View: 4949|Reply: 13
|
saintis jumpa tarikh sebenar era Firaun!!
[Copy link]
|
|
Saintis temui tarikh sebenar era Firaun
| SEORANG ahli arkeologi memeriksa dengan mikroskop patung kayu Osiris dipercayai dari zaman Firaun di Kaherah, Mesir, kelmarin. - AP
|
WASHINGTON 18 Jun - Saintis buat pertama kali berjaya menentukan tarikh pemerintahan dinasti Mesir purba melalui sampel-sampel karbon tumbuhan yang diperoleh.
Keputusan itu memaksa pakar sejarah meneliti semula rekod bagi tempoh 2,000 tahun lalu semasa pemerintahan Mesir purba menguasai dunia Mediterranean dan diharap akan mengakhiri perdebatan antara pakar arkeologi Mesir.
Diketuai Profesor Christopher Ramsey dari Universiti Oxford Britain, satu pasukan antarabangsa menguji biji benih tanaman, bakul, kain, batang tumbuhan dan buah-buahan yang diperoleh dari pelbagai muzium di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
"Buat kali pertama, tarikh radio karbon yang diperoleh sangat tepat sehingga cukup untuk mengenal pasti tarikh sebenar pemerintahan Mesir purba.
"Saya rasa cendekiawan dan saintis juga gembira mendengar bahawa pasukan kecil kami berjaya menjalankan penyelidikan satu kurun hanya dalam masa tiga tahun," kata Ramsey.
Tarikh pemerintahan Mesir Purba, Pertengahan dan Kerajaan Baru dikenal pasti berdasarkan dokumen-dokumen sejarah atau penemuan arkeologi, namun jangkaan itu biasanya tidak menentu kerana tarikh setiap dinasti akan diubah.
Data terbaru penyelidikan menunjukkan pemerintahan Djoser, firaun terkenal semasa Kerajaan Mesir Purba adalah antara 2,691 dan 2,652 Sebelum Masihi, kira-kira 50 hingga 100 tahun lebih awal daripada pendapat sebelum ini.
Kajian itu yang disiarkan hari ini dalam edisi jurnal Sains AS turut menyimpulkan bahawa pemerintahan Kerajaan Mesir Baru bermula lebih awal dari yang dijangka iaitu antara 1,570 dan 1,544 Sebelum Masihi.
Anggota pasukan penyelidikan itu termasuk beberapa pakar dari Universiti Oxford dan Cranfield di Britain, Pusat Kebangsaan untuk Penyelidikan Saintifik (CNRS) di Perancis dan pakar dari Austria serta Israel.
Penetapan tarikh radio karbon yang turut dikenali sebagai kaedah 'tarikh karbon-14', merupakan satu teknik yang boleh menentukan usia bahan organik dengan tepat. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
beza 50 hingga 100 tahun.....
apa komen dr zahi hawass?? |
|
|
|
|
|
|
|
interesting betul team penyelidik dia......dan bhn bhn arkeologi mesir ni didapati dari pelbagai negara...how interesting... |
|
|
|
|
|
|
|
beza 50 hingga 100 tahun.....
apa komen dr zahi hawass??
Weller Post at 19-6-2010 08:01
tumpang tanya...siapa dr zahi hawass? |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm akhirnya terbongkar jua kisah2 silam ni ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Zahi Hawass is the famous Egyptian archeologist, frequently highlighted in NATGeo |
|
|
|
|
|
|
|
yang penting adakah benda yang di kaji tu ori atau made in china dengan techno carbon manipulation by carbon (arang) burning and acid imersion mcm depa buat kat patung dan vase nak bagi nampak lama..yg arituh ade kuar dlm natgeo kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
sat la aku tak paham mane arkeologi.. tapi kan ke zaman firaun tu lame jugak.. bukan stakat sratus tahun je.. mungkin yang die tengok tu 100 tahun lebih awal dari pendapat sebelum ni untuk barang dibuat pada zaman firaun A.. zaman fiaun B plak macam pendapat yang sbelum ni.. alah.. macam zaman tunku abdul rahman ngan najib sakng r.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya what is interesting is : apa yg sebenarnya ditulis atas batu Rosetta tu?
dah dipecahkan kod ( the symbols have been deciphered ) oleh seorg tentera _____ kan? |
|
|
|
|
|
|
|
aku memang minat gila ngan history,x kira la history pape pown....kalau yg ni lg aku minat...
THXm for share |
|
|
|
|
|
|
|
agak hairan, tiap kali buat test radio karbon kata dah tepat,
then jumpa barang lain kata lebih tepat,
apakah barang yg dijumpai tu tak tepat dari zaman bila....cth barang dari bilik simpanan makan firaun...adakah dtgnya dr zaman firaun lain...
??? |
|
|
|
|
|
|
|
hmm awak betul jugak ye Me_ AI
sama ada realiability of the device
alat tu ke yang tak berapa reliable atau specimen arkeologi tu ke yang tak kena?
tapi takan spesimen arkeologi tu kan?
alat tu ke yg tak betul
kaedah tu ke yg tak betul?
atau ...?
hmm...interesting |
|
|
|
|
|
|
|
betul2 ke? tak lama lagi bila jumpa yg lain..depa ckp tarikh lain plak |
|
|
|
|
|
|
|
makin lama jumpa yg lagi lama rupanya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|