CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2053|Reply: 3

Ibu Bapa bukan LIABILITI

[Copy link]
Post time 3-6-2010 08:09 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by hafieza at 3-6-2010 08:10

  

PETIKAN : 'Nota Hati  Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )
  
  Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
  kisahnya...
  Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
  pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
  " Ada duit? Minta ayah sedikit.."
  
  Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
  seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
  kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
  dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
  banyak meragam.
  
  
  "Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak  ada
  duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba,  sukar
  ditembak reaksinya.
  
  " Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
  "Takkan 5 ringgit?"
  
  Emak mengganguk.
  Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
  dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
  ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.
  
  Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
  ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
  ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
  bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
  mengenangkannya.
  
  Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
  saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
  selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
  diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
  yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
  kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
  apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
  Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
  memahami hati suaminya (ayah).
  
  Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
  sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
  setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
  tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
  perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
  tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
  disampaikannya.
  
  
  Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
  Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
  membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
  beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
  komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
  
  "Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.
  
  Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
  Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
  sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
  
  " Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara.  Ekonomi
  keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
  perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
  ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
  saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
  
  "Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak  tetap
  diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas'  oleh
  saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
  berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
  anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
  sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
  
  Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
  samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
  sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
  membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
  Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
  saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
  anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
  Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
  tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!
  
  Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :
  
  " Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
  kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
  bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
  sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
  siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
  
  "memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri.  Walaupun
  itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
  pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,  keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."
  
  
  Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
  diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
  buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA ME REKA. Tidak ada?
  Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?   Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.  Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun  itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

  

Sahabat sekelian,


Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.


Apa yang paling utama dalammemberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAFANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN ME NGKEBUMIKANJENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat,lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.


Saya menangis apabila adasahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggaldunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun  Din dan keluarganya.


Jiran kpd ibu Dr Harun Din(DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salamtetapi tak menyahut salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi tak adajawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihatibunya sedang sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. beberapaminit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud.firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat drdekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masaibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.


Perkara yg paling comel ygdilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya.Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik oranglain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oelhDr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah, "BERILAH SAYASEKELUARGA PELUANG ME MBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU". Ketika huja itudiberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk danalimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati masyarakat adalah apabilaketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendirike lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir,memohon dan berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya inimenurunkan jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgnhujah yg sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibuini kali terakhir". Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu, mencurahkanairmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se"alim"sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.

HEBAT IBU ini membinaakhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din memang disegani oelh kawan dan lawan diBumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan ALIM nya mereka.

Terus terang sahabat,ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya melinang apabila tergambarketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009yang lalu. Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka danAmpunkanlah kami.

Wallahu A'lam.


Baca hayati, selami daninsafi...... Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab... Bahagia duniaakhirat...  


Klu baca seumpama menjirus airdi daun keladi, lebih baik baca tajuk aje...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2010 03:29 PM | Show all posts
ya Allah rahmatkanlah kedua ibubapa ku dunia akhirat amin....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 03:37 PM | Show all posts
selagi ada nyawa , bahagiakanlah ibubapa kita...
selepas mereka pergi menangis pun tak guna lagi...
hanya doa anak soleh jer yang mampu diberi untuk mereka...

alangkah untungnya ibubapa ustaz adik beradik
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 04:43 PM | Show all posts
baru ni tanyalah ust tv9, ust hasan din Ada cite ibunya meninggal dikala sdg solat terawih. neneknya pula bg tau ust aku nk mati mcm mak hang mcm mana? dia kt kena doa mati dlm keberkatan gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.055054 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list