Salam....Buat pengetahuan saudari, xda hadith yg sahih melarang wanita uzur memasuki masjid,
klu ade pun hadith yg lemah atau palsu....riwayat dari Ummul Mukminin Aisyah ra yang telah menyebut bahawa baginda nabi salallahualaihiwasalam pernah bersabda mengenai apa yang boleh dibuat oleh wanita yang datang haid dengan sabdanya kepada Aisyah ra :
افعلى ما يفعل الحاج غير أن لا تطوفى بالبيت حتى تطهرى “Dan lakukanlah apa yang dibuat oleh orang lain dalam haji kecuali bertawaf di baitullah sehingga dirimu telah suci” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 1650). Bahkan para ulama’ dalam meneliti hujah-hujah mengenai keadaan wanita haid turut menyebut bahawa tidak ada larangan bagi wanita untuk memasuki masjid dan berada di dalamnya jika bekeperluan (seperti mendengar ceramah, kuliah dll). Adapun dalil yang mengatakan dilarang wanita haid dari memasuki masjid ialah lemah dan hadithnya pun dhaif(lemah) seperti hadith dari riwayat Jasrah binti Dajajah dari Aisyah ra yang diriwayatkan pernah mengatakan bahawa baginda diriwayatkan pernah bersabda اني لا أحل المسجد الحائض ولا جنب “ Aku tidak menghalalkan masjid bagi wanita yang haid dan orang yang berjunub” (Hadith Dhaif, riwayat Abu Daud no. 233 dan Baihaqi no. 332 Jilid 2).
jadi saudari fikirla mane yg lebih dekat dgn iman...samada saudari nk guna pendapat ulama atau pendapat org2 yg mngeluarkan hujah tanpa dalil dan ilmu... dan satu lagi masjid bukanlah tempat utk akad nikah....semoga Allah memudahkan urusan saudari.... |