CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14572|Reply: 17

salah kiblat, kena ulang solat ke?

[Copy link]
Post time 23-5-2010 07:23 PM | Show all posts |Read mode
aku pegi genting n solat kat dlm bilik hotel. esoknya aku sedar yg kiblatnya salah. perlu aku ulang semua sembahyag yg semlm punye ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2010 06:27 AM | Show all posts
sebelum solat tu adakah anda yakin dengan kiblat anda?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 08:20 AM | Show all posts
aku pegi genting n solat kat dlm bilik hotel. esoknya aku sedar yg kiblatnya salah. perlu aku ulang  ...
pulau_ilmu Post at 23-5-2010 19:23



mcm mne blh tersalah??
setahu aku klu mne2 hotel pn msti ade tnjk arah kiblat...tp kalau kite xtau blh dimaaf kn..wallahhuallam....

tnye kpd ustaz @ ustazah yg lebey pakar dlm hal ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 09:19 AM | Show all posts
susah gak nak confirm solat nih sbb ari tuh sy pegi spore USS takde tmpt solat & takde arah solat pun... so sy pun solat mengikut pandai2 sendiri jek!!! lepas tuh baru tahu arah solat sy tu salah gak.. kena qada ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2010 10:45 AM | Show all posts
sebelum sembahyag memang yakin.. try compare dgn location surau kat bwh... rupanya salah jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 01:28 PM | Show all posts
aku klo nk p mana2 redi siap2 penunjuk arah kiblat. insyaallah, bleh solat dgn yakin..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2010 05:15 PM | Show all posts
setahu sya x mengapa la kalo x dsengajakan..yg penting niat smbhyg krn Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 09:48 PM | Show all posts
setahu saya, yang dah lepas tu tak apa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2010 11:55 PM | Show all posts
tak per...Allah berada di mana mana.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 09:03 AM | Show all posts
Alhamdullillah.. nasib baik!! kdg2 kita tak sengaja mcm sy ari tuh pegi spore.. tak sangka lak kat tmpt tuh takde tempat solat so kita bertawakal jek solat..

kdg2 ada gak hotel kat mesia nih takde arah kiblat tak semua yg ada bagi arah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 12:07 PM | Show all posts
kalau ade sesapa yg bg jawapan berdasarkan dalil lagi bgus rasanya...lebih meyakinkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 12:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by permisi at 25-5-2010 13:29

kalo kita makan,mesti kita nak yg sedap
apa lagi kalo makanan tu favourite kita
tentu kita makan berulang-ulang
jadi...pilihlah yang lazat
terpulang pada sendiri samada memakan daging manusia adalah kelazatan pada orang itu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 04:32 PM | Show all posts
aku pegi genting n solat kat dlm bilik hotel. esoknya aku sedar ygkiblatnya salah. perlu aku ulang semua sembahyag yg semlm punye ke?
pulau_ilmu Post at 23-5-2010 19:23



tak perlu dah, sbb masa solat tu anda yakin kan...keyakinan mengatasi segalanya.
tp, kalau dah was2, qadha aje lah...bkn banyak pun...tp tak semestinya solat yg buat kat genting tu tak sah.

Kiblat ni penunjuk arah bila kita solat. Ia sbg guide line. Kesatuan. Kita tak sembah Kaabah. Kita sembah Allah sebenarnya.
Rasulullah saw juga pernah berpaling arah kiblat semasa turunnya perintah Allah (check dlm surah
al-baqarah, rasanya ayat brapa, tak pasti) utk menghadap ke Makkah dari baitul Maqdis. Pergerakan ini dikuti oleh para sahabat.

Pergerakan badan baginda itu menjadi dalil utk musafir yg dtg ke satu tempat, tapi dia tersalah menghadap kiblat, dan
perkara (salah arah kiblat) ini pulak disedari oleh org yg tahu kiblat sebenar (org tempatan yg terperasan), dan dgn segera (org tempatan tersebut) memegang badan org yg sudah tersalah arah kiblat tadi,
lalu dipusing menghadap arah kiblat yg sebenar, tanpa berkata apa-apa. Pegang molek2 agar org sedang bersolat itu tak jatuh atau tumbang. Tak perlu jerit atau bisik kat telinga org yg salah kiblat tadi, sbb solat dia masih SAH! Kalau dia terbehenti solat,
kita sudah berdosa kerana mengganggu org berSOLAT. Lagi haru...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 05:39 PM | Show all posts
dulu ada kes masjid dulu2 ada yg salah kiblat. mampuih la jemaah nak qhado solat berpuluh tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 05:22 PM | Show all posts
Teringat masa sekolah agama dulu....

Ustazah pernah kata... Kalau sembahyang salah kiblat x salah... Asalkan kita sembahyang dgn niat meghadap Allah S.W.T.

Ok cuba kita pikir... Pernah naik keretapi x... (BUKAN KOMUTER OR LRT YER)
Dalam gerabak keretapi ada surau... X kan kita naik keretapi x perlu solat kan?...
Ada beberapa cara...
1) Sama ada gada solat tu
2) solat degan duduk
3) Pergi ker surau dalam keretapi tu..

Dalam tgh keretapi bergerak tu adakah kita tahu dimana kiblat kita... Entah kompas pun boleh biul kalau dalam keadaaan bergerak tu..
So seperti biase jer... bentangkan sejadah menegak... DENGAN NIAT YANG IKHLAS SOLAT KERANA ALLAH SWT.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 07:23 PM | Show all posts
mcm mana nak qada solat2 kita yg tertinggal? mcm mana niat nya? boleh x qada dlm waktu lain?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2010 10:21 PM | Show all posts
tak per...Allah berada di mana mana.
harisbee Post at 24-5-2010 23:55






Memang betul Allah tidak bertempat, namun ini tidak bermaksud kita boleh menghadap mana kita mahu ketika solat. Bayangkan sahaja kalau manusia tidak menghadap kaabah malahan ikut rasa mana dia nak hadap, hadaplah dengan alasan Allah SWT berada di mana sahaja.

Hasilnya seorang akan mengadap timur, seorang lagi menghadap barat, seorang berikutnya menghadap selatan. Bukankah keadaan ini lebih tidak berperaturan berbanding dengan mereka yang menghadap kiblat sama-sama dalam solat.
Inilah indahnya Islam, setiap ibadat ada disiplin, rukun dan syaratnya bagi memastikan ibadat itu diterima Allah SWT.

Agama Islam bukan sekadar agama nama tetapi agama yang mengatur dan mendidik umatnya agar sentiasa berada pada landasan yang betul lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan ibadat.
Saya yakin tiada suatu agama pun selain Islam yang menekankan konsep berkiblat. Sebab itulah di dalam al-Quran kitab agung umat Islam dan panduan manusia keseluruhannya telah menegaskan melalui firman Allah yang bermaksud: Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (al-Baqarah: 144)

Ayat ini turun dilatari dengan ejekan kaum Yahudi yang menggangap Nabi Muhammad kehabisan modal dalam beragama terpaksa mengambil Baitul Maqdis sebagai kiblat, sedangkan itu adalah kiblat mereka berzaman.

Hampir setahun lebih umat Islam berkiblatkan Baitul Maqdis sehingga turun ayat dari surah al-Baqarah ayat 144. Maksudnya menghadap wajah ke arah kiblat adalah syariah yang menuntut sifat taabudiy (patuh semata).

Mengikut fahaman ahlu sunnah wal jamaah, Allah SWT tidak bertempat, yang bertempat hanya makhluk.

Apabila orang Islam menghadap kiblat itu bukan bermaksud menghadap Allah dalam solat dalam erti kata mengingati Allah SWT.

Ini jelas dalam dalam penjelasan Nabi SAW terhadap soalan Jibril yang bertanyakan apa itu ehsan lantas baginda menjawab yang bermaksud: Ehsan ialah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat dia (Allah), kalaupun kamu tidak dapat melihatnya yakinlah dia melihat kamu…(riwayat al-Bukhari no. hadis: 50, Muslim, no. hadis: 8)

Maksud hadis ini ialah melihat kebesaran Allah SWT serta menghayati keagungan-Nya. Dalam keadaan kita berpeluang mencari arah kiblat kita adalah disuruh untuk mencarinya dan memastikannya terlebih dahulu. Sekiranya kita tidak tahu dan gagal mencari kiblat kita hadapkan wajah ke arah mana pun adalah sah solat tersebut.

Sebab itulah Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi sentiasa Mengetahui. (al-Baqarah: 115)

Maksudnya dalam keadaan apa sekalipun manusia sama ada menghadap barat mahupun timur.

Di dalam tafsir al-Jalalain ada menjelaskan bahawa: "Kepunyaan Allah jua seluruh jagat ini, sebab di mana-mana ada timur dan di mana-mana pun ada barat. Apabila kita tegak menghadap ketepatan matahari terbit maka yang dibelakang kita adalah barat, yang di kanan kita adalah selatan dan di kiri kita adalah utara".

Manakala Pak Hamka dalam tafsir al-Azhar menjelaskan: "Inilah hikmah yang sebenarnya, ke mana kita menghadapkan muka ketika kita beribadat kepada Allah, ketika solat pun, asalkan hati telah dihadapkan kepada Allah maka diterimalah ibadat itu oleh Allah. Sebab Timur dan Barat, Utara dan Selatan Allah jua yang empunya…" (Prof. Dr. Hamka, Tafsir al-Azhar, jld: 1, hlm: 277).

Di dalam hadis yang lain daripada Abudullah bin Abbas baginda Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Baitullah adalah kiblat bagi mereka yang berada dalam masjid, dan masjid adalah kiblat bagi mereka yang tinggal di tanah haram (sekeliling Mekah), dan tanah haram adalah (Mekah) adalah kiblat bagi seluruh penduduk bumi, timurnya dan baratnya dari umatku". (riwayat al-Baihaqiy, Al-Sunan al-Kubra, jld: 2, hlm: 10, al-Syawkaniy, al-Sail al-Jarar, jld: 1, hlm: 172).

Disiplin dalam solat adalah bermaksud disiplin dalam kehidupan. Sekiranya manusia tidak adalah peraturan seperti mana yang telah ditetapkan oleh syariat Islam maka manusia akan menggunakan akalnya sendiri yang terhad kemampuannya.

Lebih-lebih lagi dalam soal agama tidak boleh dibiarkan tanpa satu peraturan yang boleh mengikat kesatuan dalam ibadat dan kesatuan dalam kehidupan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 03:08 PM | Show all posts
interesting, gi kat area masjid jame belilah arah kiblat tu the compass kecik jer boleh muat dalam beg bawa jer memana so problem solve.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.612863 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list