View: 2010|Reply: 5
|
Banyak azan dalam satu kampung
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by samax at 27-5-2010 19:30
Kisahnya dalam kampung aku ni terbahagi kepada beberapa taman perumahan. Selain sebuah masjid yg ada, dalam setiap taman ader surau masing-masing. Kalau nak kira setiap kali masuk waktu solat akan berkumandangla azan-azan bersahut-sahutan sekaligus dari masjid dan 3-4 buah surau lagi. Kadang2 hampir serentak, kadang2 1 by 1. Boleh ke macam tu? Sedangkan aku pasti azan dari masjid tu pun dah cukup kuat dah untuk didengar seluruh kampung juga kampung yang berjiranan. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dekat sgt,kira x sesuai....masing2 malas nak jln jauh nak pi masjid kampung..so ada ramai yg buat madrasah sendiri...bila masuk waktu,masing2 nak azan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini harus di pantau oleh AJK Masjid yang berdekatan. |
|
|
|
|
|
|
|
masa kat bukit tinggi, indonesia march lalu sahutan azan bersambung2 dari satu masjid ke satu masjid.. |
|
|
|
|
|
|
|
azan beramai-ramai bukan masaalah.
masaalahnya, walaupun ramai-ramai azan dalam masa sama, ramai lagi yang tak datang berjemaah. yang tak solat langsung belum kira lagi ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum.
Saya sekadar berkongsi pendapat.
Menjawab kepada persoalan saudara yang bertanya adalah tiada masalah pada perkara tersebut. Menjadi tanggungjawab setiap surau dan masjid untuk melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Bahkan individu yang ingin bersolat sendirian juga disunatkkan untuk azan dan iqamah sebelum mendirikan solat.
Jika saudara berkesempatan, boleh bertanya kepada mereka yang berpengalaman ke Mesir tentang perkara ini. Perkara ini di sana ia adalah perkara biasa. Di mana surau2 begitu banyak dan kedudukannya berdekatan antara satu sama lain, dan masing2 melaungkan azan apabila tiba waktu solat.
Dalam kitab Fathul Mu'in bab Azan dan Iqomah ada menyebut "Jika azan dilaungkan berkali2 oleh beberapa orang, hendaklah dijawab kesemuanya walaupun setelah selesai solat. Namun makruh jika tidak menjawab azan yang dilakukan paling awal (di antara azan2 tersebut).
Wallahu a'alam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|