View: 2387|Reply: 15
|
Alternatif yg halal kepada sesuatu yg haram / harus / tidak digalakkan
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by DanIno at 21-6-2010 09:55
Salam.
Saya seorang yg berpegang kuat kepada pendapat yg mengatakan, sesuatu yg dilarang, mesti ada alternatif yang halal kepada larangan itu.
Contoh :
Riba haram alternatifnya perniagaan dihalalkan.
Zina haram tetapi alternatifnya perkahwinan.
Memukul Muslim yg lain tanpa sebab adalah haram tetapi bergusti untuk beriadhah adalah digalakkan.
Arak haram tapi alternatifnya berjuta2 lagi minuman lain yg enak dengan pelbagai jenama.
Jenaka dengan mengenakan, memalukan peribadi Muslim yg lain adalah haram, tapi jenaka yg benar seperti yg diamalkan oleh Rasulullah adalah elok...
Cuba tengok yg ni pula :
Lelaki yg meminati nyanyian, agaknya haram kalau menjadi artis nyanyian / penyanyi takut2 kalau memasuki dunia penuh maksiat, tetapi mungkin harus baginya kalau menjadi penyanyi lagu2 dakwah.
Lelaki yang meminati bidang perfileman, mungkin seharusnya menjaga diri daripada menggalakkan maksiat dalam karya2nya.
Btw, fokus discussion saya bukanlah terhad kepada bidang2 tertentu seperti nyanyian dan sebagainya, tapi fokusnya adalah ALTERNATIF perlu ada kepada APA-APA SAHAJA PERKARA YANG HARAM / DILARANG / TIDAK DIGALAKKAN DALAM AGAMA ISLAM.
Ini kerana kita adalah manusia biasa yang perlukan hiburan dan saluran untuk melepaskan tenaga, minat dan bakat2 kita dalam bidang2 yg tertentu. Kita bukanlah insan maksum seperti Rasulullah yang sentiasa dibersihkan hatinya oleh malaikat.......
Banyak lagi yg saya nak tulis tapi agak sibuk sekarang, nanti saya sambung.
Apa pendapat ilmuan2 kat sini? Thanks. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Kebetulan saya terjumpa pula satu artikel yg menarik mengenai isu muzik di dlm Islam dlm majalah ROTTW bil. 109 halaman 52 yg bertajuk SEJARAH &MUZIK DARI PERSPEKTIF ISLAM? yg menyebut pendapat dari DR QARADHAWI bahawa muzik &nyanyian itu hukum asal nya adalah HARUS kecuali muzik &nyanyian itu melambangkan kefasikan& kekufuran seperti yg terdapat di dlm senikata lirik dsbnya atau di nisbahkan kpd suatu fahamam sesat &budaya agama tertentu menurut pandangan 'URUF (budaya setempat).
Mengenai alat muzik seperti Gitar dsbnya,
ia adalah semata-mata ALAT yg boleh digunakan utk kebaikan mahupun kejahatan seperti Pisau yg adalah kegunaannya utk memotong tetapi boleh di gunakan juga utk membunuh begitu juga seperti kereta yg di gunakan sebagai transporter tetapi boleh juga di gunakan utk tujuan merompak dsbnya.
nah! maka begitulah juga halnya dgn alat-alat muzik yg boleh di gunakan utk kebaikan mahupun utk tujuan kejahatan, maksiat dsbnya
(Rujukan: QARADHAWI, MUJTAMA' ISLAMI ALLAZI NANSYUDUHU).
Imam Bukhari ada mengeluarkan sebuah riwayat dari Abu malik:
"Akan ada segolongan dari umat ku yg akan menghalalkan zina, sutera dan alat muzik".
Status Hadis:
walaupun ia dari SAHEH BUKHARI tapi ia adalah MUDHTORIB (bersimpang siur rawinya)& MU'ALLAQ (sanad terputus).
menurut artikel berkenaan, ini adalah pendapat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hazm, Abu Hatim, Az-Zahabi &Ibnu Hajar 'Asqolani
(Tetapi tak di berikan rujukan).
kalimah MU'ADZIF dlm hadis di atas pula tidak di sepakati sebagai alat muzik.
Benar, setiap larangan pasti ada ALTERNATIF.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kurang bersetuju kalau pendapat mengatakan sesuatu yang dilarang itu mesti ada alternatif kecuali kalau dapat disertakan dengan Nas yang jelas. Sebab Allah tidak memerlukan alasan atau menyediakan alternatif kepada setiap hukum yang dikeluarkan. Asalnya Allah mengharamkan sesuatu adalah sebagai ujian kepada umat islam dan kekuatan iman kita. Kalau kita menemui kelebihan atau ada alternatif pada sesuatu yang diharamkan anggapkanlah ianya sesuatu kebetulan. Bukan apa takut nanti dijadikan alasan oleh mereka2 yang memang tak nak meninggalkan benda yang haram. Alasannya tak nampak munafaatnya atau takde altenatif. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kurang bersetuju kalau pendapat mengatakan sesuatu yang dilarang itu mesti ada alternatif kecual ...
wan72 Post at 20-6-2010 10:13
Allah haramkan arak, tapi alternatifnya ada berjuta2 lagi minuman yg enak macam madu, Milo, Horlicks etc, tu bukan alternatif ke tu? Kalau tidak kita nak minum apa? ( minuman yg enak ) |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kurang bersetuju kalau pendapat mengatakan sesuatu yang dilarang itu mesti ada alternatif kecual ...
wan72 Post at 20-6-2010 10:13
Of course la ada benda yg jelas haram dan takde alternatifnya, seperti berjudi, apa alternatifnya? Rasanya tak ada... |
|
|
|
|
|
|
|
Of course la ada benda yg jelas haram dan takde alternatifnya, seperti berjudi, apa altern ...
DanIno Post at 20-6-2010 13:01
Alternatif nya adalah apa-apa saja pertandingan yang tiada unsur pertaruhan dan kezaliman .
Kalau pertandingan lawan ayam, walau tiada unsur pertaruhan sekalipun namun tetap haram kerana ada unsur penganiayaan haiwan. |
|
|
|
|
|
|
|
Alternatif nya adalah apa-apa saja pertandingan yang tiada unsur pertaruhan dan kezaliman .
...
blastoff Post at 20-6-2010 13:30
Pertarungan orang takleh gak (gusti) ... tapi ada alternatif kalo nak....
Main game gusti kat pc... :cf: |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang penting ialah kita kena taat pada perintah Allah terutamanya meninggalkan perkara yang diharamkan. Kalau ada alternatif Alhamdulillah dengan kurniaannya. Oh ya jangan jadikan minuman lain tu alternatif kepada minum arak. Sebab tujuan asal orang minum arak tu tak sama dengan minuman biasa. Aku rasa kalau bagi contoh alternatif seperti Insurans konvensional alternatifnya ialah insurans takaful. Perbankan konvensional alternatifnya perbankan Islam. Dan sebagainya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by DanIno at 20-6-2010 18:05
Apa yang penting ialah kita kena taat pada perintah Allah terutamanya meninggalkan perkara yang diha ...
wan72 Post at 20-6-2010 16:27
Maaf kalau bahasa yg saya guna membuatkan anda kurang faham. Ia bukannya alternatif dalam makna yg tepat, ia lebih kepada pengganti. Idea ni pun saya dapat dari pembacaan satu kitab tafsir, lama dulu...lebih kurang macam tu la huraian yg digunakan dalam tu dan contoh yg digunakan ialah arak, jadi ayat tu bukan ayat saya...
Topik ni penting bagi saya, sebab saya dah lihat terlalu ramai kenalan saya yg energetic, yang melencong dan menjauhi kumpulan yang berlabelkan agama Islam, yang dilihat mewakili kumpulan yang Islamik, sebab tenaga, passion, talent dan minat yg ada tak dapat disalurkan ke jalan yg dilihat bagus oleh agama kita kerana berada dalam kepompong golongan yang dilihat sebagai Islamik, beragama, tetapi sebenarnya golongan ini agak jumud, beku dan tidak pandai memberikan variasi dalam kaedah dakwah mereka. Saya sgt bosan dengan golongan houlier-than-thou macam ni. Golongan2 muda macam ni mempunyai bakat yg terlalu hebat dalam pelbagai bidang seperti dalam bidang kreatif, sukan, hiburan, etc.
Kalau anda nak tahu, kaedah dakwah Islam di Barat oleh golongan Muslim sana lebih kepada marketing / advertising, maknanya mengajak ke arah kebaikan secara halus, baik dan berhemah dengan menjaga perasaan madh'u ( sasaran dakwah ) tu, tapi di Malaysia ni kita seolah2 disuruh dan diarah berbuat itu ini macam budak kecil.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by DanIno at 20-6-2010 18:10
This is a piece of thought about our method of dakwah in Malaysia by a friend :
Thursday, April 07, 2005
About Muslim in US....
I have observed one interesting thing about Muslims in US. Just like any other Muslims in the world, Muslim in US also promotes good practice of religion (solat, tudung, and so on). But the method they incorporated here is different than what you would see in Malaysia.
The method that they use can be called marketing/advertising. The Muslim community put up posters, campaigns, talk (not ceramah) about tudung and so on. This approach is so much better because it "invites" people to practice religion. In Malaysia, most of the time, it seems like people "orders" each other to practice religion. Why cant we do this method too ? I think we are too gelojoh in trying to get people to practice religion. People always go for quick fixes to do anything. The methods are too harsh. For example, if a student didn't wear tudung, call her to teachers room and scold/nasihat her. That's what we did. Isnt it better if teachers talk to her parents instead. Most school girls dont wear tudung because their parents dont want them to wear in the first place. When you scold the kid, subconsciously it gives the impression that religion is bad because it goes against parents will. And then again teachers need to know how to talk about religion with parents. They need communication, social and psychology skills. I wonder if they are trained for these. Obviously this is the most important skills for teachers.
Something is definitely wrong in our way of teaching Islam. I have come to realize that we have "pra-sangka" between some religious (R) people and some non-religious (NR) people. Some R people thinks NR people are bad because they go against God's will. Some NR people thinks R people have low opinion on them because R people must feel they are better than NR people. Why is this happening? It's because some R people are too harsh when they try to advise NR people. Why too harsh? Lack of interpersonal, psychological and social skill is probably one of the reasons. Our Prophet Muhammad is a master of these skills.
Even if we have all the skills to advise people about religion and make them feel "loved" at the same time, this problem will not go away if we are too result-oriented. When the result is bad, people will stop using the "smooth" way and go back to the harsh way. What can we do about this? Keep in mind that Abu Talib, our Prophet's uncle, who spent all his life protecting and taking care of our Prophet, was not a Muslim. He was never a Muslim. Our Prophet did persuade him to be Muslim, but he just didnt want to and Prophet did not resolve to harsh method. He passed away as a non-Muslim.
"Whatever we do, human hearts still belong to God. Only God can change the hearts."
Enuff ranting for today!
posted by SunG @ 4/07/2005 04:11:00 AM
My Comment :
Agama Islam bukannya milik eksklusif gerakan2 / kumpulan2 tertentu, ianya milik setiap manusia Muslim. Saya paling mempunyai perasaan syak wasangka / tidak percaya terhadap tokoh2 atau gerakan2 / parti2 politik yang mengisytiharkan ( proclaim ) bahawa merekalah kelompok yg paling Islamik, dan Islam tak akan dapat naik kecuali melalui tangan / gerakan mereka. Contoh paling nyata, kita tengok saja lah apa yg terjadi kepada gerakan Al-Arqam dan pemimpin2nya.... |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk yang bagus ni.
daripada beberapa kekeliruan yg telah muncul dari beberapa post sebelum nie,
sepatutnya difahami ALternatif yg dimaksudkan tuan thread adalah alternatif yg "halal."
baiklah, alternatif dlm hal2 keagamaan adalah tidak dibolehkan. ia dipanggil bidaah...
hadis nabi.
“Arti : Janganlah kamu sekalian mengada-adakan urusan-urusan yg baru, krn sesungguh mengadakan hal yg baru ialah bid’ah, dan setiap bid’ah ialah sesat”. [Hadits Riwayat Abdu Daud, dan At-Tirmidzi ; hadits hasan shahih].
adapun alternatif dlm hal2 dunia seperti hanset, kereta dan lain2, maka itu adalah tidak mengapa.
tentang tajuk di atas, asalkan ia bukan urusan keagamaan yakni ibadat khusus yg mana ada sunnah nabi ke atas nya, maka takleh ada alternative.( nota: sunnah bermaksud cara dan kefahaman nabi, bukan perkara sunat semata2. kerana ada sunnah nabi yg wajib contohnya solat 5 waktu dan ada yg sunat contohnya puasa sunat.)
dan dlm hal2 keduniaan seperti nak mereka cipta bom dan sebagainya, yg tu bolehlah.
berkaitan dgn tajuk, antara alternative yg boleh dicadangkan kepada benda yg haram ialah:
perkara haram: mengumpat
alternatif : sembang ilmiah skema. |
|
|
|
|
|
|
|
Terlebih dahulu saya minta maaf jika pandangan agak kritis dalam hal ini. Di Malaysia, mungkin kaedah dakwah memerlukan pendekatan yang berbeza dgn negara lain. Sebab di Malaysia majoritinya orang muslim, tapi penolakan terhadap hukum pun dari orang muslim itu sendiri. Kadang2 kita misleading dalam membuat judgement. Contohnya tentang pengharaman Insurannya konvensional, walaupun majlis fatwa sudah mengharamkannya semenjak tahun 1979 lagi tetapi ianya tidak pernah diwartakan dengan alasan tidak ada alternatif. Masa tu belum ada takaful. Sedangkan Islam tidak pernah menjadikan keperluan alternatif itu suatu syarat. Keadaan ini menyebabkan ramai orang islam yang terlibat dengan industri ini dan telah melabur serta telah membuat bayaran beribu-ribu ringgit. Ada yang telah membuat tuntutan sehingga ratusan ribu tanpa menyedari duit tersebut adalah duit haram. Selepas takaful diperkenalkan barulah disedari bahawa pelaburan mereka lakukan adalah haram sedangkan banyak duit sudah dilaburkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# wan72
benar, islam ditolak oleh org islam sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
baiklah, alternatif dlm hal2 keagamaan adalah tidak dibolehkan.
ia dipanggil bidaah...
Maaflah.
saya menolak hujjah ussop kerana di dlm hal-hal keagamaan seperti ibadat misalnya terdapat ALTERNATIF.
contoh: Solat QASAR adalah ALTERNATIF bagi org-org yg dlm perjalanan.
juga ALTERNATIF berbuka puasa bagi org yg di dlm perjalanan dsbnya.
Menghendaki oleh ALLAH utk kamu akan KEMUDAHAN,
dan tidaklah Dia menghendaki utk kamu akan KESUSAHAN.
Al-Baqarah: 185
Dan tidaklah Dia menjadikan ke atas kamu di dlm agama itu dari KESUSAHAN.
Al-Haj: 78
Katakanlah: Apakah kamu mengajar ALLAH tentang AGAMA kamu?
Al-Hujurat: 16
oleh itu,
tak usah memperbesar-besarkan hal BID'AH.
kerana AlQuran sendiri tidak pernah menyebut BID'AH itu suatu kesesatan.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 kita misleading dalam membuat judgement. Contohnya tentang pengharaman Insurannya konvensional, walaupun majlis fatwa sudah mengharamkannya semenjak tahun 1979 lagi tetapi ianya tidak pernah diwartakan dengan alasan tidak ada alternatif.
wan72 Post at 20-6-2010 23:24
Pemimpin politik pun suka guna alasan tak dak alternatif juga, contoh :
- kena guna sistem demokrasi untuk tegak Islam sebab tak dak alternatif lain dah untuk dapat kuasa pemerintahan
- kena bekerjasama dengan orang kafir yang tolak negara Islam kerana tak dak alternatif lain dah untuk raih undian terbanyak dalam pilihanraya .
- hanya dengan kuasa pemerintah aje boleh tertegaknya negara Islam,so perlu dapatkan kuasa tu walau guna sistem syaitan sekalipun kerana tak dak alternatif lain dah .
Punyalah ramai rakyat yang tertipu dengan pemimpin-pemimpin politik yang mengaku ulama Islam yang guna alasan-alasan gitu kan . |
|
|
|
|
|
|
|
aku paling suka alternatif untuk perbuatan zina... iaitu perkahwinan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|