CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3423|Reply: 11

Faizal Tahir Live di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur - budiey.com

[Copy link]
Post time 18-5-2010 04:34 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sicomel at 18-5-2010 16:46

Faizal Tahir Bakal Gegarkan Showcase "Adrenalin" di Hard Rock Kuala Lumpur

Setelah berjaya melancarkan album Adrenalin di Hard Rock Pulau Pinang minggu lalu, Faizal Tahir kini kembali dengan membawa semangat adrenalin rock yang sama. Kini, kepada peminat yang tak sempat menyaksikan secara live semasa pelancaran album itu di Kuala Lumpur!

Saksikanlah Faizal Tahir di mana beliau akan membuat persembahan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 30hb Mei 2010 di bawah naungan program muzik istimewa bertajuk "Ambassadors of Rock".



Ia adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi arena muzik rock dan Faizal Tahir adalah artis yg paling layak untuk membuat persembahan ini. (spreading the universal language of Rock)

Persembahan ini juga meraikan album terbaru beliau, "Adrenalin". Faizal Tahir telah melancarkan album terbarunya di Hard Rock Cafe Penang dan juga Hard Rock Hotel Penang dan kini tibalah masanya untuk beliau membuat persembahan terhebat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Faizal Tahir adalah artis yang pertama yang diberi kehormatan membuat persembahan di kedua-dua Hard Rock Cafe di Malaysia dalam bulan yang sama.

Baru-baru ini, beliau telah memenangi kejayaan besar di dalam AIM17 (Anugerah Industri Muzik), di mana beliau telah memenangi "Album Rock Terbaik" dan "Album Terbaik".

"Kami benar-benar rasa berbesar hati kerana Faizal Tahir adalah salah seorang ikon rock yang akan mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk persembahan istimewa "Ambassadors of Rock" ini", kata wakil Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.
"Kita telah menggegarkan Hard Rock Penang dan kini tibanya masanya untuk mengegarkan Hard Rock Kuala Lumpur!" kata Faizal. "Saya berjanji untuk peminat di Kuala Lumpur, satu persembahan terbaik and bertenaga dari saya, dan berharap peminat akan berada bersama menyokong saya pada malam itu!" kata Faizal Tahir lagi.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan aksi hebat Faizal Tahir di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 30hb Mei 2010. Persembahan akan bermula pada pukul 11.00 malam. Bayaran Masuk showcase istimewa ini adalah sebanyak RM50.00 termasuk 1 minuman ringan secara percuma.

Tentunya tidak sabar untuk menunggu "Showcase Adrenalin".

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur bertempat di Wisma Concorde. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian 03-2715 5555.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2010 05:09 PM | Show all posts
seyes x sabar
gimik apakah lagi die akan wat kali ini??????
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 06:07 PM | Show all posts
saper2 dok area KL & Selangor datanglah!!!
kita sama2 gegarkan HRC ... khabarnya banyak kejutan bakal diadakan nanti
RUGI GILLER saper yg terlepas kat penang tapi tak datang kat KL
press semua dah standby nak wat review baik & kawww2!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 08:18 PM | Show all posts
minggu depan nak call hotfm
mta2 dpt vip pass lg!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 12:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by santubung at 20-5-2010 18:54

~ TICKET FAIZAL TAHIR DI HARCDROCK CAFE, KL  - 500 TIX PRE-SALE DAH "SOLD OUT/CLOSED" ~

bagi yg masih tak dapat ticket ... leh datang kat Hardrock Cafe KL pada 9 PM, 30 Mei 2010
dorang akan try bagi mereka yg tak dapat tix lagi pada hari showcase
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 05:23 PM | Show all posts
sedeynya...tak dpt pi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2010 01:12 AM | Show all posts
saper2 dok area KL & Selangor datanglah!!!
kita sama2 gegarkan HRC ... khabarnya banyak kejutan bak ...
santubung Post at 18-5-2010 18:07



katanya gah 1 pun 30 mei...

so clash la ek?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 07:23 PM | Show all posts
Faizal Tahir beli gitar RM8k untuk konsert di Hard Rock Cafe.

Siapa kata jadi artis tak menjamin masa depan dan tak boleh hidup senang-lenang?? angkat tangan. Auntie-auntie dan uncle-uncle yang duk bertenggek baca gosip, kalau you all nak tahu, jadi artis lah kerja paling cepat nak buat duit. Tak cayer tanya Mawi or mana-mana artis popular yang ada kat Malaysia. Tanya berapa jumlah pendapatan terkumpul mereka dalam sebulan. Berjuta-juta lemon beb. Sebab tue lah  MM pun dah siap pasang angan-angan nak jadi artis. Saja nak tahu bagaimana rasanya hidup diulit kemewahan.

Allright lupakan pasal angan-angan MM tue tadi, MM sebenarnya nak kongsi gosip mengenai penyanyi yang diberi nama jolokan “Superman Malaysia” dengan you all. Oh, takkan tak kenal kot, siapa lagi kalau bukan Faizal Tahir. Menurut kawan kepada kawan rapat MM, Faizal Tahir baru-baru ini telah membeli sebuah gitar berjenama ESP buatan Jepun untuk showcasenya yang bakal diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 30 Mei 2010 ini. Memang cun~. Se’cun’ harganya yang mencecah RM8k!. Tudia… tudia… tudia.. kalau beli beras, boleh dapat 3 tan you all. Tapi tak hairanlah, sebab artis kita nie kan berpoket lebat. Dey all bukannya pandang sangat harga barang yang tak mencecah 10k. Yang penting dey all puas hati. By the way sama-samalah kita nantikan kemunculan Faizal Tahir bersama dengan gitar barunya di dalam showcase tersebut.

MM: Fikir 3 kali sebelum membeli mekap yang harganya mencecah ratusan ringgit.

credit : http://www.mamamurai.com/gosip/2 ... -di-hard-rock-cafe/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2010 07:26 PM | Show all posts
Monday, May 31, 2010
|| FAIZAL TAHIR || ADRENALIN Showcase @ Hard Rock Cafe KL
Dia cakap " I have the BEST fans in the world "..Yup memang terbaek support dari fan Faizal Tahir. Semalam pon dah membuktikan kenyataan tu. Bukan takat support terbaek, performance dan komitmen yang diberi Faizal Tahir gak tip top. No wonder dia nyer fan pon leh bagi yang terbaik. U ROCK Faizal!!!
Ahad, 30Mei2010 jam 10.30pm, sound check dah start. Tempikan & sorakan fan pon start gak. Fuh, dengan ruang sekecil HRC KL, ditambah lak ngan fan lebih dari 500orang, leh bayang x camner padatnya.

Ni yang aku respek, tepat 11pm, ya sangat tepat, FT dah start gegarkan HRC KL ngan lagu 1st, ADRENALIN. Dah namanya Adrenalin Showcase, haruslah kan ni lagu pertama. Then baru masuk Superheroes & Bencinta & seterusnya. (penat la kalo nak ckp satu2 kt sini, pasal semalam x pergi?..hikhik) ...

Fenomena yg sangat ketara semalam adalah bila lagu-lagu lama cam Cuba, Sampai Syurga, Selamat Malam dan dua tiga buah lagu lagi, high pitching fan2 dok nyanyi. Tapi masuk je lagu-lagu baru cam Superheroes, Semesta, Hanyut, lebih separuh dari fans yang dok diam, dengar jer FT sing the songs. Bukan sebab terpaku ye, tapi sebab tak hafal lirik lagi!..hahaha..kompom pasni ramai fans yang balik download lagu-lagu tu sumer.  Download 4shared je ke?..naper tak beli yang original?..huh...persoalan yang belum terungkai....

Owh ya, hampir 3jam aku berdiri, jadi aku sangat penat. So untuk kali ni, aku kasi 2keping gambar ni je la luh ek. Nanti2 aku upload gambar2 kemeriahan ADRENALIN Showcase ni. Best dan sangat layan. Aku ada nampak Klubbkidd tapi takde lak ternampak Darkbatman. Dah ramai sangat orangnyer kan...

Pape pon, Faizal Tahir memang terbaik!!!..Thanx for the best performance..-SEMESTA-

credit : http://jmrblackfinger.blogspot.c ... -showcase-hard.html
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 08:55 PM | Show all posts
Teropong: Noh Hujan tak mahu minta maaf!
Bipop


2010/06/06
SEBELUM Zubir mula mengomel mengenai perangai kebanyakan artis dan selebriti kita yang semakin menjengkelkan, Zubir ingin bercerita sedikit mengenai Konsert Melodi Cinta Rossa yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam minggu lalu.

Memang superb dan terhibur habis pada malam itu, rasanya inilah konsert solo artis Indonesia paling berjaya setakat ini! Tahniah Zubir ucapkan kepada penganjurnya, limaduabelas musik dan Marctensia, layanan yang diberikan kepada wakil media massa juga amat memuaskan hati!
Memang meremang bulu roma mendengar muzik persembahan Yovie Widyanto Orchestra & Jay Subyakto yang terdiri daripada hampir 50 pemuzik profesional. Ditambah dengan kehadiran Koir Permata Seni dan Permata Seni Muzik Tunas Budaya, melengkapkan penguasaan vokal Rossa di pentas, sekali gus menjadikan persembahannya begitu unik dan tidak puas menonton konsert yang berlangsung selama dua jam itu! Zubir terfikir, jika artis luar seperti Rossa boleh membuat persembahan hebat seperti itu, kenapa tidak artis Malaysia? Kita juga mempunyai ramai penyanyi yang berbakat besar cuma tidak diberi peluang. Sebaik selesai menonton showcase Faizal Tahir di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur sehari kemudian yang dihadiri 700 peminat di satu tempat sempit, apa kata kita usahakan supaya Faizal, Anuar Zain dan Datuk Siti Nurhaliza, bergabung buat konsert gergasi di Stadium Putra! Jadi, kepada pihak berkenaan, renung-renungkanlah saranan ini.
Oh ya, sebenarnya minggu ini Zubir ingin menyambung cerita lagi mengenai isu autograf ‘Awak Busuk’ daripada Noh Hujan kepada peminatnya yang juga seorang pelajar wanita universiti tempatan.

Menerusi B*Pop siaran 23 Mei lalu, seorang pelajar universiti, Zee mendakwa menjadi mangsa kebiadapan Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 25, pada hari kejadian 29 April lalu menerusi sebuah majlis anjuran Fakulti Seni Reka dan Bentuk kursus Diploma Teknologi Fotografi di universitinya.

“Noh bersikap biadap melayan kerenah pelajar yang ingin mendapatkan tanda tangannya. Namun, autograf yang kami peroleh daripada Noh hanya tertera perkataan yang ditulisnya `Awak Busuk'! Sepatutnya Noh menulis namanya atau menurunkan tanda tangan jika peminat meminta autograf, bukan tulis `Awak Busuk'! Mungkin ini adalah autograf terbaik daripadanya! Saya harap artis lain tidak mencontohi sikap Noh Hujan.
“Justeru, saya Zee mewakili pelajar wanita dari universiti berkenaan, berharap Noh Hujan meminta maaf secara terbuka kepada pihak kami atas apa yang diucap dan dilakukannya terhadap warga kampus. Mungkin ini adalah kali pertama dan terakhir kami menjemput Noh ke universiti ini," kata Zee dalam temu bual bersama B*Pop dan kru Melodi TV3.

Ekoran itu, Zubir meminta bantuan Alibi Music mengatur pertemuan bersama Noh untuk menjawab tuduhan berkenaan, sekali gus mendengar permohonan maaf daripadanya, tapi pengurusan Noh memberi alasan, vokalis berkenaan terlalu sibuk sehingga akhir Jun ini. Pun begitu, Noh ada memberi kenyataan kepada lama web hiburan, gua.com.my berhubung isu ‘Awak Busuk’.

“Saya tak layan isu ini. Saya memang bergurau dengan orang macam itu. Saya pernah tulis lagi teruk dari itu. Kalau tak suka, cakap. Saya boleh tulis yang lain,” ujar Noh ketika ditemui di sesi rakaman Muzik-Muzik baru-baru ini.

“Saya boleh minta maaf, tapi itupun sebelum dia keluar dekat TV. Perkara ini boleh dibawa berbincang. Dah buat komen macam itu, tak kan saya nak minta maaf. Jika mereka datang jumpa saya, saya akan minta maaf, tapi mereka tak datang sendiri jumpa saya ,” tegasnya yang nekad tidak akan meminta maaf kepada pelajar terbabit.

“Saya bukan ahli politik yang nak memenangi hati orang, saya hanya ahli muzik yang nak main muzik. Ada media yang dah keluarkan cerita ini dan hentam saya tanpa tanya saya terlebih dulu. Itu yang saya malas nak bagi komen,” katanya kepada gua.com.my, baru-baru ini.

Bagi Zubir, kenyataan Noh bukannya boleh menyelesaikan masalah, sebaliknya membuatkan orang luar lagi membenci artis kita. Apalah salahnya Noh mengalah dan meminta maaf kepada peminatnya yang juga pelajar kampus itu. Entahlah, Zubir malaslah nak komen panjang lebar, masing-masing dah boleh berfikir, sendiri mau ingatlah!

ZUBIR: Pasangan aktor dan aktres yang sedang asyik bercinta, tapi apabila bergambar romantik, tak sedar di tengkuk teman lelakinya terlukis tatu!



fokus kat yg berkenaan saja
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 04:23 PM | Show all posts
Reply 10# washere2


ak tamak..nk konsert FT sorg ja bleyh?

neway, zubir ni da glongkan FT starap ngan CT la kranya?? nice..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 07:39 PM | Show all posts
FT, CT, & Az adalah yang terbaik di Malaysia

FT = ku suka vokal & showmanship
CT = ku suka vokal & wajahnya
AZ = ku suka personalitinya

ketiga2nya adalah antara artis yang paling kerap aku jumpa in person~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.145524 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list