CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8271|Reply: 45

Kajian Datok Fadilah Kamsah...

[Copy link]
Post time 23-5-2010 08:46 PM | Show all posts |Read mode
Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah mendedahkan, 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu sehari. Peratusan ini diperoleh melalui tinjauan beliau dalam program-program ceramah dan motivasi yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.

Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus sahaja yang cukup menunaikan solat fardu lima waktu sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Lebih menyedihkan, dalam kalangan pelajar sekolah menengah, hanya 15 peratus sahaja mengaku mengerjakan solat lima kali sehari. Bayangkan...

15 peratus itu pun jumlah pelajar yang melakukan solat, atau 20 peratus bagi orang awam. Kekhusyukannya, kesempurnaannya bagaimana pula? Perkara ini perlu kepada perbincangan lain yang lebih khusus pula. Namun dengan bersangka baik sekalipun, angka 20 peratus itu sudah cukup menakutkan bagi satu kewajipan yang Nabi ingatkan menjadi pembeza antara Muslim dengan kafir.

Percayalah, punca utama kita sanggup melakukan perkara-perkara yang jahat dan merosakkan adalah tidak mendirikan solat. ...

Ramainya!.....

Betul ke kajian nie??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2010 11:52 PM | Show all posts
betul mungkin ... tengok sekelilig kita dari waktu zohor hingga maghrib sudah cukup
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 12:03 AM | Show all posts
mehlah kita sama2 start dgn diri, kemudian ajak ahli keluarga kemudian kawan2....


dalam dakwah rasul, pertama2 kaedah yg digunakan ialah mengajar bab akidah(bab yg boring).....

bukan politik, kuasa dan lain2.

ingat akidah.!

siapa yg sudi meluangkan masa utk bab yg bosan nie, InsyaAllah dia berada landasan yg betul.

ada orang kata kena rampas kuasa baru Islam dpt ditegakkan, ini bercanggah dengan kaedah Rosul.

apa guna kuasa kalau org tidak berakidah yg benar....

dan tidak perlu kuasa kalau bab akidah dah setel.....

bab akidah akan memberi kesan kepada banyak bab lain, yg akan menyusul.InsyaAllah.

dan biarlah sefasik manapun sesuatu pemerintah, kalau masyarakat dah faham akidah, maka umat TETAp AKAN CEMERLANG.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 02:36 AM | Show all posts
Kaunselor sek sy pernah buat survey bdk2 form 4, dia bg soalan survey bdk2 jwb Lah. brdasarkn soalan survey tu lbh 89% bdk2 x tau amb wuduk yg sempurna

dia bentgkn dapatan dia tu dpn nazir masa dia kursus, sibuklah nazir2 tu nkbrkmpung seminggu   kabarnya kat sek nak monitor mcm mana Ust/Ustzh ajar haram x dtg pun. warning bukn main lg! sek ni 98% melayu Dari 2500 murid
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 06:31 AM | Show all posts
alhamdulillah setakat ni tak tinggal walau sebizi mana pun, walaupun kebanyakan colleagues aku non muslim....

cuma bab khusyuk payah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 06:49 AM | Show all posts
saya sokong usup...

menurut pendapat aku akidah tidaklah pelajaran yang membosankan... cuma kebanyakkan kitab2 akidah diolah dengan gaya bahasa yang sedemikian rupa. dengan kata2 yang berbunga2... seolah2 membaca buku syair.

ditambah pula approach yg digunakan oleh pengajar yg masih tidak dapat (terkadang) mendatangkan contoh semasa...

contoh sifat wujud dalam sifat 20... mengapa tidak di keluarkan point penting sahaja instead penerangan berbentuk perenggan yang panjang berjela2... atau Nabi mmg perintah utk ajar akidah dalam bentuk gitu...?

seperti 1 tajdid diperlukan untuk mengajarnya... pelajar aliran agama pun bleh boring apatah lagi org awam diluar sana... cemana tauhid nak mantop?

*sekadar pandangan dari aku yg hina dina
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2010 06:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by mejik at 24-5-2010 06:57
cuma bab khusyuk payah...


disarankan anda baca surah baqarah 45-46...

pastu lazimi doa pada Allah mintak Allah bagi hidayah utk khusyu'

dalam ayat tu Allah tak sebut khusyu' tu berat... tapi Allah sebut solat tu yg berat... KABIRAH
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 08:16 AM | Show all posts
insya allah aku usaha kn diri aku utk perbaiki lg solat fardhu aku...huhu
jika kite ssh utk pnh kn solat 5 waktu,kite blh mule dr bwh....

mmg ssh kalau kite tbe2 nk buat tp bile buat cket2 lme2 jd bukit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2010 02:12 PM | Show all posts
Nabi cakap,org x solat meruntuhkan agama...
Gamaknya ramai org islam meruntuhkan agama dalam Mysia nie....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 02:32 PM | Show all posts
saya pon masih bertatih utk penuhkan dan khusyuk dalam solat............. sembahyang tiang Islam...klu kita tak tegakkan.. nak suruh sape.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2010 08:05 PM | Show all posts
solat tiang agama.....

nmpknya ramai yg x ambil peduli ttg solat............................

aku pernah niaga pasar malam,ramai x solat..hatta jual burger untung 50 sen pun x solat.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 09:28 PM | Show all posts
Reply 11# BulanTerbelah
sebab tu saya malas gi pasar malam..tak mau bersubahat dgn orang berniaga tp lupakan tuhan

pernah gak duduk waktu maghrib sambil tunggu anak2 solat maghrib kat masjid jame tu..saya tgk peniaga2 pun tak solat waktu maghrib...geram tp apa daya kita insan yg lemah..suara azan berkumandang cukup kuat..
lagi satu kalau pompuan melayu jual makanan kalau tak pakai tudung saya tak beli gak..sekali tu nak beli kuih tgk dia tak pakai tudung saya ckp kuat gak bg dia dgr..tak mau lah beli sini orang yg jual tak reti tutup aurat..beli kat kedai sebelah..kalau ikut procedure dbkl pun semua penjual wajib tutup kepala tak kira lelaki or pompuan pakai topi chef tu pun tak pe ni boleng kepala tak tutup apa pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 09:49 PM | Show all posts
ermmm.....cam tak percayakan...
tapi my adik kat ipt pun cakap benda yg sama
susah nak tgk kawan2 dia jaga solat...

anak2 nie masih depan mata...mestilah cukup
harap2nya bila dah jauh dr kita nanti...solat dah sebati dgn diri
aminnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 09:57 PM | Show all posts
Reply 6# mejik

yup,

seolah2 perlu tajdid utk bab akidah di malaysia......
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 10:04 PM | Show all posts
ada diantara kita yg berharap dari solatnyer, akan beroleh kebaikan dan ketenangan,

maka mereka pun mula bersolat,

namun mendapati sebaliknya iaitu makin susah hidup.
maka ada yg berhenti.

padahal seharusnya solat itu tidak mengira susah atau senangya hidup ia wajib.

ini jugak salah satu faktor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2010 10:08 PM | Show all posts
Reply 15# ussopp


    "Neraka Wail untuk orang solat....
iaitu mereka yang lalai dan alpa...."

Itulah kata-kata Quran..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2010 10:27 PM | Show all posts
Reply 16# BulanTerbelah

yup....
benar.
takut la.

bila baca surah tue mmg terasa sebab diri sendrik masih lalai ketika solat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 11:02 PM | Show all posts
solat sgt2 penting...sebusy mana pun, ALLAH tetap utama.

mmg ramai orang tak solat....tak tahu kepentingan solat....yg tahu kepentingan pun tak solat!!

ramai tak kisah bab solat sebab satu family tak didik( ni bukan alasan kuat) sebab ramai saja yg dah terdidik dengan solat pun still tak solat!!

kat tempat saya, ramai lelaki yg tak solat. Mereka akan solat bila disuruh. Kena suruh sentiasa, baru solat. Even jumaat sekalipun. Pernah tanya, bila hampa nak solat?? Eh kena solat ka...tu jawapan...tp mereka tak memberontak pun bila kena suruh.

So kawan kena mainkan peranan penting...kena guide orang2 mcm ni supaya solat. Jangan sesekali membenci mereka. terangkan mereka tentang solat.  mereka tahu cara solat, tapi mereka tak rasa kepentingan solat.
Mungkin sekarang mereka tak perlukan ALLAH, sbb life mereka ok...tapi suatu hari nanti pasti ALLAH juga mereka cari.

orang yg tahu kepentingan kena lah tunjuk tauladan baik. Solat awal waktu, berjemaah. Ada saja yg tahu tapi tak solat. Solat akhir waktu lah. So mcm mana nak tolong orang2 yg tak solat nak solat??

hmmm sedih  kalau orang buat solat sambil lewa atau tak solat...utamakan kerja....sedangkan idea, kemudahan, peluang kerja semuanya dari ALLAH. Tapi mereka nampak semua itu lebih utama dari ALLAH.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 09:47 AM | Show all posts
aku yakin dgn kajian tu
kt opis aku ada yg tk solat
yg solat lak  cam ribut
yg solat kadang2
yg solat biler lam keadaan sedih/dpt bala je...pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 10:31 AM | Show all posts
mcm mana nak bg kesedaran kat dorang utk solat eks?? kdg2 kesian gak tgk dorang yg x solat nih... hidup semata2 utk dunia yg sementara nih.. bukan hidup senang pun tp tetap x solat!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.302090 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list