CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3094|Reply: 2

Muhasabah Diri

[Copy link]
Post time 28-5-2010 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Perenggan satu.
Macam-macam istilah keluar dalam forum ini. Maksud saya istilah-istilah yang berhubung dengan Islam Iman Ihsan. Syariat Tarikat Hakikat Makrifat. Tasauwf Sufi. Zikrullah Muraqabah Musyahadah Kasyaf Tajalli.  Tauhid sifat 20 Tauhid afal Tauhid sifat Tauhid zat. Ilmuyaqin Ainulyaqin Haqulyaqin Kamalulyakin. Zuhud Tawakkal Sabar. Nafsu-nafsu Amarah Malhamah Lawamah Rodian Mutmainnah Mardiah Kamilah. Uzlah Salik Mubtadi Mutawasit, Muntahi dan macam-macam lagi. Ada yang kata ya dan ada yang kata bukan. Ada yang tak kata ya tak kata bukan. Pada pendapat saya.........

Perenggan dua.
Macam barisan istilah di atas tadi saya bawakan istilah-istilah ini. Rekrut  Askar Tentera. Tentera darat Tantera udara Tentera laut. Batalion Kem. Prebet Pangkat Sarjan Leftenan Kapten Mejar Kolonel. Senjata Pistol Mesin-gan M16 Mortar Bom Meriam. Kereta kabal Trak Jet. Perang Medan Tembak Serang. Peluru Kubu Radar Kompas  Luka DarahTerbunuh Kalah Menang pun macam-macam lagi. Pada pendapat saya...

1. Yang berforum berhubung perenggan dua di atas tentera yang macammana ya?
2. Dari berforum di perenggan dua lebih baik masuk rekrut. Agar tidak berforum mengenai perenggan dua hanya berdasarkan     
    pembacaan buku-buku mengenai tentera.(Rekrut di perenggan satu dipanggil Mubtadi)
3. Agar dapat bertempur di medan pertempuran dengan musuh yang sebenar dan bila terluka barulah kenal darah.Faham makna   
    sakit bila luka. Taklah hanya berdasarkan hasil tulisan orang tentera.
4.  Dibimbangkan termasuk di kalangan maksud firman Allah" Besarlah kemurkaan di sisi Allah dengan memperkatakan apa yang tidak dilakukan" Sedangkan matlamat kita untuk mencari keredaanNya. Pun masih tak layak seorang tentera dah pun, prebet misalnya membicarakan urusan seorang kolonel. Apa lagi dalam perenggan satu tak mubtadi pun (orang awam!)

Ini sekedar pendapat saya. Tak ada nak menyentuh mana-mana pihak. Pun mohon maaf kalau ada yang terasa. Saya ni pun bukan lagi cempedak luar pagar. Nangka luar pagar (orang dah  tua baru nak belajar..) Lagipun saya mempelawa tuan-tuan muhasabah diri.(Dekat-dekat macam muraqabah) Dan penulisan saya di sini sekadar rengkas sahaja. Wallahhuaalam.

Sekadar menjengguk emari dari  daerah  misteri suarahati di perkarangan:
[email protected].
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2010 11:00 PM | Show all posts
This post visible to author only

Use magic Report

Post time 20-6-2010 12:43 PM | Show all posts
This post visible to author only

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.047232 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list