CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2667|Reply: 6

Faizal duta bebaskan Palestin, Berita Harian, Metro 14 Jun

[Copy link]
Post time 14-6-2010 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by washere2 at 14-6-2010 15:22

Faizal duta bebaskan Palestin
Berita Harian
2010/06/14


      DITUBUHKAN pada 1984, stesen televisyen swasta pertama negara TV3, kini sudah berusia 26 tahun. Sejajar dengan kematangannya, TV3 merangka pelbagai strategi bagi meningkatkan lagi jenamanya supaya terus menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia.

Sambutan ulang tahun ke-26 disambut ringkas tetapi agak meriah juga di pejabat operasi stesen ini di Sri Pentas, pada Rabu lalu.
    Menyerikan sambutan itu adalah dengan kehadiran Menteri Belia & Sukan, Datuk Ahmad Shabery Chik. Sempena ulang tahun itu juga, TV3 melancarkan Kempen Bebaskan Bumi Palestin dan mengumumkan penyanyi popular, Faizal Tahir sebagai duta untuk kempen itu.  
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan berkata, usaha menganjurkan kempen itu timbul selepas beberapa kali menerima khidmat pesanan ringkas daripada Faizal yang bertanya bagaimana dia boleh memainkan peranan sebagai seorang artis untuk membantu meringankan beban masyarakat Palestin di Gaza.

Walaupun bukan kali pertama menganjurkan kempen kemanusiaan, namun hasrat murni Faizal itu menarik minat Farid untuk sama-sama bekerjasama menunjukkan sedikit keprihatinan mereka.

Sejajar dengan hasrat Faizal itu, kempen Bebaskan Bumi Palestin diwujudkan. Bagaimanapun kempen itu tidak membabitkan kutipan wang. Menurut Farid, mereka kini sedang dalam perancangan mendekati sendiri anak muda di Palestin.

“Kami sedang memikirkan apakah strategi yang boleh dilakukan untuk menggembirakan rakyat Palestin. Kami akan cuba mencari jalan bagaimana untuk menyalurkan kekuatan mereka dan mendidik mereka dengan betul. Mereka mungkin boleh di bawa ke sini untuk berkongsi pengalaman, kerana anak muda Palestin boleh menjadi guru yang baik.
“Kemungkinan juga kita akan bekalkan mereka dengan gajet supaya kami dapat berkomunikasi dengan mereka. Ini untuk memudahkan mereka  berhubung dengan dunia luar. Sebagai permulaan kita akan ke kem pelarian terlebih dulu.

“Setakat ini kita sedang mengenal pasti krew untuk dihantar ke sana. Sementara itu, untuk kempen di sini pula, kita akan menerbitkan klip video dan juga testimonial yang membabitkan Faizal Tahir,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Media Prima Berhad (MPB), Datuk Johan Jaafar dan Pengarah Urusan MPB, Datuk Amrin Awaluddin. Turut sama menyerikan majlis itu ialah beberapa artis undangan iaitu Dafi, Tam Suhaimi, Faizal Tahir, Bell Ngasri, Darling dan Adeline Tsen.

Sementara itu, Faizal berkata berita penahanan sukarelawan kapal Mavi Marmara pada 31 Mei lalu yang turut membabitkan rakyat Malaysia, “Saya tidak malu untuk memberitahu yang saya menangis apabila menyaksikan keganasan itu di Youtube.

Setiap hari saya akan membuka internet untuk mendapatkan berita terkini.
Kebetulan ayah saya sendiri adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk sebuah badan sukarelawan yang menyalur bantuan kepada Gaza, jadi ia sedikit sebanyak memberi impak yang besar kepada saya.

“Bagaimanapun saya agak terkejut apabila diberi satu peranan besar sebagai Duta untuk kempen ini. Namun saya tetap berbesar hati dan akan cuba memainkan peranan untuk menghulurkan bantuan, tak banyak sikit.

“Sesiapa yang sering mengikuti saya di Facebook atau Twitter, saya selalu meminta peminat supaya berdoa, orang mungkin melihat berdoa itu sebagai cara yang tidak efektif, tetapi Allah sentiasa mendengar doa kita.

“Maka di dalam percubaan saya nanti, saya akan meminta supaya peminat menghulurkan bantuan hanya dengan cara berdoa akan kesejahteraan warga Palestin,” kata Faizal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2010 03:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by washere2 at 14-6-2010 15:09

Mari bantu Palestin
Oleh Esme Johari Wahab
[email protected]
2010/06/14


POPULARITI seseorang artis boleh dimanfaatkan pada jalan kebaikan dengan mengajak peminat turut serta melakukan kerja kebajikan. Justeru, dengan kelebihan yang ada pada dirinya selaku penyanyi paling popular tanah air, Faizal Tahir ingin lebih ramai rakyat negara ini tampil membantu perjuangan rakyat Palestin dengan cara mendoakan keselamatan mereka.
"Jika kita tidak dapat pergi berjuang di bumi Palestin, tidak bermakna kita tidak boleh melakukan apa-apa untuk membantu mereka. Sebaliknya, kita boleh berdoa untuk keselamatan mereka. Semoga mereka kuat semangat untuk mempertahankan negara dan maruah orang Islam. "Saya menitiskan air mata apabila mengetahui kapal sukarelawan diserang, baru-baru ini. Sejak itu, saya berazam untuk membantu mereka dengan apa saja cara termampu," kata Faizal yang baru dilantik sebagai Duta Bebaskan Bumi Palestin (BBP).


Idea dan konsep kempen Bebaskan Bumi Palestin tercetus melalui kolaborasi antara Faizal dan TV3 selaku penaung dengan kerjasama Primework Studios (PWS). Pada masa sama, Faizal akan tampil melalui klip visual 30 dan 60 saat dalam kempen BBP yang baru dilancarkan TV3.


Faizal menegaskan, dia terkejut apabila dipilih sebagai duta BBP.


"Apabila kapal sukarelawan yang ingin menghantar pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat Palestini ditahan dan diserang, baru-baru ini, saya hantar mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada TV3 beberapa kali. "Saya mahu mencari jalan membantu rakyat Palestin dan dengan pelantikan ini, saya sangat bersyukur. Jika berpeluang ke sana, saya mahu melihat sendiri apa yang dilalui mereka setiap hari," katanya.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan berkata, kempen BBP tidak membabitkan sumbangan, kutipan wang orang ramai, badan kerajaan dan agensi swasta. "Kempen ini bertujuan menyampaikan mesej murni bagi menimbulkan kesedaran serta keprihatinan rakyat negara ini mengenai tragedi yang menimpa rakyat Palestin. Klip visual berbahasa Malaysia dan Inggeris menjadi testimoni Faizal berkongsi cerita mengenai keganasan itu," katanya.


Tambah Farid, TV3 mengalu-alukan lebih ramai personaliti televisyen, selebriti dan artis menyertai kempen itu secara sukarela. Pihak pengurusan TV3 kini dalam perancangan membawa pemuda Palestin yang berada di kem pelarian di Timur Tengah seperti Jordan datang ke negara ini untuk mengembalikan semangat mereka dengan memberi pendedahan teknologi," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 06:31 PM | Show all posts
setakat ni hanya MStar online tulis ayat over tak ingat .... siap nak mati syahid
jangan2 si niezam ngok ngek tu yang nambah2 berita
aku mmg tak tak suka si niezam mingguan malaysia .... dia suka jadi batu api esp bab FT
malang la mamat ni pindah ke mstar
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 11:15 PM | Show all posts
Kebetulan ayah saya sendiri adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk sebuah badan sukarelawan yang menyalur bantuan kepada Gaza, jadi ia sedikit sebanyak memberi impak yang besar kepada saya


ramai ckp FT sibuk bercakap ttg palestin sbb die dilantik jadik duta..tapi aku percaya ayah die yg influence die dlm hal ini..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 11:26 PM | Show all posts
Reply 3# santubung

artikel gua ade tulis yg FT ckp pasal mati sbb ada wartwan tanya sanggup ke pergi gaza..
i wonder adekah yg bertanya tu niezam? ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 09:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by namharnimsak at 18-6-2010 09:56

Nape tak lantik Dafi?
Kan dia artis internasional :@












Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2010 04:34 PM | Show all posts
ingatkan mak kat bod gosip
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.205399 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list