CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2257|Reply: 0

Perompak Larikan wang 18.11juta!

[Copy link]
Post time 29-5-2010 10:10 AM | Show all posts |Read mode


SEORANG askar mengawal Bank Rafidian  di bandar al-Mushkab semalam.




BAGHDAD  Sekumpulan perompak di Iraq melarikan 6.5 bilion dinar  (RM18.11 juta) dari sebuah bank pemerintah 160 kilometer ke selatan  Baghdad semalam dengan bantuan seorang pengawal keselamatan, kata  beberapa pegawai polis.

Menurut maklumat, salah seorang pengawal keselamatan memberikan  dadah kepada rakan-rakannya dengan meletakkan dadah dalam minuman teh  mereka, kata Ketua Jawatankuasa Najaf, Louai al-Yasiri.
Menurutnya, selepas pengawal-pengawal keselamatan itu meminum teh  bercampur dadah itu, sekumpulan lelaki bersenjata memasuki Bank Rafidian  di bandar al-Mishkab, wilayah Najaf selepas tengah malam.
Dia berkata, polis mempunyai bukti mengenai siapa yang menjadi dalang  rompakan itu.
Kejadian itu berlaku selepas satu rompakan emas pada Selasa lalu di  Baghdad dengan melibatkan kematian 14 orang.
Pemerintah Iraq menyalahkan kumpulan Al-Qaeda melakukan rompakan emas  itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.320088 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list