CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15561|Reply: 52

Putri Anis Dilantik Menjadi Sri Ratu Saadong ke-7 Kelantan

[Copy link]
Post time 10-6-2010 08:48 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by jf_pratama at 10-6-2010 20:33

Hahahaha ......Dilantik oleh Wakil Raja Nusantara dari Kraton Surakarta Hadiningrat - Jawa Tengah ....

Kelantan is a little Java in peninsula ....

Putri Anis kini Sri Ratu Saadong ke-7
Oleh KHAIRI MOHAMAD
[email protected]



PUTRI ANIS menerima keris daripada Pangeran Norman sebagai tanda pemasyhuran Sri Ratu Saadong Ketujuh di Kota Bharu kelmarin.


KOTA BHARU – Gelaran Sri Ratu Saadong Ketujuh kini secara rasmi disandang Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang sebelum ini muncul dengan pengakuan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong, wanita yang menjadi legenda dalam sejarah Kelantan.

Sebuah resort di sini menjadi saksi upacara pemasyhuran gelaran itu pada hari jadinya kelmarin.

Ia adalah simbolik kepada penemuan pencarian salasilah keturunan pemerintah Kelantan silam itu dan berakhirnya sumpahan tujuh keturunan puteri tersebut.

Puteri Saadong yang memerintah Kelantan pada 1667 bersumpah tidak akan menjejakkan kaki ke negeri itu sampai tujuh keturunannya sebelum menghilangkan diri sejurus membunuh suaminya, Raja Abdullah yang berkahwin lagi.

Baginda dikatakan membawa diri ke Indonesia.

Putri Anis telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas’ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia. Beliau dihadiahkan keris warisan.

Upacara itu disaksikan oleh pewaris-pewaris kesultanan dari pelbagai wilayah Indonesia yang hadir untuk memperakui Putri Anis sebagai pewaris Puteri Saadong yang dikatakan menghilangkan diri ke negara itu.

Upacara bersejarah itu dimulakan dengan keberangkatan masuk 20 raja serta sultan nusantara dari Indonesia dan Kepulauan Papua selain tetamu-tetamu kehormat.

Ibu bapa Putri Anis iaitu Raja Sazali Raja Hasan dan ibunya, Raja Fauziah Syed Yaacob bersama tiga lagi anaknya diiringi masuk ke dewan besar sebelum Putri Anis diiring masuk oleh beberapa ‘dayang’ dan bersemayam di singgahsana berwarna kuning.

Ia disusuli dengan acara pemakaian simbol darjat oleh pemegang amanah waris keenam Puteri Saadong yang juga ibu kepada Putri Anis, di samping pemakaian mahkota oleh Pangeran Norman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2010 11:36 PM | Show all posts
ada daulat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 01:18 AM | Show all posts
Putri Anis telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas’ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia. Beliau dihadiahkan keris warisan.


wtf? bila masa nusantara beraja nih?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 02:25 AM | Show all posts


Buruk betul pakaian lelaki Jawa macam pencacai najis
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 03:26 AM | Show all posts
barua JF ni tak terjawab banyak soalan soalan yg dia pertikai sendiri di thread lain dalam board history nih. lagi mao buka thread baru ka indon.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 08:22 AM | Show all posts
Reply 3# mr_brown

la... aku rasa raja indon si obama tu. siap dah buat berhala obama bagai kat sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2010 08:50 AM | Show all posts
Aku bace Metro semlm , family perempuan ni sendiri ckp benda ni x betul & pempuan ni memandai ckp die keturunan raja..entahla...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 08:56 AM | Show all posts
dpt elaun kerabat diraja ke pompuan ni noks!! muka x semenggah je.. sengal2 indon ni mmg suka layan benda2 bongok mcm ni. agak2 brp kangkang kera tanah jajahan pompuan ni??{:2_74:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2010 08:57 AM | Show all posts
Reply 7# rafudhefu


    raja2 indon kena klepet dgn pompuan ni la klu cmtu... hahahha.. abis la kesultanan indon..{:2_74:}
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 09:06 AM | Show all posts
alahai......... mcm2la... sudah2la... ku x percaya langsung....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 09:06 AM | Show all posts
Reply  rafudhefu


    raja2 indon kena klepet dgn pompuan ni la klu cmtu... hahahha.. abis la k ...
ntahler Post at 11-6-2010 08:57 AM


indon ade raje lg ker? soalan nerd ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 10:00 AM | Show all posts
begitu mudah mengaku...siapa sahkan susul galur keluarga dia nie...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 10:18 AM | Show all posts
Reply 12# cmf_princess06

diri dia sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 10:19 AM | Show all posts
aku tengok Puteri Sadong ni pun rasa geli geleman.....awat buat muka camtu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 10:44 AM | Show all posts
xde aura seorang ratu..hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 11:14 AM | Show all posts
haish mcm2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2010 11:39 AM | Show all posts
NI msti mase kecik2 over expose dgn cite puteri salju la, puteri santubong la, mcm2 puteri smpi ttbe rase diri ade keturunan raja.. x paham betui aku..huahah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 11:42 AM | Show all posts
Reply 1# jf_pratama


    kaya gila2 la putri nih...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 02:19 PM | Show all posts
tanyer sket;;;;;;

Puteri Saadong tu sape eks??????

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 02:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by ikangpiana at 11-6-2010 14:37

Reply 7# rafudhefu


    a'ah.... ni ha yg dalam metro smlm........

'Dia gemar berkhayal'

Oleh Siti Fatimah hassan

2010/06/10



KOTA BHARU: Seorang wanita yang mendakwa dirinya pewaris keturunan Puteri Saadong, baru-baru ini, dikatakan tidak mempunyai sebarang pertalian atau hubungan dengan keturunan raja.Perkara itu didedahkan salah seorang ahli keluarganya yang tampil kepada media sambil mendakwa dia mengenali Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang membuat pengakuan dalam sebuah akhbar mengenai dirinya adalah keturunan ketujuh Puteri Saadong.
Menurut ahli keluarga yang enggan dikenali itu, semua dakwaan disiarkan dalam akhbar sebelum ini amat meragukan dan menimbulkan tanda tanya apabila dia sendiri mengenali Raja Putri Anis atau dikenali dengan nama samaran sebagai ‘Along’. Katanya, dia tertanya-tanya dari mana datangnya gelaran ‘Raja’ yang digunakan kerana sepanjang pengetahuannya tidak ada mana-mana ahli keluarganya menggunakan gelaran itu.
“Bagi saya, perkara ini agak melucukan kerana saya dan ahli keluarga lain sedar dengan perangai peliknya sebelum ini yang mengandaikan dirinya seperti ‘Puteri’ dan suka berimaginasi.
“Nenek dan datuk di sebelah ibunya masih ada di kampung itu. Sebaik terbaca kisah ini, saya bertanya kepada datuknya sama ada pernah mempunyai pertalian diraja dengan sultan atau raja Indonesia dan dia hanya tergelak,” katanya.
Menurutnya, dia bersama ahli keluarga yang lain sememangnya menyedari sikap Along yang terlalu obses dengan perkara berunsur mistik termasuk kisah Puteri Saadong.
Katanya, ramai juga ahli keluarga yang tidak tahan dengan sikap itu dan sering menasihatkannya supaya jangan terpengaruh dengan perkara mitos tetapi ia tidak diendahkan.
“Akibatnya, dia ‘membuang’ keluarganya dan kami terputus hubungan. Apa yang saya tahu, nama ibu bapa sebenarnya tidak ada gelaran ‘Raja’ termasuk dirinya.
“Keluarganya sering berpindah-randah, kami tidak tahu lagi mengenai perkembangan mereka,” katanya.
Kemunculan wanita berkenaan mengakui dirinya sebagai pewaris Puteri Saadong menimbulkan tanda tanya apabila puteri berkenaan dikatakan tidak mempunyai zuriat dan kisahnya terhenti sejak ‘kehilangannya’.
Bagaimanapun, Raja Putri Anis berkata Puteri Saadong sebenarnya membawa diri ke Aceh dan menggunakan gelaran Puteri Hijau yang berkahwin dengan Sultan Gowa. Terdahulu, sebuah majlis pemasyuran Raja Putri Anis dilakukan di PCB Resort, di sini, kelmarin, sebagai simbolik berakhirnya sumpahan 420 tahun Puteri Saadong. Majlis itu juga membawanya kepada gelaran Sri Ratu Saadong Ke-7.
Raja Putri Anis dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas’ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia dengan keris warisan.
Malam sebelumnya, pelancaran buku ‘Sri Ratu Saadong VII’ diadakan di tempat sama dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.



* kesimpulannye....sape yg x betul ni???????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 1.577644 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list