CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6264|Reply: 19

3 Pereka Fesyen kesayangan Siti

[Copy link]
Post time 27-5-2010 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Nadia90 at 27-5-2010 17:05




Teks oleh Haswari Ali

Foto oleh Mazlan Photography

KUALA LUMPUR, 27 MAY 2010: Lembaran perjalanan dunia seni seorang insan bernama Dato' Siti Nurhaliza tidak akan lengkap jika tidak disokong oleh barisan pereka fesyen yang telah berjaya menyempurnakan penampilannya di atas pentas penuh gah.
Dari penampilan seorang gadis desa yang hanya menurut segala apa dipinta, perbezaan ketara itu nyata dapat dilihat kala ini. Ya, perubahan Siti meliputi 360 darjah.

Mungkin jawapannya ada pada sentuhan magik tiga pereka fesyen hebat, Radzuan Radzwill, Michael Ong dan Rizman Ruzaini yang telah banyak berbakti untuk menyerlahkan persona penyanyi tersohor berkenaan dari dulu hinggalah kini.

Sebagai menghargai jasa dan cetusan kretiviti penuh inspirasi 3 pereka berkenaan, Siti dengan kerjasama Primeworks Studios telah mengilhamkan sebuah program TV khas raya selama 60 minit untuk tatapan peminat Syawal nanti.

Diselang-selikan dengan santapan vokal penuh merdu daripada seleksi malar segar Siti, program TV yang menggunakan judul Stylista Siti itu bertambah berseri dengan penampilan istimewa 3 pereka fesyen berkenaan.

Di atas tiket yang sama, Siti telah membuka peluang kepada ketiga-tiga mereka untuk mempamerkan koleksi adi busana terbaru masing-masing eksklusif di hadapan peminat penyanyi nombor satu itu.

Siti muncul dengan persalinan kuntuman bunga mawar rekaan Radzuan sebagai laluan penghormatan terdahulu kepada pereka fesyen yang pernah menyerikan penampilannya ketika mendendangkan lagu Destinasi Cinta Anugerah Juara Lagu ke-22.

Diikuti dengan pembabitan Michael Ong sebagai pereka fesyen yang telah menyerlahkan susuk tubuh bak sri kandi Melayu kala menyanyikan lagu Cindai dan Balqis pada pertandingan serupa tidak lama dulu.

Semakin selesa dengan persalinan rekaan Michael, Siti terus menanamkan kepercayaannya dengan membawa kredibiliti pereka berkenaan ke kota London bagi memperhebatkan sensasi pentas konsertnya di Albert Hall.

"Kalau nak tahu sama ada Siti suka atau tidak dengan rekaan saya, senang saja. Selalunya dia akan catwalk dan pusing beberapa kali. Dan kalau dia tak suka, dia akan akan pakai dan senyap saja. Itulah Siti," kata Micheal berceritakan serba sedikit pengalamannya.

Tidak ketinggalan penampilan segmen khas daripada pereka duo Rizman Ruzaini yang telah buat pertama kalinya diberi peluang menyarungkan pelantun suara persis bidadari itu kala berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008.

Busana merah jambu dari tenunan songket itu nampaknya telah membuka mata Siti untuk terus setia bersama Rizman Ruzaini sehingga hari ini. Kombinasi mereka ibarat irama dan lagu tak mudah dipisahkan.

Stylistika Siti bakal ditayangkan pada minggu pertama Aidilfitri di TV3. Selain Siti, turut ditampilkan Noh dari kumpulan Hujan sebagai undangan istimewa rancangan berkenaan.

Klik di sini untuk melihat Koleksi Stylistika Siti Radzuan Radzwill

Klik di sini untuk melihat Koleksi Stylistika Siti Rizman Ruzaini








credit
-Murai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2010 01:33 AM | Show all posts
Reply 1# Nadia90

dimataku siti pakai apa pun comey jer....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 05:35 PM | Show all posts
langsir lah....... hmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 09:42 PM | Show all posts
xberkenan lgsung baju yg ade bunga2 ros tu..serabut..kalo xde rase lagi ok..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 12:24 PM | Show all posts
cantik baju ungu tu...
aku suka style ct skg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 01:20 PM | Show all posts
aku x suka CT sarat kat bahagian dada....CT sesuai kalu sarat bahagian paha ke bawah....bahagian dada kalu simple lagi menarik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2010 01:52 PM | Show all posts
aku x suka CT sarat kat bahagian dada....CT sesuai kalu sarat bahagian paha ke bawah....bahagian dad ...
harisbee Post at 29-5-2010 13:20


kannnn..senang angkel B nak tenguk tuttttttttt..baru jelas kekdahnyee..xde halangan nak tgkk..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 03:13 PM | Show all posts
nasib baik ada nama michael ong .. takut ct lupa diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2010 03:37 PM | Show all posts
boleh jadi ct tengah merancang nak bukak butik / collection sendiri...kerjasama ct dengan designer2 tu...plus ct boleh sumbang idea baru /  jadi trendsetter....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 03:38 PM | Show all posts
boleh jadi ct tengah merancang nak bukak butik / collection sendiri...kerjasama ct dengan designer2  ...
hyie Post at 29-5-2010 15:37



    great! hopefully


makin makan hati anti
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 03:43 PM | Show all posts
aku x suka CT sarat kat bahagian dada....CT sesuai kalu sarat bahagian paha ke bawah....bahagian dad ...
harisbee Post at 29-5-2010 13:20



    oklah uols.. since weols banyak merasakan baju ct ada yg tak berkenan pesennye. pe kata kita tepek kat sini baju2 ct/ penampilan ct yg cantik dan kita suke maybe ct boleh dapat inspirasi daripada `mata' kita ni agar kurangkan pakaian yg kureng
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 11:14 AM | Show all posts
Teks oleh Haswari Ali

Foto oleh Mazlan Photography

KUALA LUMPUR, 27 MAY 2010: Lembaran p ...
Nadia90 Post at 27-5-2010 17:03



Napa mata aku nampak boobs dia dah membesar ..lain macam ja
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 12:17 PM | Show all posts
baju yg ct pakai tu, rasanya kalu xde bunga2 tu lg cun...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 12:23 PM | Show all posts
Reply 12# cmf_blingblings


    botox kot
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 06:37 PM | Show all posts
sbb baju bunga2 tu kot..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 06:37 PM | Show all posts
aku sokong!

tepek gamba baju yg kita x suke n suke ct pakai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2010 08:00 PM | Show all posts
nape lah x nmpk meneyerlah baju tu di mata aku nie
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2010 07:59 AM | Show all posts
dia patut try melinda loi
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2010 09:07 AM | Show all posts
org dah cantik..pakai apa pun still cantikk!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 07:30 AM | Show all posts
cantik baju2 siti selama 15 tahun jadi artis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.070363 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list