CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5634|Reply: 44

Detik Terindah Buat Faizal - Utusan Malaysia [18.5.2010] - Dah Scan Pics

[Copy link]
Post time 18-5-2010 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by santubung at 20-5-2010 08:58

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]

Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM

Gaya Faizal Tahir yang melalui karpet merah pada hari pertama ketibaannya di Hotel Hard Rock, Pulau Pinang, baru-baru ini.


ALAM zaman kesuraman industri hiburan tanah air hari ini, rasanya ramai pihak tidak berani menanggung risiko tinggi mengadakan majlis pelancaran album secara besar-besaran. Apatah lagi, ketika ini ramai artis dan syarikat rakaman lebih selesa untuk menerbitkan single serta album kompilasi berbanding album baru yang belum tentu mencatatkan penjualan yang membanggakan.

Jika hendak dibandingkan dengan sedekad yang lalu, ketika itu senario industri hiburan memang meriah dengan penganjuran majlis pelancaran album yang berbeza-beza tema dan konsepnya.

Lalu, apabila sekumpulan pihak media di bawa ke Pulau Pinang dan menginap di Hotel Hard Rock yang menjadi sebutan lewat ini bagi menghadiri majlis pelancaran album Adrenalin milik Faizal Tahir, ia memberi satu perasaan yang berbeza. Sudah terlalu lama pelancaran album untuk seseorang artis tidak diadakan di luar Kuala Lumpur. Teringat cerita teman-teman wartawan senior yang pernah melalui pengalaman serupa pada ketika industri muzik mengecapi zaman kegemilangannya satu ketika dulu.

Dengan penginapan ditaja sepenuhnya oleh Hotel Hard Rock sepanjang tempoh tiga hari bermula 10 Mei lalu, majlis pelancaran album Adrenalin telah meninggalkan kenangan tersendiri.

Kata Faizal, "memang sudah lama dia mengidamkan majlis pelancaran album yang berbeza selain mahu membawa pihak media bercuti bersama-samanya". Malah jelasnya, tempoh tiga hari itu juga adalah masa yang terbaik untuknya memberi kembali kepada mereka yang banyak berjasa dalam membantu kerjaya seninya dari dulu hingga kini.

"Selain itu, saya memilih untuk mengadakan pelancaran album di sini kerana saya mahu mengajak sekali teman media saya bekerja sambil bercuti. Jadi, tidak adalah rasa tertekan sangat apabila bekerja," katanya yang masih lagi mampu mengukir senyuman biarpun penat menjalani latihan untuk persembahannya.

Walaupun atas nama tugas, Faizal mengambil peluang itu untuk bercuti bersama-sama isterinya, Siti Raihanim Noran dan tiga orang anak mereka, Ahmad Mikaeel Zidane, 5; Siti Raudhah Nur Iman, 3, dan Ahmad Rifa'ie Zidane, setahun.

Tidak mahu bercerita panjang lebar lagi, Hits mahu pembaca menatap rakaman gambar-gambar menarik sepanjang tiga hari berada di Pulau Pinang bagi menceritakan sendiri detik yang terakam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2010 09:36 AM | Show all posts
banyak lagi gambar cover & gambar2 FT dalam Utusan Malaysia ... lbh banyak dr Berita Harian

aku suka cover HITS .... klasik gitu!!!! ada masa aku tolong scan or korang beli paper Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 11:32 AM | Show all posts
ada gak article utusan... at last....
waiting for kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 12:46 PM | Show all posts
dorg ckp kuar muke aku
tul ke?
huhuhu
sape2 tlg r scan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 01:27 PM | Show all posts
dorg ckp kuar muke aku
tul ke?
huhuhu
sape2 tlg r scan
ahhcomey Post at 18-5-2010 12:46


ada muka ko ... dengan RC's
korang tgh wat tabik spring
ko beli la paper tu ................... ada 4 pages semuanya
mmg berbaloi la beli Utusan hari ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 01:29 PM | Show all posts
ada gak article utusan... at last....
waiting for kosmo
sicomel Post at 18-5-2010 11:32



utusan malaysia buat review lebih banyak dr HMetro & Utusan
siap ada muka RC's & FT tengah tebar doh fiza
banyak giller gambar!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2010 01:54 PM | Show all posts
adeh mane nak cr ni
kedai sume tutup area ni
dah suh kwn aku tlg beli tp die meeting arini
aduhhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 03:12 PM | Show all posts
class, hebat, gambar dan cerita, syabas Utusan!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2010 03:44 PM | Show all posts
nk pi beli utusan la sat lagi! sblm ni tertnya2 aku nape la utusan x kluar2 lg article psl launching n showcase tu. rupa2nya maybe sbb nk compile the best story n pics. x sia2 peram seminggu, skali kluar, amik ko!! class!!! syabas insp shahab!! ehh, insp shazryn!! heh!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 05:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by ahhcomey at 18-5-2010 17:10

dah beli dah Utusan
korg jgn tertipu
gmbr red carpet 2 sume lakonan je
2 sume staff hrc
n RC pun ade gak la kat c2 tp dorg yg staff lg over berlakon
siap pengsan2 n merangkak2 lg
hahahahaha seyes gelak sampai nanges
cam Faizal 2 Johnny Depp je
hehehehe kelakar giler dorg
sume RC pun dpt jalan red carpet 2 gak
Diva gitu
mmg best lah HR Penang
everybody is a rockstar!!!!!!!


yg gmbr Rc bagi hadiah 2 ktorg kasi cupcakes
pastu si Jeff PA die 2 leh kasi terbalik
mengamuk kitorang kat c2
penat jage dr KL
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 06:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by santubung at 18-5-2010 18:09

Reply 10# ahhcomey


dah beli tu tepekla sekali
aku tak larat nak pi scan
bussy ngan project junki hari ini
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 06:05 PM | Show all posts
Reply 11# santubung

ku mane de scanner r weh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 06:10 PM | Show all posts
Reply  santubung

ku mane de scanner r weh
ahhcomey Post at 18-5-2010 18:05


aku scan la esok or lusa
sekali ngan KOSMO
himpun sekali senang!!!!!


(Media Hiburan ada gambat FT ..... ensem siut kat red carpert AIM)
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 06:21 PM | Show all posts
ku majalah jrg sgt beli
sile2 scan ye
eh g x HRC KL?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 06:28 PM | Show all posts
ku majalah jrg sgt beli
sile2 scan ye
eh g x HRC KL?
ahhcomey Post at 18-5-2010 18:21


pergi ... tumpang FT
senang sikit dr Palm Spring Kota Damansara ke Sunway Langgon ke HRC KL ke Palm Spring Kota Damansara   
sekali jalan .... aku jadi assistant driver








boleh gitew!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 06:59 PM | Show all posts
Reply 10# ahhcomey

tak kisah la berlakon ke apa, tapi demi menyambut FT la, HRC dan staff dia took all the trouble to prepare semua tu dan dapatla korang turut merasa bahang sambutan tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2010 07:07 PM | Show all posts
Reply 16# washere2


staff dorg mmg bes sgt2
mase balik ktorg kasi cupcakes dorg terharu sgt
hantar ktorg sampai keta mcm ktorg artis
mmg best lah!!!!!!!
definitely akan g ke sane lg utk bercuti
mahal sket xpe janji layanan mmg 1st class
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 09:26 PM | Show all posts
Reply  washere2


staff dorg mmg bes sgt2
mase balik ktorg kasi cupcakes dorg terharu sgt
hant ...
ahhcomey Post at 18-5-2010 19:07


ka nk p blik sbb da staff cute ?ngehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 09:27 PM | Show all posts
Reply 10# ahhcomey

'lakonan semula' kot?? kan FT n the whole team dh smpi HRH awal lg (ahad). mmg dh disambut dgn red carpet awal2 lg oleh pihak hotel la kot. press dtg esknya. press nk ambik gamba so kena la berlakon ala2 live red carpet gitu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 10:25 PM | Show all posts




klasik cover
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.093939 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list