Jangankanlelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran danperasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiadadalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan olehlelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayuyang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalanyang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka denganharta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengankecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepadaAllah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dankeadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatukelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah.Sebaliknya di situlah kasih dan sayangAllah...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akanmenghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, Bahkan akansemakin membengkok. Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Lelakipula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata! Tapi binalah kepimpinan.Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan dirikepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidaksehebat saidina Ali karamallahuwajhah. |