|
Post Last Edit by AdamLoveAin at 14-6-2010 13:52
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pelakon komedi dan lima rakannyakerana disyaki mengambil dadah dalam serbuan di sebuah pangsapuri diJalan PJS7 Subang Jaya dekat sini, semalam.
Difahamkan, pelakon komedi berusia 41 tahun itu diberkas bersama lima rakannya termasukseorang wanita berusia lingkungan 20-an ketika di bawah pengaruh dadaholeh sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah NarkotikIbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.
Hasil ujian saringan air kencing terhadap pelakon yang pernahmengarah dan menerbitkan filem serta rakannya kemudian mendapati merekasemua positif dadah.
Difahamkan, dalam serbuan jam 10 malam itu polis turut merampas beberapa gram daun kering dipercayai ganja.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten KomisionerNordin Kadir, ketika mengesahkan penahanan itu berkata pelakon terbabitbersama rakannya ditahan hasil maklumat awam dan risikan.
“Kitapercaya dadah itu untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk diedarkanberikutan jumlahnya yang kecil. Bagaimanapun, siasatan lanjut akandilakukan,” katanya.
Beliau berkata mereka kini direman sehingga 16 Jun untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.Justeru, saya memohon orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungimana-mana balai polis berhampiran,” katanya. |
|