View: 3200|Reply: 10
|
57 kubur purba dijumpai kat egypt!!
[Copy link]
|
|
57 kubur purba ditemui
| SEBUAH keranda berisi mumia ditemui ditanam bersama pinggang mangkuk di Lahoun, dekat Fayoum, kira-kira 100 kilometer ke selatan Kaherah di Mesir. Gambar kecil sebuah keranda zaman Firaun yang dilukis cantik berusia 2750 sebelum Masihi. - AP
|
KAHERAH 24 Mei - Ahli arkeoleogi berjaya menemui 57 kubur purba Mesir yang mempunyai hiasan rumit pada keranda kayu berisi mumia.
Menurut Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, semalam penemuan itu ditemui dan digali di Lahoun, Fayoum, kira-kira 100 kilometer ke selatan Cairo.
Menurut satu kenyataan majlis tersebut, kubur tertua itu berusia kira-kira 2,750 sebelum Masihi iaitu ketika zaman pemerintahan dinasti Mesir yang pertama dan kedua.
Dua belas daripada kubur tersebut berasal daripada dinasti ke-18 yang diperintah Thutmosis pada alaf kedua sebelum Masihi.
Penemuan tersebut membuka pemahaman baru mengenai pengaruh agama kuno di Mesir, kata majlis itu.
Ketua Arkeologi Mesir, Zahi Hawass berkata, mumia yang wujud sejak dinasti ke-18 itu ditutup dengan kain linen yang dihiasi ayat-ayat keagamaan daripada Book of the Dead dan memperlihatkan dewa-dewa Mesir.
Ketua misi penemuan arkeologi tersebut, Abdel Rahman El-Aydi berkata, beberapa kubur dihiasi dengan ayat-ayat keagamaan di mana orang purba Mesir mempercayai ia dapat membantu si mati untuk melangkah ke alam lain.
El-Aydi berkata, salah satu kubur tersebut masih kukuh di mana kesemua peralatan persemadian dan keranda kayu itu berisi mumia yang dibalut dengan kain linen.
Daripada 31 makam yang berusia kira-kira 2030-1840 sebelum Masihi, ahli arkeologi telah menemui beberapa dewa purba Mesir seperti Horus berkepala helang, Hathor, Khnum dan Amun yang menghiasi beberapa buah kubur.
Tahun lalu, 53 kubur batu yang berusia dari pelbagai zaman purba ditemui di kawasan tersebut. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
kubur saja kat sana....byk la hantu nanti |
|
|
|
|
|
|
|
waa.....aku memang minat psal2 ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada yg terbaru PM sy bole.... |
|
|
|
|
|
|
|
kat mesir ada lagi kubur2 yg masih belum di teroka kekdahnyer... :re: |
|
|
|
|
|
|
|
kt malaysia xdak orang ke yang nak korek2 kubur ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
Biasale ...tempat lama.. mestile byk "hasil bumi" yg turut dijumpai. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh mintak nombor ni... |
|
|
|
|
|
|
|
kubur lg... cer la jumpa mende len plak... hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 jumpa kubor alien yg bena piramid tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|