga di tempatkan dikalangan orang yang beriman. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa pulak ke situ pemikiran awak nih....
sellie003 Post at 14-5-2010 15:41
yg aku paham islam datang menyuruh kita tutup aurat, bukan datangnya islam utk ubah pakaian tradisi sesuatu kaum. aku suka tengok org tabligh pakistan dgn pakaian tradisi mrk sbgmn aku suka tengok org melayu dgn baju melayu mrk bila ke mesjid. |
|
|
|
|
|
|
|
alfatihah, masa sekolah dulu suka baca majalah mingguan, seronok cerita2 di dalamnya dengan ilustrasi yang cantik2 ...
isterinya ada berapa org semuanya? |
|
|
|
|
|
|
|
alfatihah ... takziah utk seluruh keluarga Allahyarham ... Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya ... moga alllahyarham ditempatkan bersama org2 yg beriman |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya cerita yang dibawa mengatakan bahawa dialah pemuda bani tamim @ imam mahdi yang ditunggu2 adalah karut semata2... akan ada berbagai2 dalih dan helah selepas ini... |
|
|
|
|
|
|
| |
|