CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5198|Reply: 13

Huzaifah Ibn Yaman

[Copy link]
Post time 30-5-2010 12:31 AM | Show all posts |Read mode
Salam..

sesapa ada info pasal sahabat Nabi S.A.W. ni harap leh kongsi disini.

Tengah dok layan lagu dCromok tu, pastu baru teringat dah lama nak tau pasal info sahabat Nabi ni.

Tak banyak dapat info kat internet. Yg tahu just beliau ni dikira cam secretary pada Nabi S.A.W. waktu dulu and beliau banyak simpan rahsia Nabi S.A.W.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2010 12:44 AM | Show all posts
dia ado senarai worang2 munapik
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 12:47 AM | Show all posts
masa zaman  pemerintahan Umar Al-Khattab, beliau dilantik jadi panglima perang membantu Nu'man ibn Muqarrin masa  Perang Nihawand. Berikutan gugurnya Nu'man ibn Muqarrin di dalam peperangan dan dengan kemenangan tentera Islam di Nihawand, beliau dilantik menjadi gabenor Kufah dan Mada'in seterusnya menjadi wakil khalifah di tanah Parsi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2010 12:16 PM | Show all posts
sejarah awal dia camne plak? camne dia masuk islam, camne dia leh jadi spesel untuk pegang list nama org2 munafik ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 07:25 PM | Show all posts
Salam..

sesapa ada info pasal sahabat Nabi S.A.W. ni harap leh kongsi disini.

Tengah dok lay ...
moskau12 Post at 30-5-2010 00:31



   ang dengar d'cromok ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2010 07:59 PM | Show all posts
ang dengar d'cromok ka?
shazuyi Post at 30-5-2010 19:25



    dah lama tak dengar... hehehe skali skale imbau kenangan masa remaja wakakakaka....

dalam dcromok ni banyak lirik dia unsur islamic sikit.. ada guna terjemahan ayat2 suci AlQuran.. kalu tak silap aku surah Al Qamar.

dari dulu lagi dok cari sape huzaifah ni.. tak de banyak info tentang beliau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2010 12:21 PM | Show all posts
Reply 6# moskau12

Tanya pacit google.   
Ekceli lama dah ada niat nak bukak tred hayatus sahabah. Tunggu punya tunggu sampai la hakak x bukak. Rasa mcm hilang mood nak berposting. Jadik sr jah kdg2!

Sedikit info...
Huzaifah rhu org yg amanah. Tak de nya beliau nak citer kat sembarangan org sape yg munafik tu. Saidina Umar rhu masa jadik khalifah suka benor tanya kat dia kot2 da gabenor yg dilantik oleh beliau tu munafik. Last sekali dia tanya adakah dia (Umar) termasuk dlm lsit munafik. Terkejut badak si Huzaifah. Sejak tu dia sumpah x mo citer apa2 lg pasal sape munafik. Since huzaifah xrhu x mo citer, Umar tengok kalau ada sape2 meninggal, Huzaifah x mai sembahyangkan, umar pun x pi.


Satu lagik..
Malas nak translate:
In 1932, the Sahaabi Hadhrat Huzaifah (radhiyallahu anhu) in a dream instructed king Faisal of Iraq to relocate their graves elsewhere since water from the river was seeping in.

The king issued orders for the bodies of Hadhrat Huzaifah (radhiyallahu anhu) and Hadhrat Jaabir Bin Abdullah (radhiyallahu anhu) to be exhumed. The exhumation was done in great style and pomp. Thousands of people witnessed the event. When the bodies were removed, it seemed as if they were buried only a couple of hours ago inspite of the lapse of almost 14 centuries. The bodies were fresh and glittering with Noor.Thousands witnessed the exhumation and many non-Muslims who were present embraced Islam.


Ada kata fake, ada kata betul. Kononnya ada video disimpan. Kalau betul sekali pun, tak mustahil berdasarkan sifat2 mereka yg sgt terpuji. Wallahualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2010 11:18 PM | Show all posts
MOD leh move ke board agama tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2010 10:01 AM | Show all posts
MOD leh move ke board agama tak?
moskau12 Post at 9-6-2010 11:18 PM


Pesal pulak ? ni pun thread history jugak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2010 10:22 AM | Show all posts
cam takde jawapan jek... sebab tengok kat bod agama tu diorang dok citer pasal sunnah ngan syiah.. tapi takde plak citer pasal beliau ni. Kan beliau ni je yg tau sape munafik ke tak. kot2 diorang ada info pasal beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 02:51 PM | Show all posts
gud info...walaupun skit...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 11:21 PM | Show all posts
sama2 lah kita ambil iktibar....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 02:40 PM | Show all posts
nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 12:19 PM | Show all posts
Nak lagi ek? Hakak malas nak tepek. Baca kat sini:
Huzaifah Bin Yaman

Info tambahan:
Banyak terlibat dlm peperangan semasa zaman Nabi dan juga selepas Nabi wafat.
Juga byk meriwayatkan hadis. Antaranya hadis2 berkenaan akhir  zaman, ciri2/keturunan Imam Mahadi dan mengenai kedatangan dajal. Beliau juga meriwayatkan hadis mengenai nabi2 palsu yg akan muncul selepas Nabi wafat. Beliau terlibat dlm usaha memerangi nabi2 palsu ini

Ini antara hadis yg diriwayatkan dari Huzaifah Bin Yaman:
Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ”Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, di antaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, “Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat “La ilaha illallah”, lalu kami pun mengatakannya juga”. Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), “Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah”? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, “Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka” (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali)”
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Beliau juga sgt2 mengambil berat akan soal sifat2 hipo/munafiq. Beliau meriwayatkan hadis tentang bahaya fitnah.
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Hadis riwayat al-Bukhari)  


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.064715 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list