CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2849|Reply: 7

Faizal Menongkah Arus [Harian Metro 15.5.2010]

[Copy link]
Post time 15-5-2010 02:34 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by santubung at 15-5-2010 14:37

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

"INILAH hadiah istimewa buat mereka yang tidak putus-putus memberi sokongan dan dorongan terhadap kerjaya seni saya selama ini. Penghargaan ini harus diberikan agar berterusan - dulu, kini dan selamanya," kata penyanyi Faizal Tahir sebaik saja melancarkan album barunya, Adrenalin.

Penyanyi yang popular dengan lagu Bencinta itu mengakui kehadiran Adrenalin sungguh bermakna selepas penantian selama dua tahun dan 11 Mei lalu dengan rasminya dilancarkan. Lokasi pelancarannya ialah Hotel Hard Rock, Pulau Pinang (HRHP).

Album yang mempunyai 10 lagu karya Faizal dengan sentuhan istimewa Audi Mok sememangnya cukup istimewa kerana mempunyai kelainan dan keistimewaan tersendiri berbanding album sulung Aku.Muzik.Kamu yang dilancarkan pada 2007.

Penyanyi berbintang Scorpio ini sememangnya amat berani seperti kala jengking yang mengganas bukan saja kemantapan setiap kali persembahan, tetapi kemunculan album terbaru hingga mencatat jualan 5,500 unit pada tiga hari pertama jualan.

Bermula dengan Bencinta sebagai single diikuti lagu yang sering menjadi siulan ramai sekarang, Selamat Malam memperlihatkan gabungan Faizal Tahir dan Audi Mok yang dibuktikan melalui kejayaan Bencinta menang tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-24.

Bagi Faizal, Adrenalin memang istimewa kerana mendapat kerjasama yang baik dari Audi Mok dan Pengarah Urusan Monkey Bone, Ahmad Izham Omar.

"Keserasian yang ada memperlihatkan sentuhan Audi Mok berbeza biarpun dinafikan Audi yang mengatakan inspirasi album ini datang daripada saya sendiri. Tapi yang pasti, kami berdua sering berbincang antara satu sama lain dan ironinya kami selesa bekerjasama," katanya.

Penyanyi yang menerima jolokan 'Superman Malaysia' ini turut membawa isteri dan anak bercuti tiga hari dua malam sambil menjadi saksi majlis pelancaran album dan showcase istimewa Faizal.

Kegembiraan dan keterujaan Faizal atau nama sebenar, Ahmad Faizal Mohd Tahir jelas terpancar bukan saja dengan kelahiran album penuhnya itu, tetapi melihat sokongan dan kerjasama diberikan HRHP cukup baik sekali.  Bagaimanapun, Faizal menafikan dia dilayan sebagai rockstar. Katanya, dia tidak mudah melatah dan mengatakan dia adalah insan biasa seperti orang lain kerana tiada sebarang gelaran ataupun pangkat diterima, hanya orang yang menganggap dirinya begitu.

"Saya adalah saya seperti semua kenal dulu dan saya hanya memperjuangkan muzik dan bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Kalau diibaratkan sebagai bas, pasti pemandunya diri saya sendiri untuk membawa haluan kerjaya seni.

"Janganlah menganggap saya begitu kerana Faizal Tahir kini semakin matang dan bukannya sama seperti dulu kerana perubahan perlu dilakukan, bukannya sebagai artis 'minus one'. Saya kini semakin teruja dan berani untuk membuat persembahan secara 'live' bersama band sendiri.

"Saya inginkan yang terbaik dan amat mencintai muzik yang dibawa kerana lebih enjoy dan puas. Rasa lebih selesa bawa band sendiri berbanding menyanyi secara minus one. Namun pastinya akan ada isu soal bayaran, namun bagi saya ia bukan masalah kerana penganjur perlu menyediakan peralatan itu.

"Apa yang diharapkan, usahlah ada pihak yang cuba mengambil kesempatan sebab itulah perancangan yang lebih teliti bersama pihak pengurusan dilakukan. Apa yang lebih penting, pelancaran album Adrenalin berjaya diadakan dan dapat diterima semua," katanya.

Kata Faizal, Adrenalin istimewa dan lebih segar termasuk penghasilan kulit album dengan dua corak berbeza dan secara tidak langsung memberi pilihan kepada peminat untuk menjadikan album ini sebagai koleksi peribadi masing-masing, seterusnya masuk dalam senarai keluarga Faizal Tahir.

"Adrenalin adalah diri saya sendiri yang kini memperlihatkan kematangan dan langkah berani saya bersama insan yang amat penting dalam kerjaya seni terutamanya Audi Mok dalam penghasilan lagu yang lebih segar dan berbeza daripada muzik yang sedia ada di dalam industri.

"Matlamat saya untuk mencari kelainan dan enggan menyibuk masalah lain. Sebagai tanda terima kasih, saya membawa bersama rakan media dan keluarga kerana mahukan majlis ini berlangsung dalam suasana santai tanpa tekanan.

"Inilah masanya untuk membalas segala jasa dan meraikan bersama-sama mereka. Tidak lupa, showcase yang akan diadakan tidak lama lagi dan untuk pengetahuan semua peminat, selepas Hotel Hard Rock Pulau Pinang, jelajah seterusnya di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 30 Mei ini," katanya.

Faizal berkata, pihaknya sudah merangka lima lokasi jelajah bermula Jun depan termasuk Kota Kinabalu, Kuching, Johor, Pulau Pinang dan Kuantan dan tarikhnya akan diberitahu kelak.

Sementara itu dalam showcase pertama di Hard Rock Cafe Pulau Pinang, lebih 700 peminat sanggup bersesak seawal jam 5 petang untuk mendapatkan pas istimewa Adrenalin.

Biarpun terpaksa membayar RM50 dan menanti sehingga jam 10 malam, kepuasan jelas terpancar di wajah mereka dalam persembahan selama satu setengah jam itu. Sorakan dan tepukan gemuruh terus berkumandang dari awal hingga akhir persembahan.

Bermula persembahan di platform setinggi 10 meter dengan lagu Berlari, Superhero diikuti Bencinta dan medley Sampai Syurga, Coba, Mahakarya Cinta dan Selamat Malam sebelum memanaskan pentas dengan lagu November Rain dari Gun & Roses, Batu dan Golek, Ladadidam, Hanyut, Semesta, Adrenalin dan penutup dengan lagu Gemuruh.

Link: http://www.hmetro.com.my/articles/Faizalmenongkaharus/Article/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2010 02:38 PM | Show all posts
sorry ... gambar tak der dlm mymetro online
ada kat dalam paper HM
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 05:19 PM | Show all posts
adake lagu FT tajuk Berlari? bukan lagu tomok ke?

nyway good review
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 05:21 PM | Show all posts
'berlari laju, kuterbang tinggi...menuju...ke bintang itu' adala
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 11:22 PM | Show all posts
'berlari laju, kuterbang tinggi...menuju...ke bintang itu' adala
washere2 Post at 15-5-2010 17:21



    main hentam keromo je reporter ni..
ape2 pun, dimaafkan sbb bg komen positif..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 11:46 PM | Show all posts
Reply 4# washere2


   suka suki ja dia tkar tjuk kn?haha.. adrenalin da sedap jd brlari plak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2010 05:24 PM | Show all posts
hahaha. aneh aneh. tak kan confuse tomok dengan FT kott??
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 09:12 PM | Show all posts
waaaaa... FT.. teringin nk g tgk show dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.058296 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list