CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9329|Reply: 49

Cara cepat kaya dalam bisnes tetapi haram

[Copy link]
Post time 21-5-2010 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by BulanTerbelah at 21-5-2010 15:36

Ramai usahawan islam mahu cepat kaya...Halal haram tolak tepi,yg penting kaya!

1.Tauke dobi :

Campurkan semua pakaian pelanggan dalam satu mesin...

2.Tauke import ..

Tipu jumlah kuantiti barang untuk elakkan cukai tinggi.
Contoh,kuantiti 5000,tulis borang kastam 3000 sahaja.

3.Tauke roti canai.

Telor tak payah basuh,pegang telor,pecahkan dan buat roti...

4.Tauke tudung...

Ini tudung korea,harga RM80.00

(Hakikatnya tudung Pakistan,modal RM5......)



5.Tauke car wash..

Cuci enjin sampai rosak enjin...
Call pomen kawan baik...dapat komisen!


6.Jual pakaian tiruan.
Jual seluar Levis,Adidas dll...



7.Tauke bangunan.
sewakan buat kelab judi,dangdut...


8.Tauke motor...

Motor nih rosak enjin...(pada hal rosak plug sahaja)


9.Tauke daging.
Jual lembu mati kena langgar...

10.Tauke madu.
Campurkan gula dan gula melaka banyak2..Tulis di botol,Madu Asli Cap Ayam Serama...

Ingatlah usahawan...Hidup hanya sementara.....

sumber :



1.50 Kesilapan Usahawan
        Pengarang : Roselan Tahar
          Tahun terbit : 2008            
            Harga : RM10.00
            Jumlah Halaman: 74 m/s
            Ringkasan kandungan :
Mendedahkan 50 kesilapan yang selalu dilakukan oleh usahawan dalammenjalani aktiviti perniagaan. Secara tidak langsung buku ini meminpinbakal usahawan supaya menjauhi 50 kesilapan ini untuk berjaya dalamperniagaan mereka. Format buku yang ringkas dan padat tidak membosankanpembaca di samping adanya kata-kata hikmah atau perangsang di setiaphalaman.

2.Zaharuddin.net.


3.islamonline.com.


4.Fatawa.


5.Albany.net
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2010 03:23 PM | Show all posts
267. Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.Dan janganlah kamu memilih yang
buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya.Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

surah Al-Baqarah
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 03:37 PM | Show all posts
buat apa nak tipu...nanti kena panah petir baru tau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 03:39 PM | Show all posts
Reply 3# permisi


    dahsyaaaat...........................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 03:51 PM | Show all posts
Peniaga ditahan, pakaian jenama tiruan bernilai RM10,345 disita

MUAR: Sikap degil seorang peniaga yang beberapa kali ditegur supaya menghentikan penjualan pakaian jenama tiruan memakan diri apabila pelbagai barangan bernilai lebih RM10,345 dirampas dalam serbuan di sebuah premis di daerah ini, petang kelmarin.
MUAR: Sikap degil seorang peniaga yang beberapa kali ditegur supaya menghentikan penjualan pakaian jenama tiruan memakan diri apabila pelbagai barangan bernilai lebih RM10,345 dirampas dalam serbuan di sebuah premis di daerah ini, petang kelmarin.


Lelaki berusia 36 tahun itu sudah beberapa kali ditegur dan diberi amaran pada tahun lalu dan awal tahun ini, akhirnya ditahan manakala pelbagai barangan disita dalam operasi kira-kira jam 2 petang.


Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Muar, Mohd Basha Abidin Ali, berkata operasi itu yang diketuai Pegawai Penguat Kuasa PPDNKK, Haidzir Hairudin diiringi lima pegawai.


Katanya, barangan yang dirampas mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 iaitu 171 seluar dan baju pelbagai berjenama tiruan, beg pinggang (63), kasut (34), beg sandang (34) dan topi (26).


Menurutnya, jika sabit kesalahan mengikut akta itu boleh dikenakan denda RM100,000 atau tiga tahun penjara bagi perseorangan dan denda RM250,000 bagi syarikat.


“Peniaga itu sudah beberapa kali diberikan ingatan dan amaran supaya menghentikan penjualan barangan tiruan, namun janji akan berbuat demikian hanya tinggal janji kosong menyebabkan tindakan tegas diambil terhadapnya,” katanya.


Menurutnya, pelbagai jenama yang ditiru seperti Adidas, Levi’s dan Nike dijual pada harga 50 peratus lebih rendah berbanding barangan tulen.


Katanya, masalah itu tidak mampu diselesaikan selagi masyarakat terus membeli barangan tiruan yang berkualiti rendah dijual pada harga murah.

Beliau berkata, perbuatan membeli barangan tiruan bukan hanya merugikan pemilik asal cap dagang, malah kerajaan kehilangan hasil cukai.

Metro
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 03:53 PM | Show all posts
KPDN&HEP Rampas 1,920 Helai Pakaian Berjenama Tiruan

Sekumpulan pegawai yang diketuai oleh Ketua Unit Harta Intelek KPDN&HEP Negeri Nor Ashikin Abdul Hamid (kiri) memeriksa pakaian pelbagai jenama tiruan dalam satu operasi. Foto: K.Ganeson
PULAU PINANG, 5 Okt (Bernama) -- Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) Pulau Pinang merampas 1,920 helai pakaian pelbagai jenama tiruan bernilai RM57,000 dalam satu serbuan di sebuah premis di Lebuh Campbell di sini petang semalam.

Ketua Penguatkuasa Negeri M. Guna Selan berkata dalam serbuan pukul 3 petang itu, kesemua pakaian menggunakan jenama terkemuka dengan 480 ialah seluar jeans berjenama Levi's manakala bakinya ialah baju T pelbagai jenama antaranya Adidas, Nike dan Body Glove.

Dalam serbuan oleh sekumpulan lapan pegawai yang diketuai oleh Ketua Unit Harta Intelek KPDN&HEP Negeri Nor Ashikin Abdul Hamid, dua pemborong masing-masing berumur 35 tahun dan 40 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan, katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Beliau berkata siasatan awal mendapati barangan itu dibawa masuk dari China dan Thailand sebelum dipasarkan di sekitar negeri ini untuk musim perayaan yang akan tiba.

"Kedua-dua suspek itu ditahan menurut Akta Perihal Dagangan 1972 yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.

Guna Selan berkata sepanjang tahun ini KPDN&HEP Pulau Pinang telah berjaya merampas pelbagai barangan tiruan yang berjenama terkenal bernilai RM7.1 juta.

"Antara barangan tiruan yang dirampas itu adalah pakaian, barangan kosmetik, aksesori telefon dan cermin mata. Sebanyak 54 kes telah diambil tindakan dan dikenakan kompaun sebanyak RM133,000," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-5-2010 03:54 PM | Show all posts



Wahai orang-orang yang beriman!

Janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang batil,
kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara redha dengan redha di antara kamu,
dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan menzalimi,
maka kami akan masukkan dia ke dalam api neraka,
dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah.

[al-Nisa’ 4:29-30]

Hukum barangan tiruan tidak terhad kepada contoh perisian di atas tetapi merangkumi pelbagai barangan berjenama yang lain seperti tayangan filem (VCD & DVD), alat ganti kereta, rakaman audio, jam tangan, barangan kulit, pakaian dan telefon bimbit.

brg tiruan itu adalah hak cipta terpelihara seperti buku, kaset, vcd dan lain-lain yang halal, maka Kesatuan Ulama Fiqh sedunia telah bersidang pada tahun 1988 dan keputusannya bernombor 43 (5/5) mengitiraf hak cipta, hak nama syarikat dan produk,

Ringkasnya ; Hak cipta terpelihara adalah diiktiraf dalam Islam maka haramlah menjual dan meniagakan barangan demikian apabila ia telah didaftarkan atau di hebahkan sebagai hak cipta terpelihara kecuali setelah mendapat izin tuan milik hak itu. Hak ini termasuklah, karangan kitab Islam atau yang lainnya.

sumber : ust zaharuddin abd rahman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 03:56 PM | Show all posts
Soalan yang telah ditanya kepada saya ialah :

Apa hukum menjual dan membeli barangan tiruan kepada jenama-jenamaan yang mempunyai hak cipta terutamanya pakaian, beg kasut dan lain-lain?

Jawapannya

Barangan tiruan adalah barang yang telah diciplak, ditiru dan di copy tanpa izin pencipta dengan jenama yang sama dan pengguna tidak dapat membezakan yang mana original dan yang mana tiruan. Sekarang ini barangan tiruan bersepah dan banyak di pasaraya, pasar malam, kedai borong dan sebagainya.

Barangan tiruan ialah barang yang dicuri reka dari pencipta yang sebenar tanpa izin dan hal ini sama dengan masalah mencuri. Islam melarang umatnya mencuri, kerana mencuri itu adalah haram. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Janganlah seorang dari kamu menjual atas barang jualan orang lain”

Fatwa dari Persatuan Ulamak Fiqh Sedunia dalam masalah ini ialah haram bagi sesiapa yang meniru barangan orang lain tanpa izin dari penciptanya. Barangan yang dimaksudkan di sini ialah barang yang menjadi hak cipta terpelihara.

Orang yang memprodukkan barangan tiruan seolahnya seperti mereka menipu pengguna dengan jenama yang diberikan. Contohnya baju kemeja yang diklon dari jenama yang terkenal tanpa izin dari penciptanya, kemudian produk tersebut dicopkan dengan jenama yang terkenal. Maka perkara ini merupakan penipuan yang nyata dan Islam sangat melarang umatnya menipu sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud :

“Barangsiapa menipu kami, maka bukanlah dari golongan kami”

Masalah curi dan menipu ini sangat jelas dalam Islam dan ia merupakan perkara yang haram dan mungkar. Setiap perkara yang haram itu jelas dan tiada ragu-ragu dan setiap perkara yang halal itu juga jelas dan tiada ragu-ragu. Cari sumber rezeki yang halal dan jauhkan diri dari terlibat dengan perkara yang haram. Kerana rezeki yang haram akan menjadi darah daging kita dan keluarga kita. Rezeki yang haram juga akan membuatkan hati menjadi hitam dan benak untuk melakukan perkara-perkara yang makruf. Hati orang yang makan rezeki yang haram menjadi keras dan susah untuk dibentuk dan ditarbiah.

Carilah rezeki yang halal dengan penat lelah diri sendiri, kerana rezeki yang halal ini walaupun sedikit tetapi ia memperolehi keberkatan dari Allah. Orang yang makan perkara yang halal dan baik, mudah untuk dirinya dan keluarganya untuk mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki yang diberikan kepada kita semua. Sesungguhnya Allah telah menentukan rezeki kepada setiap manusia. Kuat doa, usaha dan tawakal maka banyaklah rezeki yang diperolehi oleh kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.” (Al-Baqarah : 172)

“Oleh itu, makanlah (Wahai orang-orang Yang beriman) dari apa Yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda Yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.” (An-Nahl : 114)

http://ustaznoramin.blogspot.com ... -barang-tiruan.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2010 04:57 PM | Show all posts
Sape2 yg bkn bt bisnes mmg senang la ckp.Jgn tipu or bt keje2 haram dlm bisnes.Org2 yg terlibat jer yg tau.Bkn mudah ler nk elak smua tu.Tu psl ler dlm Al-Quran sebut 'Wahai org2 yg beriman...' bkn "Wahai manusia...!'Dugaannya sungguh HEBAT!dari segi tipu,pompuan,entertain,DUIT.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 08:50 AM | Show all posts
Tapikan kalau masa jual dia dah cakap seluar ni ciplak punya.............mcm mane ? daripada beli brg asli cap israel laknatullah.................
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 08:52 AM | Show all posts
Rokok seludup pun ramai yg jual...................yg jual adalah org islam, taukey besar org bukan islam, bila kena ambush penjual yg kena sbb x de bukti pembekalan...................................
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 11:19 AM | Show all posts
tu pasal kena ada taqwa...

harta yg bertimbun2 tu qarun yg punya

piramid lak firaun punya (bagi mlm yg guna pyramid)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2010 07:23 PM | Show all posts
Reply 12# mejik


    Ya Allah,semoga usahawan mendapat ketakwaan dan berjaya dunia akhirat.amin...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 12:25 PM | Show all posts
cemane nak taqwa dalam bisnes?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2010 01:00 PM | Show all posts
Reply 14# mejik


    Rajin2 baca :

www.zaharuddin.net/

http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:4KH-JaWNCAUJ:eprints.ums.ac.id/281/1/Artikel-4.doc+etika+bisnes+dalam+islam&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my

http://www.slideshare.net/zudin/etika-bisnis-dalam-islam


http://books.google.com/books?id=4HlRPgAACAAJ&dq=business+in+islam&ei=5LX4S_n9JZ2ekgThrZzvCQ&cd=10


1.Ma la yasa’ Attajir jahlahu- Dr.Abdullah Muslih / Dr SolahAsshowi-

2.Forbidden Business Transaction in Islam-Syaikh Dr. Shalih bin FauzanAl-Fauzan-

Maktabah Raudatul Muhibbin.

3.Ekonomi sistem dalam islam -Taqiuddinan Nabhani Hizb uttahrir

Al Khalifah Publications- 2004.

4.Islamic Business Ethics –Dr Rafik IsaBeekun-International Insitute of Islamic

Though – 1996.

5.Islamic Economics –Ahmed A.F EL Askher/Rodney Wilson –BRILL NV-2006

6.Ethics of Islam – Ali Emrullah /Muhammaed Hadimi- Darussefeka-2001.

7.Nizam iktisad fil islam – Dr Musfirbin ALi –Ebook

8.Muamalat Maliyyah Muasarah – Dr Khalidbin Ali –Ebook

9.Al mal wal Hukum Fil Islam- AbdulKadir audah- Maktabah Darul Katib Arabi-1951.

10.TafsirQuran Karim-Prof.Mahmud Yunus-Klang Book Centre-1982.

11.Al-Azkar-ImamNawawi-Darulkhair,Lubnan- 1990.

12.Al Halal wal Haram fil Islam –Dr Yusof Qardawi –Al MaktabAl Islami -1985

13.Mukaddimah Ibnu Khaldun –DBP-1995

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2010 08:48 PM | Show all posts
Reply 9# jzzz


    Tulisan anda menunjukkan anda mengaku melakukannya...??

Benarkah????atau sekadar pengalaman org lain???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2010 02:26 PM | Show all posts
jzzz

mana insan nie???post terus hilang....

kenyataan anda amat konfius....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 02:33 PM | Show all posts
Reply 16# BulanTerbelahAku bercakap atas pengalaman aku berpartnerkan manusia yg sebegitu!
Alhamdulillah....bkn itu yg aku cari & aku masih kekal sedangkan dia dah berambus!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2010 02:38 PM | Show all posts
Reply 18# jzzz


    ALhmdulillah!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 02:47 PM | Show all posts
Reply 1# BulanTerbelah

tu kira hal yg agakbesar
lam hal kecik2 pun kdg peniaganih nk menipu je kejenye
cth buah yg elok tu dipotong soh rasa
yg dijual tu bkn yg tu....menipu ler tu
    susah nk cari yg betul2 jujur!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.101993 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list