View: 2669|Reply: 4
|
Faizal Tahir Duta 'Bebaskan Bumi Palestin' [gua.com.my] - 10.6.2010
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by santubung at 10-6-2010 12:19
![](http://i561.photobucket.com/albums/ss60/mygirlJK/untitled-6.jpg)
Pelantikan Faizal Tahir sebagai duta kempen 'Bebaskan Bumi Palestin' diumumkan tengah hari tadi ketika siaran langsung 'Wanita Hari Ini', sempena meraikan ulangtahun ke-26 TV3. Idea dan konsep untuk kempen ini tercetus apabila Faizal dan pihak TV3 dengan kerjasama Primeworks Studios tersentuh dengan peristiwa pertumpahan darah yang melibatkan kru dan penumpang di atas kapal Mavi Marmara pada 31 Mei lalu.
"Saya agak terkejut bila diberi peranan besar ini. Tetapi saya rasa berbesar hati. Inilah salah satu caranya untuk saya memberikan bantuan, membolehkan saya menyampaikan mesej pada skop yang lebih luas. Bagi mereka yang mengikuti saya di Facebook dan Twitter, saya selalu mengingatkan mereka tentang apa yang sedang berlaku di Gaza," luahnya bila ditemui.
"Kempen ini takde tempoh. Ia sesuatu yang perlu sentiasa diingatkan seperti kes penderaan, pembuangan bayi... Ini tanggungjawab saya sebagai seorang 'public figure'. Pelantikan saya sebagai duta kempen 'Bebaskan Bumi Palestin' bukan berita untuk menaikkan nama saya. Saya disini bagi pihak TV3 dan Media Prima Berhad (MPB) untuk menghulurkan apa saja bantuan. Jika bukan dalam bentuk duit, mengunakan suara saya."
Tambah Faizal, ramai yang memintanya membuat lagu ataupun mengadakan konsert amal untuk Palestin. Namun baginya, "Benda ni lebih daripada hanya mengadakan konsert, memberi hiburan pada orang atau membuat lagu.
"Sesiapapun boleh buat lagu, tetapi peranan saya disini adalah untuk mengingatkan masyarakat tentang saudara-saudara Islam mereka yang dalam kesusahan, dan agar mereka sentiasa berdoa untuk mereka di sana. Jangan memandang rendah kuasa doa. Diharapkan doa-doa ini akan dimakbulkan Tuhan."
Tatkala ditanya jika teringin ke Gaza jika diberi peluang berbuat demikian, Faizal tanpa ragu-ragu berkata ya.
"Saya tak takut sebab sebelum ini ramai yang pergi dan selamat pulang. Rasanya saya perlu ke sana untuk menghargai apa yang sedang berlaku. Tetapi sehingga saya ditawarkan peluang itu, saya banyak merujuk kepada laporan-laporan di saluran berita dan YouTube."
Peringatan kepada Kesengsaraan yang Dilalui
Terang Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato' Seri Farid Ridzuan, kempen 'Bebaskan Bumi Palestin', tidak melibatkan apa-apa sumbangan mahupun kutipan wang atau derma. Sebaliknya, kempen ini dijalankan dengan tujuan menyampaikan mesej murni, menimbulkan kesedaran dan keprihatinan dalam jiwa rakyat supaya sedar dan mengambil iktibar atas kejadian yang menimpa rakyat Palestin.
Antara lain, kempen ini akan melihat rakaman 'trailer' atau 'promotional clips' dalam dua versi, 30 saat dan satu minit, disampaikan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 'Trailer' ini akan disiarkan di stesen-stesen TV MPB iaitu TV3, TV9, 8TV dan ntv7, serta radio, Hot, Fly dan One FM.
Kempen ini akan dimulakan dulu dengan 'testimonial' Faizal yang akan menyentuh tentang kekejaman dan bencana di Gaza, dan mengingatkan rakyat Malaysia untuk berdoa untuk mereka.
"Setiap kali penonton melihat klip atau 'testimonial' ini, ia secara tidak langsung akan memberi peringatan kepada mereka mengenai kesengsaraan dan kesusahan yang dilalui oleh umat Islam yang telah ditindas," kata Farid.
Menyentuh tentang pemilihan Faizal sebagai duta kempen, Farid berkongsi bahawa penyanyi "Bencinta" itu secara peribadi telah meluahkan keinginannya untuk membantu dalam apa jua cara.
"Tetapi sebenarnya, ia terbuka kepada mana-mana selebriti yang ingin melakukan kerja murni ini. Cuma kami mulakan kempen ini dengan Faizal dulu."
Bawa anak muda Palestin ke Malaysia
Mengenai cadangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Chik yang turut hadir ketika pengumuman kempen 'Bebaskan Bumi Palestin', untuk membawa anak-anak muda Palestin ke Malaysia dan memberi mereka bantuan dari segi kemahiran, latihan dan motivasi - memandangkan sukar untuk menghantar pertolongan dari segi barangan kepada penduduk - jelas Farid, "Selain menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan barangan, serta berdoa, kami terfikir, apa lagi yang boleh kami lakukan?
"Kami ingin memastikan mereka bahagia dan diberi inspirasi. Kami sering melihat ketika demonstrasi, kebanyakkannya anak-anak muda. Jadi, bagaimana kita hendak menyalurkan tenaga mereka kepada sesuatu yang lebih produktif dan berguna, sebab adakalanya 'it's pointless to fight head on'. Mengapa tidak kami bawa mereka ke sini, beri mereka pendidikan, ajar mereka skil yang diperlukan untuk hidup, untuk berjaya."
Meskipun mengakui perancangan ini memang sukar untuk dilaksanakan - atas sebab itu, mereka merancang untuk memulakan dulu dengan anak-anak yang ditempatkan di kem pelarian di Jordan - Farid bagaimanapun menegaskan mereka tidak akan berputus asa.
"Asalkan niat kita adalah murni, untuk membantu, saya harap perancangan ini dimakbulkan."
Credit: gua.com.my
Link: http://www.gua.com.my/Entertainment/Showbiz-Detail.aspx?ArticleID=5013 |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan Pandang Rendah Kuasa Doa - Faizal Tahir
Khamis, 10 Jun 2010 12:13
![](http://www.manggaonline.com.my/images/stories/klc000592211.jpg)
"Banyak jenis bantuan kita boleh salurkan apabila melihat kesengsaraan saudara kita di Palestin, tak semestinya bantuan kewangan sahaja. Menjadi tanggungjawab saya salurkan bantuan dan sokongan melalui suara kemanusiaan menyeru setiap yang melihat kekejaman rejim Zionis Israel agar berdoa penduduk Gaza di bantu Allah.
"Jika setiap sejuta penonton melihat testimonial yang disiarkan di televisyen berdoa untuk keselamatan Gaza, tak mustahil bumi Palestin itu akan selamat. Jangan sekali-kali kita pandang rendah kuasa doa," ujar Faizal Tahir selaku duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin.
Faizal akan berkongsi cerita melalui klip video selama 30 saat memohon agar rakyat Malaysia mendoakan keselamatan rakyat Palestin. Katanya, walaupun tidak pernah merasai keperitan kekejaman rejim Zionis, namun berita dan video yang disiarkan di internet cukup menikam hatinya.
"Saya sentiasa memantau perkembangan terbaru di you tube dan melihat bagaimana Israel bertindak kejam terhadap mereka yang lemah. Melihat kekejaman mereka membuatkan saya menangis, bagaimana pula mereka yang merasai sendiri pengalaman pahit itu.
"Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membantu mangsa kekejaman ini, tidak semestinya diadakan konsert untuk salurkan bantuan. Kita harus sentiasa beri peringatan mengenai kesengsaraan umat Islam yang ditindas secara terang-terangan.
"Jika diberi peluang saya ingin menyertai misi kemanusiaan untuk melihat sendiri kekejaman Israel. Saya rela mati syahid," tambah Faizal yang berbesar hati ayahnya turut terlibat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebuah badan sukarelawan yang menyalurkan bantuan kemanusiaan Gaza.
FOTO oleh RASHID MAHFOF
credit: http://www.manggaonline.com.my/b ... a-faizal-tahir.html |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan Pandang Rendah Kuasa Doa - Faizal Tahir
suka statement ni.. don't underestimate the power of do'a..sgt inspiring bagi aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan Pandang Rendah Kuasa Doa - Faizal Tahir
washere2 Post at 10-6-2010 18:06 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
i like FT quote... |
|
|
|
|
|
|
|
"""""Jangan Pandang Rendah Kuasa Doa - Faizal Tahir"""
sapa yg cakap ni??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|